Dalam usaha sama tersebut, KATSANA akan menggunakan pengalamannya dalam bidang telematik dan data raya untuk menyediakan platform UBI untuk Allianz Malaysia Berhad, Etiqa Insurance Berhad, dan Etiqa Takaful Berhad bagi membangunkan produk-produk UBI untuk pelanggan mereka. Di samping itu, pihak-pihak yang terlibat akan bekerjasama dengan KATSANA untuk mempertingkatkan DriveMark, app telematiknya.
DriveMark yang baru sahaja dilancarkan merupakan satu platform untuk mengumpul data perlakuan ketika memandu, serta untuk meneroka cara-cara yang inovatif tetapi menyeronokkan untuk menggalakkan para pengguna app memperbaiki perlakuan mereka ketika memandu.
DriveMark merupakan pengumpul bebas data profil pemanduan di antara pengguna dan syarikat insurans. Ia adalah app mudah alih keselamatan jalan raya yang merekodkan perlakuan pengguna semasa memandu dan melatih mereka supaya memandu dengan lebih selamat. Ia mengesan sikap semasa memandu secara pintar dan menterjemahkannya kepada skor. Tindakan pemanduan yang tidak selamat seperti membrek dan memecut dengan mengejut dan membelok dengan tajam menyumbangkan skor yang lebih rendah. Lebih tinggi skor seseorang pengguna, lebih baiklah cara
pemanduannya, dan premium insuransnya pun akan dilaras sebegitu rupa. DriveMark dilancarkan pada Julai 2017 dan kini boleh didapati dalam versi iOS dan Android untuk telefon pintar moden.
Pengarah Urusan dan Pengasas Bersama KATSANA, Syed Ahmad Fuqaha Syed Agil berkata, “Kami amat berbesar hati kerana mendapat sokongan daripada Axiata dan syarikat insurans terkemuka di negara ini, Allianz Malaysia, serta Etiqa Insurance dan Etiqa Takaful. Kerjasama ini penting bagi semua pihak yang terlibat, kerana ia membantu membuka jalan ke arah mempromosikan pendekatan UBI yang progresif dan telus.”
“Di Allianz Malaysia, kami merasakan bahawa KATSANA menawarkan app telematik yang amat menarik, yang mudah digunakan, tanpa perlu membayar dan memasang peranti fizikal dalam kereta anda. Apa yang anda perlukan hanyalah telefon pintar anda. Kerjasama dengan KATSANA ini akan membolehkan kami melangkah ke arah insurans berasaskan penggunaan dalam menyediakan insentif bagi perlakuan pemanduan yang baik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad, Zakri Khir.
KATSANA menerusi DriveMark membolehkan para pemandu memilih mana-mana syarikat insurans yang dikehendaki ketika mereka ingin membeli insurans. Sementara itu, syarikat insurans yang menjalankan usaha sama dengan KATSANA mendapat gambaran yang wajar mengenai perlakuan pemandu menerusi skor DriveMark untuk membolehkan mereka membangunkan produk-produk insurans UBI yang baru.
Bagi fleet dan individu, mereka boleh menggunakan perkakasan sekiranya mereka ingin mendapatkan pemantauan tabiat pemanduan yang lebih tepat. Pada masa akan datang, DriveMark akan memberi pilihan kepada pemandu untuk mendapatkan perkhidmatan sampingan yang berkaitan dengan kerereta mereka. Untuk maklumat lanjut, layari www.getdrivemark.com.
No comments:
Post a Comment