Sah Indian FTR 1200 akan dikeluarkan!

Jentera prototaip ke ni? Hanya untuk lumba? Bukan! Indian Motorcycles akhirnya mengesahkan pengeluaran model FTR 1200.

Berita tentang rancangan untuk versi produksi flattracker FTR ini telah timbul lebih dua tahun yang lalu - dan sekarang Indian Motorcycles akhirnya mengesahkan bahawa FTR 1200, yang diilhamkan dari sejarah Indian dalam lumba litar tanah rata, akan mula dikeluarkan tahun depan.

Pengumuman itu datang sebagai reaksi kepada spekulasi dan permintaan untuk versi jalanan kejayaan jentera FTR750 binaan khas mereka, yang merupakan jentera lumba landasan rata yang telah menguasai siri lumba profesional Flat Track Amerika sejak diperkenalkan pada 2017. Spekulasi itu dipergiatkan oleh pembangunan FTR1200 Custom, yang tampil di pameran motosikal global pada tahun lalu. Dan pengeluaran baru FTR 1200 ini akan mengambil inspirasi, reka bentuk dan  prestasi daripada dua pendahulu ini, tetapi akan mengekalkan rupa dan gaya sendiri.

Spesifikasi penuh FTR 1200 belum diumumkan, tetapi ia akan mempunyai gaya pelumba rata, bingkai trellis dan dikuasakan oleh enjin V-twin.
Perekabentuk Kanan Indian Motorcycle, Rich Christoph, berkata: "Kami mahu memastikan bahawa FTR 1200 bukan semata-mata reproduksi Custom FTR1200, tetapi sesuatu yang unik di jalan, walaupun  diilhamkan dari jentera lumba trek rata," kata Christoph. "Kami gembira dengan watak motosikal ini dan keupayaannya untuk membawa motosikal V-kembar Amerika ke dimensi baru."

Selain itu, Indian telah mengumumkan hadiah cabutan bertuah, yang menawarkan peluang untuk memenangi salah satu motosikal pertama yang keluar dari barisan pemasangannya kelak. Pembaca yang beminat ingin memiliki Indian FTR 1200 baru boleh melayari www.win-ftr1200.com untuk menyemak maklumat terkini, dan masukkan nama mereka dalam cabutan hadiah, bagi peluang untuk memenangi model baharu yang sangat dinanti-nantikan ini. Walaupun tarikh pelancaran rasmi belum ditetapkan, ia kelihatan akan dijual pada tahun 2019.

No comments: