Sutton CS3500 diperkenalkan Hamawangsa pada harga RM780,888

Hamawangsa hari ini memperkenalkan trak pikap 4WD yang menarik iaitu Monster Sutton CS 3500.Ianya boleh didapati dalam konfigurasi pemanduan sebelah  kanan mahupun kiriLHD dan dipasang sepenuhnya di Malaysia. Sutton CS3500 ini ditawarkan mulai sekarang.
Sutton Monster Truck CS3500 menyediakan imbangan ideal prestasi dan kecekapan bahan bakar. Model Sutton ini mempunyai enjin 3.5 liter V6 turbo berkembar dengan penyejuk-selang (intercooler) suntikan bahanapi dan DOHC 24 injap yang dipadankan dengan penghantaran automatik 10 kelajuan. Ia mampu menghasilkan 450 kuasa kuda dan tork 510 lb ft (691 Nm).
Suspensinya khusus dibina dengan "Fox racing Shox dengan jarak pergerakan 13" depan di bahagian dan 14" untuk bahagian belakang dengan kadar redaman yang berubah-ubah berdasarkan perjalanan roda, bagi menyediakan prestasi luar biasa dan perjalanan yang lancar di jalan raya.
Roda alumunium 17" menampung kenderaan ini dengan tayar 315/70 r17 BF Goodrich All-Terrain T / A KO2. Kerusi hadapan elektrik boleh dilaras pada 8-tahap dengan sokongan lumbar laras, dan bangku belakang boleh dilipat turun dengan pembahagian 60/40. Kerusinya dilengkapi Pemanasan dan Pendingin, dan penumpang hadapan diselesakan dengan penghawa dingin dwi-zon.
Dengan ciri-ciri utama kelas, keselesaan dan keluasan yang luar biasa serta kecekapan bahan api dan reka bentuk moden, tidak hairanlah bahawa Monster Truck Sutton CS3500 dijangka menjadi kegemaran panas rakyat Malaysia. Ia ditawarkan pada harga RM780,888 untuk pendaftaran persendirian di Semenanjung Malaysia dan RM795,058 di Malaysia Timur. Sebutharga ini adalah harga atas jalan tanpa insurans.
Jenama Sutton dibawa masuk dan dipasang di Malaysia oleh NAZAMax Sdn Bhd.






No comments: