Toyota Vios Challenge capai sasaran

 Musim pertama perlumbaan Vios Challenge telah tiba ke kemuncaknya di Taman Teknologi Malaysia, Kuala Lumpurpada 24 dan 25hb Mac lalu. Ia telah berjaya membawakan aksi dan keseronokan yang amat jarang sekalidapat dinikmati oleh peminat sukan permotoran tempatan.
Pernah disifatkan sebagai sebuah projek perlumbaan yang berbercita-cita tinggi dianjurkan oleh
syarikat pengeluar kenderaan di Malaysia, namun usaha untuk membawakan perlumbaan di tahap akarumbi kepada khalayak yang lebih luas itu kini telah terbukti berjaya mencapai matlamatnya.
 Ini dapat dilihat dari sambutan daripada pengunjung di Kuala Lumpur dan juga perlumbaan terdahulu  di Batu Kawan, Pulau Pinang; MAEPS, Serdang dan Medini City, Johor Baharu.Vios Challenge menjadi acara utama hujung minggu dengan hampir 40 buah jentera Toyota Vios berspesifikasi sama bersaing di dalam tiga kategori berasingan iaitu; Sporting, Super Sporting dan
Promotional. Ia menjadi acara utama bagi Toyota GAZOO Racing (TGR) Racing Festival di mana
pelbagai acara menarik seperti penampilan selebriti, permainan pentas, pertunjukkan drift,
pameran kenderaan, karnival makanan dan banyak lagi menjadi tarikan untuk seisi keluarga.
 "Vios Challenge diadakan dengan tujuan untuk membawa sukan permotoran lebih dekat kepada warga Malaysia. Kami inginkan lebih ramai individu yang menghargai sukan lumba dalam
persekitaran yang selamat disamping menyertai pelbagai aktiviti menyeronokkan yang dapat
dialami seisi keluarga. Melihat daripada wajah dan sambutan pengunjung di setiap lokasi, saya
percaya kami telah berjaya membawakan acara yang unik dan menarik kepada orang ramai," ujar
Presiden UMW Toyota Motor, K Ravindran.
 Purata kehadiran pengunjung di setiap lokasi ialah 21,000 orang bagi setiap hujung minggu ia berlangsung dan sekaligus menjadikannya sukan lumba paling popular dan melakar sejarahnya
yang tersendiri. Tidak diragukan lagi, kualiti perlumbaan yang ditampilkan juga adalah sangat
tinggi, tidak kira bagi kategori mana sekalipun.

Pemandu-pemandu selebriti dalam kategori Promotional khususnya telah menarik perhatian
peminat-peminat mereka ke acara ini, malah, prestasi pemanduan yang ditunjukkan oleh mereka
juga sangat mengagumkan. Shukri Yahaya yang lebih dikenali kerana watak-watak yang dibawa
dalam drama TV telah menunjukkan kemahiran memandu yang sangat baik; catatan masa bagi
pusingan kelayakan yang dicapai pada acara terakhir itu sebenarnya membolehkan beliau berada
dibarisan kedua bagi kategori Sporting.
 Diana Danielle, ibu kepada dua anak yang pernah memaklumkan bahawa beliau sudah tidak ingat cara yang betul untuk memandu kereta manual semasa sesi latihan pemanduan perlumbaan, telah berjaya meletakkan dirinya di kedudukan 10 teratas di dalam kelompok yang
sama melalui prestasi yang ditunjukkan.

"Inilah harapan kami ketika membawakan konsep perlumbaan ini ke Malaysia. Kami ingin memberi
pendedahan terhadap sukan lumba permotoran kepada peserta baru dan menyediakan ruang
untuk mereka membangunkan kemampuan sendiri; sekaligus menjadikan mereka pemandu yang
lebih baik di atas jalan," ujar Timbalan Pengerusi UMW Toyota, Akio Takeyama.
Beliau menjadi individu yang layak untuk mengulas demikian memandangkan dirinya sendiri turut
serta di dalam perlumbaan berkenaan pada setiap hujung minggu penganjurannya pada musim
pertama tersebut. Sensasi beatboxing, Shawn Lee meneruskan penguasaannya dan muncul juara  bagi kategori Promotional; beliau hanya tewas sebanyak dua kali daripada lapan perlumbaan yang disertai.

Apapun, raja drift Malaysia, Tengku Djan membawakan aksi-aksi mengujakan dan mendebarkan
peminat-peminat serta pesaing-pesaing di dalam litar. Kawalan kenderaan serta pemanduan litar
yang ditampilkan oleh Djan menjadi pemangkin kepada kemeriahan dan merancakkan lagi
saingan antara pelumba dalam merebut kejuaraan - dan tidak terkecuali juga diasak dengan sengit
oleh pesaing terdekatnya, William Ho.
Seorang lagi pemandu yang memberikan persembahan terbaik kategori Sporting yang perlu diberi
perhatian tentunya Brandon Paul Anthony. Berusia 20 tahun, beliau tidak pernah berlumba
menggunakan Toyota Vios sebelum ini dan hanya menyertai perlumbaan ini pada acara kedua
yang berlangsung di MAEPS, Serdang. Beliau telah menampilkan pemanduan yang berkualiti
untuk meraih kejuaraan ketika perlumbaan terakhir di Taman Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur
tempoh hari.

Terdapat banyak lagi bakat-bakat baru yang masih boleh digilap muncul sepanjang perlumbaan
Vios Challenge musim pertama ini berlangsung. Dan, pada separuh kedua 2018 nanti, sebahagian
daripada mereka mungkin akan ikut serta sekali lagi untuk siri perlumbaan Vios Challenge musim
kedua.





1 comment:

JohnRMay said...

Foto yang hebat. Permainan ini mesti sangat menarik. Adakah terdapat maklumat lain mengenai Toyota Vios?