PLUS menang anugerah Emas AMEC

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) muncul sebagai pemenang anugerah Emas dalam kategori mengurus krisis dan reputasi pada Majlis Anugerah Global Summit 2020 AMEC di United Kingdom baru-baru ini. PLUS dinobat sebagai syarikat lebuh raya pertama di dunia yang menerima anugerah yang diberikan oleh Persatuan Antarabangsa Bagi Pengukuran dan Penilaian Komunikasi (AMEC).
"Kami terkejut dan gembira kerana penghargaan, sebagai pemenang dengan mengatasi dua jenama antarabangsa, Fullintel yang memenangi anugerah Perak dan LexisNexis yang menerima anugerah Gangsa. Pencalonan PLUS telah dibuat oleh Isentia, syarikat pemantauan dan analisis media serantau kami. Ini merupakan bukti bahawa sokongan dari pihak pengurusan tertinggi merupakan kunci kepada kejayaan komunikasi,” kata Syed Mohammed Idid, Ketua Korporat, Komuniti & Penglibatan Awam PLUS.
“Rundingan PLUS dengan Isentia mengungkap pandangan berharga mengenai tingkah laku pelanggan di jalan raya dan menunjukkan aspek utama dalam kepemimpinan. Moto jenama iaitu “Menjaga anda di setiap langkah” membolehkan pasukan PLUS mengkaji fokus strategiknya dalam meningkatkan reputasi jenama. Cadangan Isentia untuk menggabungkan pemantauan media arus perdana, mendengar pandangan media sosial dan penyelidikan pasaran dalam talian sebagai kaedah penyelidikan campuran membantu kami memastikan hasil yang menegaskan kembali skor indeks reputasi kami, yang merupakan lonjakan positif dari tahun 2018,” jelasnya lagi.
AMEC Awards adalah program anugerah tahunan yang dianjurkan oleh International Association for the Measurement and Evaluation of Communications yang mengiktiraf karya dan pencapaian luar biasa penyelidikan, pengukuran dan analisis untuk perniagaan dan kempen komunikasi kerajaan.
AMEC merupakan Persatuan Antarabangsa Pengukuran dan Penilaian Komunikasi . Ia adalah sebuah organisasi profesional penyelidikan dan wawasan media terbesar di dunia, yang mewakili organisasi dan pengamal yang memberikan penilaian media dan penyelidikan komunikasi. AMEC kini mempunyai lebih daripada 160 ahli di 86 negara di seluruh dunia.

 

No comments: