Teknologi tuangan logam kunci kelahiran Yamaha Motor

Yamaha YA-1
Teknologi tuangan adalah kaedah membentuk logam, bilamana bahan itu dipanaskan sehingga cair dan dituangkan ke dalam acuan, yang kemudiannya disejukkan hingga ia keras dan akhirnya dikeluarkan dari acuan dan kemudiannya disudahkan dengan bersih. Asal-usul menuang logam ini adalah sejak dari zaman purba lagi dan dikatakan telah bermula ketika peralatan yang diperbuat daripada gangsa ditemui  pertama kali berasal dari zaman Mesopotamia sekitar 4,000 sebelum masihi. Kaedah menuang logam ini kemudiannya berkembang dan akhirnya banyak digunakan dalam revolusi perindustrian pada pertengahan abad ke-18.

Pada bulan Mac 1954, Presiden Genichi Kawakami daripada Nippon Gakki Co., Ltd. (yang kini dikenali sebagai Yamaha Corporation) telah mula berminat untuk menceburkan diri dalam pengeluaran motosikal dan telah menunjukkan silinder enjin motosikal DKW Jerman kepada ketua jurutera bahagian tuangan logam syarikat itu. Kawakami bertanya sama ada mungkinkah jabatan itu menghasilkan sesuatu yang seperti selinder DKW itu. Jika tidak, beliau akan mengenepikan idea pembuatan motosikal.

Tidak lama selepas Perang Dunia II, Nippon Gakki telah memperoleh sebuah syarikat di Hamamatsu sebagai langkah ke arah permulaan semula pengeluaran piano mereka. Ia merupakan permulaan usaha tuangan logam mereka sendiri dalam pengeluaran bingkai piano. Bingkai piano mampu menahan daya tarikan sekitar 20 tan. Untuk menghasilkan bingkai yang kuat tetapi ringan, jurutera Nippon Gakki berusaha dengan tekun untuk mencipta bingkai yang bukan sahaja mempunyai ketegaran menahan daya ini tetapi juga mempunyai keanjalan untuk mengiat dan menghasilkan bunyi yang indah dan berkualiti tinggi.
Walau bagaimanapun, silinder enjin lebih kompleks bentuknya dan memerlukan darjah ketepatan tuangan logam yang tinggi. Menghasilkan sesuatu yang sama kualiti sebagai DKW bukanlah tugas yang mudah. Walau bagaimanapun, jurutera tuangan logam memutuskan untuk menyahut cabaran tersebut.
Ketika itu, bingkai piano diperbuat dengan acuan pasir biasa. Acuan model ditekan ke dalam pasir dalam dua kotak acuan, yang kemudiannya mengeras untuk membentuk acuan yang mana logam cair dituangkan.Para jurutera Nippon Gakki menggunakan kaedah ini berulang kali untuk cuba menghasilkan silinder motosikal pertama mereka tetapi mereka gagal kerana besi cair yang dilebur tidak mengisi ruang acuan sepenuhnya dengan betul. Apabila mereka akhirnya berjaya menghasilkan beberapa silinder prototaip dan mempersembahkannya untuk pemeriksaan, mereka ditertawakan kerana rupanya tak ubah seperti teko tanah liat.
Sementara itu, sesetengah pihak dalam syarikat itu telah menyarankan untuk melantik kontraktor luar bagi menghasilkan silinder motosikal mereka. Tetapi Presiden Kawakami tidak setuju dan mengarahkan pasukan tuangan logam dalaman syarikat untuk meneruskan usaha pembangunan, sambil menegaskan bahawa ia nya adalah tidak wajar untuk mendapatkan bahagian terpenting yang akan mempengaruhi prestasi motosikal dan pengeluaran mestilah dilakukan sendiri oleh syarikat mereka, tidak kira betapa sukar pun tugasnya.

Akhirnya, pada suatu hari ketika mencari untuk mendapatkan hasil acuan yang lebih cantik untuk bingkai piano yang dikeluarkan syarikat  dengan logo fork talaan tersebut (logo Yamaha kini), juruteknik Nippon Gakki tenampak satu artikel mengenai penggunaan acuan terbaharu dalam teknologi tuangan pada masa itu dalam sebuah majalah perdagangan Amerika. Mereka berjaya menduplikasikan acuan tersebut di mana resin fenolik dicampurkan dengan pasir silika halus. Acuan ini kemudiannya dibakar untuk mengeraskannya. Oleh kerana acuan ini jauh lebih kuat, logam cair mengisi kesemua rongga dengan lebih baik dan menghasilkan produk berketepatan tinggi dan sudahan permukaan yang cantik. Pasukan tuangan logam motosikal dengan cepat meminjam penggunaan peralatan di kilang piano tempatan di Osaka, dan mereka bukan sahaja telah dapat meenghasilkan silinder yang betul tetapi juga telah menyempurnakan kualitinya.

Dengan penghasilan YA-1 sebagai motosikal Yamaha pertama, Jabatan motosikal Nippon Gakki kemudiannya diasaskan sebagai Yamaha Motor, dan syarikat baharu ini mewarisi teknologi tuangan logam tersebut.


No comments: