Rozaiman kan tampil dengan aksi terbaik di Batu Kawan

Md Rozaiman Md Said akan tampil dengan aksi terbaik dalam kategori CP150 pada pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Batu Kawan, Pulau Pinang pada 13 dan 14 April ini.
Meskipun  beralih ke pasukan baharu pada saingan musim 2019 ini, pelumba yang akan beraksi di halaman sendiri ini pernah bergelar naib juara keseluruhan CP115 2010. Beliau yakin Cilik RCB Motorsport mampu memberikan cabaran kepada pasukan yang lebih besar dan berpengalaman.
“Sebagai pasukan baharu, saya akui kami mempunyai banyak kekurangan namun dengan pengalaman dan kerja keras seluruh pasukan, saya yakin kuasa jentera kami akan terus meningkat. Malah seluruh pasukan juga senang memberikan kerjasama untuk membantu kami beraksi dengan lebih baik,” jelas Rozaiman yang menamatkan perlumbaan pusingan pembukaan di Jasin, Melaka di kedudukan ke-15.
“Perlumbaan di Jasin sebelum ini, jentera kami mempunyai sedikit masalah dan kami telah mengenalpasti kelemahan tersebut. Selepas melakukan perubahan dan ujian, jentera kami menunjukkan banyak peningkatan dan saya berharap keupayaan jentera akan bertambah baik sewaktu minggu perlumbaan nanti.
“Saya menetapkan untuk layak ke Superpole bagi mencari petak mula yang terbaik. Tahun lalu saya menamatkan saingan di kedudukan ke-15, dan minggu ini saya berharap dapat meraih keputusan membanggakan.”

No comments: