Honda raikan 30 tahun kehadiran EX-5 dengan Dream Fi


Mula diperkenalkan di pasaran pada tahun 1987 iaitu 30 tahun yang lepas, salah sebuah motosikal yang amat dikenali di Malaysia iaitu Honda EX5 telah berkhidmat kepada lebih daripada 2 juta rakyat Malaysia. Honda Cub popular ini mampu berbangga menjadi model motosikal paling lama berkhidmat dalam sejarah negara. Di peringkat global atau sedunia pula, pengeluaran dan jumlah jualannya akan mencecah pencapaian 100 juta unit siri Super Cub ini dalam tahun 2017 ini.











Bersempena dengan catatan bersejarah ini, Boon Siew Honda memperkenalkan model tambahan barisan Honda EX5 Dream Fi dengan roda jenis tetuang, tayar tanpa tiub, bar cengkaman belakang berkrom dan logo lambang reka bentuk khas.

Harga bilik pameran yang disyorkan termasuk GST untuk unit keluaran khas Honda EX5 Dream Fi ini bermula dari RM 4,906.74 (penghidup tendang, roda jejari spok), RM 5,150.54 (penghidup elektrik, roda berjejari spok) dan RM 5,404.94 (penghidup elektrik, roda aloi tetuang) dan disediakan dalam tiga pilihan warna iaitu ungu metalik Marianna, merah kandi Scintillate, biru Pearl Nightfall dan tambahan warna pilihan hitam Pearl Magellanic yang didatangkan dengan roda tetuang aloi.


No comments: