Peneraju global dalam motosikal bersaiz sederhana (250cc-750cc), Royal Enfield telah mengumumkan pelantikan Didi Automotive Sdn Bhd sebagai rakan pengedar rasminya di Malaysia. Didi Automotive mengambil alih daripada pengedar lama Royal Enfield- SNH Bhumi Corporation Sdn Bhd berkuat kuasa serta-merta sebagai pengedar untuk jenama itu di Malaysia.
Dari permulaan yang sederhana di kilang Redditch pada tahun 1901, Royal Enfield, jenama motosikal tertua dalam pengeluaran, telah menjadi pemulihara legasi membina motosikal klasik yang ringkas dan asli. Berpegang teguh pada falsafah reka bentuk yang tidak rumit yang mengutamakan ketahanan dan kelasakan, Royal Enfield telah menghabiskan lebih daripada satu abad merentasi mukabumi yang paling sukar di dunia, dan mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan kisah legenda. Meneruskan perjalanannya untuk menggalakkan dan memulakan usaha penerokaan yang aktif dan sepanjang hayat, Royal Enfield bersiap sedia untuk meraikan 120 tahun menjadi sangat unik, menunggang ke hadapan dengan semangat dan daya tahan yang tidak tergugat serta membina budaya bermotosikal tulen sejak 1901.
No comments:
Post a Comment