Kawasaki Z 250 SL Super ringan dilancar



Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd kini menampilkan satu lagi model untuk barisan Supernaked agresif siri Z nya dengan model Kawasaki Z250SL. Ia dikuasai enjin satu selinder 249cc 4-lejang yang didokong kerangka trellis tersendiri dari Kawasaki. Z terbaru ini menawarkan prestasi sport dalam satu pakej yang langsing, padat dan ringan.

Kawasaki Z250SL ini reka untuk tunggangan komuter dalam bandar bercirikan sports, dan merupakan alternatif kepada Z250 sedia ada, sebagai sebuah jentera berkemampuan perlumbaan yang lebih ringan selain menawarkan ciri ciri kompetitif sebuah Ninja iaitu prestasi, ketangkasan, pengendalian lincah dan ergonomik agresif - satu gabungan ciri ciri yang mampu menggamit tolehan sewaktu tunggangan anda dalam bandar.

Supernaked bergaya langsing dan seksi ini mengekalkan gaya 'Z' dengan bahagian ramping di tengah memberikan keterampilan motosikal yang dinamik. Bahagian panel badan nya dipasang rapat dan padat agar menepati keterampilan kemas dan tirus. Paparan instrumentasi digital yang sporti menghiasi bahagian tengah yang di dokong hendal rata dan lebar bagi membolehkan penampilan dan gaya-tunggang agresif.
Enjin satu selinder 249 cc 4-lejang, DOHC 4-injap suntikan bahanapi sejukan cecair nya menjanjikan tork bertenaga pada julat rendah dan pertengahan, namun amat selesa untuk berputar pantas bagi menghasilkan kuasa pada rpm tinggi untuk pecutan yang unggul. Enjin satu silinder 4-lejang Z250SL menawarkan prestasi sporti dalam pakej yang tirus, ringan dan padat. Ia menghasilkan dayakilas pertengahan yang amat memuaskan, dan mampu berputar dengan cepat untuk mencapai tahap rpm yang tinggi, di mana enjin nya benar-benar berupaya. Julat rpm tinggi menyampaikan kuasa yang kuat dan meningkat dengan baik tanpa turun mendadak. Seperti Ninja 250SL, setiap kilasan pendikit menghasilkan lonjakan pecutan yang memuaskan bagi menujah motosikal dan penunggang ke hadapan.

Bingkai trellis rekabentuk tersendiri yang lansing dan padat direka khusus bagi menghasilkan casis se ringan 148 kg. Jentera ini didokong sistem gantungan sport dengan sistem hubungan gantungan belakang jenis Kawasaki Uni-Trak. Ia nya pula disesuaikan dengan tayar yang lansing (depan: 100 mm, belakang: 130 mm) untuk turut menyumbang kepada pengendalian tajam dan lincah sambil memastikan kestabilan hebat.

Sama seperti Ninja 250SL, gaya Supernaked agresif Z250SL ini kekal meniti reka bentuk tema "langsing dan seksi". Penampilan pinggang yang ramping nya menghasilkan rekabentuk motosikal yang yang dinamik. Setiap bahagian motosikal ini telah direka sepadat mungkin, dan dipasang bertaut
serapat yang mungkin kepada kerangka untuk mengukuhkan lagi reka bentuk tirus motosikal ini serta menambah penampilan berkualiti tinggi nya.

Z250SL ini mengekalkan pengendalian ringan dan watak lincah Ninja 250SL dengan kedudukan menunggang yang lebih tegak dan hendal yang lebih luas bagi posisi menunggang yang sesuai untuk kawalan aktif dan memudahkan penunggangan sport yang dinamik. Di bantu oleh enjin berasaskan Ninja dan casis prestasi, penunggang Z250SL akan mampu mengendalikannya dalam lalu lintas bandar dengan cekap.

Antara ciri ciri utama Z250SL
Gaya Supernaked Z yang Agresif
Reka bentuk dinamik gaya ramping dilengkapkan oleh keterampilan ultra ringan hasil dari ketelitian rekaan panel badan bertaut rapat dan kerangka trellis tersendiri.
Ergonomik Supernaked
Satu pakej keseluruhan yang tirus, gaya hendal yang rata dan luas meletakkan penunggang dalam kedudukan yang ideal untuk kawalan aktif.

Instrumentasi digital sepenuhnya
Panel instrumen digital sepenuhnya memberikan rupabentuk kokpit yang moden,

Kerangka trellis tersendiri
Kerangka jenis trellis menghasilkan pakej yang tirus, ringan dan padat yang menyumbang kepada pengendalian lincah.

Tupang hadapan teleskopik 37 mm
Tupang teleskopik 37 mm menyumbang kepada kestabilan, kelincahan dan pengendalian ringan.
Casis ringan
Z250SL adalah seberat 148 kg, hampir 20kg lebih ringan daripada Z250 terdahulu. Keringanan ini banyak menyumbang kepada pengendalian lincah motosikal ini.

Roda ringan dengan tayar langsing
Roda sports 10-jejari dilengkapi dengan tayar langsing yang dipilih untuk pengendalian lincah motosikal ini.

Sistem gantungan belakang Uni-Trak
Hubungan gantungan belakang Uni-Trak tersendiri dari Kawasaki memastikan perjalanan lancar dan pengendalian stabil dalam pelbagai kelajuan dan keadaan jalan raya.

Penutup Kipas Radiator
Rekaan berpaten penutup untuk kipas radiator mengarahkan haba enjin haba ke bawah dan jauh dari penunggang untuk keselesaan tambahan.

Brek cakera berkelopak
Brek cakera berkelopak depan dan belakang menyampaikan kuasa hentian yang kuat, mudah dan kelihatan lebih sporti.
Penghidup Elektrik
Penghidupan enjin dimudahkan dengan suntikan bahan api dan penghidup elektrik.

Suntikan bahan api
Penyuntik bahanapi menghasilkan kabus bahanapi yang halus bagi penghantaran bahan api yang sesuai di semua julat rpm.
Enjin satu selinder 249 cm3 4-lejang sejukan cecair
Enjin satu silinder yang menawarkan prestasi sporti tangkas berputar dalam pakej yang tirus, ringan dan padat, bagi hantaran kuasa yang lancar dan responsif pada rpm rendah dan sederhana dan penuh tujahan kuasa pada rpm tinggi.

Tudung lampu depan baru merupakan salah satu daripada unsur-unsur gaya utama reka bentuk agresif Z250SL ini. Reka bentuk lampu depan tunggal dan sporti menyumbang kepada imej tirus motosikal ini. Lampu depan berbilang reflektor ini memancarkan jalur cahaya yang jelas bagi memudahkan penglihatan waktu malam.

Tangki bahan api nya yang tirus direka kembang di sisi dan menurun ke hadapan bagi menampilkan lagi reka bentuk Supernaked agresif. Konsol peralatan digital sepenuhnya memberikan paparan maklumat, termasuk graf-bar tachometer digital, meter kelajuan digital, odometer, dua rekod jarak perjalanan, jam, dan tolok bahan api. Cahaya latar meter berwarna amber menyumbang kepada imej Z dan memudahkan bacaan instrumen pada waktu malam.

Kawasaki Z250SL ini didatangkan dalam dua warna menarik iaitu Hitam dan juga Oren , pada harga asas RM15,739.00

Perbezaan antara dua model parallel twin dan enjin mono silinder.
Kawasaki Z250 vs Kawasaki Z250SL

Model              Kawasaki Z250                                                        Kawasaki Z250SL
Enjin                4-stroke liquid-cooled Parallel Twin                            4-stroke liquid-cooled single cylinder
Valve system    DOHC, 4 valve per cylinder                                       DOHC, 4 valve per cylinder
Displacement    249 cc                                                                             249cc
Max torque        21.0 Nm @ 10,000 rpm                                              22.6Nm @ 8,200RPM
Max power        31.5hp @ 11,000rpm                                                  27.6 BHP @ 9700 RPM
Berat                   168 kg                                                                            148 kg 

SPESIFIKASI BR250E/F
ENJIN
Jenis: sejukan cecair, 4-lejang Satu Selinder
Sesaran: 249 cm3
Gerek dan Lejang: 72.0 x 61.2 mm
Nisbah mampatan: 11.3:1
Sistem injap: DOHC, 4 injap
Sistem bahan: api Suntikan bahan api: ΓΈ38 mm x 1
Pencucuhan: Digital
Penghidup: Elektrik
Pelinciran: Pelinciran paksa, bah basah
Jenis Kerangka: Tiub Berlian
Perjalanan roda: depan 110 mm belakang 116 mm
Tayar: hadapan 100/80-17M/C 52s
belakang 130/70-17M/C 62S
Sudut condong 24 darjah
Jarak 90 mm
Sudut kemudi (kiri / kanan) 36/36

PACUAN
Penghantaran: 6-kelajuan, ulangan
Hantaran akhir: Rantai
Nisbah pengurangan utama: 2.800 (84/30)
Nisbah gear: 1 3.000 (33/11)
2 1,933 (29/15)
3 1,444 (26/18)
4 1,217 (28/23)
5 1.045 (23/22)
6 0,923 (24/26)
Nisbah pengurangan akhir: 3.000 (42/14)
Klac: Basah berbilang-cakera, manual
GANTUNGAN
depan: 37 mm Jenis teleskopik garpu
Belakang: Jenis Uni-Trak
Pra-bebanan Spring: 5-tahap

BREK
Depan: Cakera 290 mm angkup dwi-omboh
Belakang: Cakera cakera 220 mm angkup dwi-omboh

PRESTASI
Kuasa maksimum : 20.6 kW {28} PS / 9,700 rpm
Tork maksimum : 22.6 Nm {2.3 kgf.m} / 8,200 rpm
DIMENSI
Panjang keseluruhan : 1,935 mm
Lebar keseluruhan : 700 mm
Ketinggian keseluruhan : 1,015 mm
Jarak roda : 1,330 mm
Kelegaan bumi : 180 mm
Ketinggian tempat duduk : 785 mm
Berat 148 kg
kapasiti bahan api : 11 liter
















No comments: