Azroy tawan Batu Kawan 2019

Azroy Hakeem Anuar raih kemenangan kedua berturut-turut dalam kategori CP150 setelah muncul juara di perlumbaan pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS di Batu Kawan, Pulau Pinang, semalam.
Pelumba Idemitsu Honda Yuzy Racing ini bermula cemerlang untuk melepasi Md Akid Aziz yang memulakan perlumbaan dari petak pertama.
Akid yang kemudiannya cuba untuk mengejar terpaksa menarik diri dari perlumbaan setelah terjatuh seawal pusingan pertama manakala Md Helmi Azman yang ketika itu sedang mendahului perlumbaan mengalami masalah jentera pada pusingan kedua sekaligus membuka ruang selesa buat Azroy untuk terus mendahului perlumbaan.
Juara bertahan, Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing) yang mengekori di belakang mengekori di belakang namun Azroy bijak menutup ruang sekligus muncul pelumba pertama melintasi garisan penamat.
Azroy menamatkan 20 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 17’34.904s diikuti Afif dengan masa 17’35.080s. Pelumba senior, Ahmad Fazrul Sham bangkit menebus kehampaan pusingan pertama apabila melengkapkan kedudukan podium dengan masa 17’45.922s.
“Saya berterima kasih kepada seluruh pasukan kerana bekerja keras untuk membantu saya memenangi perlumbaan minggu ini, begitu juga dengan sokongan keluarga dan penaja,” jelas Azroy yang kini mendahului kedudukan keseluruhan dengan 50 mata.
Tambahnya, “Pada penghujung perlumbaan saya menyedari Afif berada dekat dengan saya jadi saya perlu menutup ruang dan berjaya mempertahankan kedudukan sehingga ke garisan penamat.
Podium di tempat kedua membantu Afif untuk naik ke kedudukan kedua keseluruhan dengan mengumpul 33 mata diikuti Fazrul dengan 27 mata.


CP150
Perlumbaan Akhir
1 Azroy Hakeem Anuar (SGR) Idemitsu Honda Yuzy Racing 17:34.904s
2 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing 17:35.080s
3 Ahmad Fazrul Sham (PRK) AHM Motorsports Yamaha Racing 17:45.922s
4 Md Fitri Ashraff Razali (SGR) Cilik RCB Motorsport 17:46.016s
5 Md Iqbal Amri Abdul Malek (SGR) AHM Motorsports Yamaha Racing 17:47.495s

Kedudukan Keseluruhan
1 Azroy Hakeem Anuar (SGR) Idemitsu Honda Yuzy Racing 50 mata
2 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing 33 mata
3 Ahmad Fazrul Sham (PRK) AHM Motorsports Yamaha Racing 27 mata
4 Md Zaqhwan Zaidi (SGR) Idemitsu Honda Yuzy Racing 25 mata
5 Md Helmi Azman (SGR) Hi Rev SCK Honda Racing 20 mata

No comments: