Yamaha NVX telah dilancar!




 Turutan pada pratonton awal di Sepang ketika MotoGP Malaysia 2016, Yamaha NVX 155 baharu telah dilancarkan sebentar tadi. Model yang baru diperkenalkan ini disasarkan untuk membawa segmen pasaran motosikal automatik Malaysia ke tahap premium.

Bercogankata "Revolusi dalam Inovasi", Yamaha NVX yang turut dikenali sebagai Aerox di beberapa negara jiran ini merupakan tambahan segar kepada rangkaian model motosikal automatik Yamaha. Berbekalkan ciri-ciri inovatif, Yamaha NVX baharu dibekalkan dengan oleh enjin sejukan cecair jenis "Blue Core" satu selinder suntikan bahanapi dengan injap bolehubah (VVA) bagi menawarkan kuasa yang didambakan pengguna baik bagi tunggangan dalam bandar mahuun tunggangan jarak jauh.



Bercakap pada majlis pelancaran itu, Pengarah Urusan Hong Leong Yamaha Motor, Dato'Jim Khor, seterusnya menjelaskan bahawa "Ciri-ciri khusus yang lain untuk dinilai anda pada Yamaha NVX termasuklah rim 14-inci dengan tayar tanpa tayar yang lebih lebar, ruang simpanan sebanyak 25-liter di bawah tempat duduk, lampu utama LED berkembar yang dilengkapi ekor dan lampu brek LED. Ia juga didatangkan dengan ABS sebagai peralatan standard kerana keselamatan adalah satu perkara yang sangat kami pentingkan".

Yamaha NVX dilengkapi dengan ciri-ciri premium seperti paparan digital LCD sebesar 5.8 inci yang memaparkan pelbagai indikator termasuk meter rpm (Tachometer), kelajuan (speedometer), penunjuk VVA, meter jarak perjalanan (odometer) dan sistem mula/henti untuk penjimatan bahan api yang lebih baik. Sistem mula/henti ini akan mematikan enjin ketika berhenti seketika umpamanya di hentian lampu isyaat, dan akan dihidupkan semula bila anda memulas pendikit untuk bergerak. Yang paling utama, ia menjadi perintis dalam penggunaan sistem kunci pintar yang mengelakkan keperluan untuk menyisipkan kunci fizikal bagi menhidupkan memulakan motosikal. Kunci ini didatangkan dengan beberapa ciri keselamatan yang masih membolehkan anda menghidupkan enjin dan menunggang motosikal itu walaupun ia hilang atau kehabisan bateri. Kami akan bawakan perinciannya ketika tunggang-uji motosikal ini kelak.

Yamaha NVX 155 ini ditawarkan pada harga asas RM10,500.00 termasuk GST. Ia nyamerupakan jawapan bagi rakyat Malaysia yang inginkan sebuah motosikal automatik bersaiz sederhana dengan ciri-ciri premium yang sebelum ini hanya terdapat pada motosikal yang berkapasiti lebih besar.
















No comments: