Malah, kebanyakan pemilik mempunyai stigma bahawa menghantar motosikal mereka ke pusat servis yang sah adalah mahal dan mereka sanggup mengambil risiko dengan menghantar motosikal ke kedai luar dan pusat servis tak diiktiraf dan membatalkan jaminan mereka.
Lazimnya servis motorsikal berkapasiti enjin berkuasa tinggi biasa akan dikenakan bayaran RM350 dan ke atas (termasuk alatganti tulen, minyak separa sintetik, dan caj buruh). Kini, menjalankan servis motosikal Aprilia dan Moto Guzzi adalah begitu berpatutan harganya dengan kempen terkini dari Didi Resources, yang merupakan pengedar tunggal untuk kedua dua jenama di Malaysia. Dengan promosi penapis minyak tulen hanya berharga RM10 servis sepenuhnya motosikal Aprilia dan Moto Guzzi anda hanyalah dari RM270.
Selain menawarkan promosi untuk penapis minyak, Didi Resources telah melaraskan harga untuk alatganti penting lain seperti pad brek dari RM190.90 dan penapis udara dari RM49.90 untuk memastikan kos pemilikan mampu dinikmati oleh pelanggan mereka.
Matlamat kempen adalah untuk menawan kepercayaan para pelanggan mereka, dan selain hanya penukaran minyak, meteka juga akan melakukan pemeriksaan diagnostik 10-perkara secara percuma. Pusat servis bertauliah juga akan melakukan kempen pemeriksaan secara keseluruhan untuk melihat sama ada terdapat sebarang perkara yang perlu diperbaiki oleh pihak pengeluar tanpa sebarang kos kepada anda.
Kempen servis ini bermula dari 1 August 2019 hingga 30 September 2019.
Pusat pusat servis mereka terletak di lokasi lokasi berikut: -
- Welly World Cycle No. 2135, Jalan 3/1, Batu 13 1/2, 47000 Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor, 012-9412322
- GB Workshop @ The Gasket Alley Lot 15, 13, Jalan 13/6, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor, 016-3738656
- Sheng Fatt Motor Sdn. Bhd. No 24, Jalan Dato Keramat, 10150 George Town, Pulau Pinang, 012-4018932
- Soon Hin Co. A-139 & A-141, Jalan Beserah,, Kuantan, Taman Seaview, 25300 Kuantan, Pahang, 016-9350055
No comments:
Post a Comment