Honda CB250R diperkenal pada harga RM23,999

 


Boon Siew Honda memperkenalkan CB250R baharu bagi tahun ini. Jentera ‘Neo Sports Café’ ini kali terakhir dikemas kini pada 2019 dan telah terkenal dengan daya tarikannya sebagai sebuah jentera pemulaan pemilikan yang dirangsang gaya motosikal besar.

Sejak diperkenalkan, motosikal ini mudah mendapat perhatian daripada khalayak ramai. 

Dari tempat duduknya, paparan LCD Honda CB250R baharu memberikan penampilan moden dengan penunjuk kedudukan gear yang jelas dan mudah dilihat. Lampu hadapannya bulat beserta LED penuh diikuti lampu dwi-baris memberikan penunggang rupa hadapan yang lasak.



Suspensi hadapan dinaik taraf dengan fork suspensi depan terbalik 41mm Showa Separate Fork Function Big Piston (SFF-BP). Penggunaan fork 41mm Showa Separate Function Big Piston (SFF-BP) USD iaitu suspensi berkualiti tinggi meningkatkan lagi kemampuan pengendalian motosikal. Peredam pemisah tekanan dalam satu tabung fork dan mekanisme spring pada satu lagi tabung menawarkan prestasi redaman tinggi dan menurunkan berat motosikal. Suspensi belakang menawarkan 5 tahap pelarasan spring.

CB250R dikuasakan oleh enjin silinder tunggal DOHC empat injap dengan sistem gear enam kelajuan. Motosikal ini didatangkan dengan cekam gelincir atau slipper clutch untuk memberi kawalan yang lancar apabila menukar gear rendah semasa menunggang.



Salah satu ciri yang diberi perhatian pada motosikal ini ialah ABS dwi-saluran yang diuruskan secara dinamik oleh system Inertial Measurement Unit (IMU) untuk memastikan daya brek diagihkan sama rata antara roda hadapan dan belakang, meminimumkan roda belakang dari terangkat demi memberikan penunggang penuh keyakinan ketika menunggang di jalan raya.

Honda CB250R ini ditawarkan pada harga RM23,999 dengan dua pilihan warna iaitu Hitam Legap Metalik Matte Gun Powder Black dan Merah Candy Chromosphere Red.

Harga ini adalah harga bilik pameran yang disyorkan tidak termasuk cukai jalan, insurans, dan pendaftaran. Boon Siew Honda menawarkan jaminan pembuatan selama 2 tahun atau 20,000km (mana yang terdahulu).

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Honda CB250R, anda boleh mengunjungi pengedar Honda BigWing atau menghubungi nombor Bebas Tol Honda di 1-800-88-3993 atau melayari www.hondabigbike.com.m

No comments: