Hafizh Syahrin sah pelumba MotoGP pertama dari Malaysia dan Asia Tenggara

 Pasukan Tech3 telah memutuskan untuk menjadikan Hafizh Syahrin sebagai pengganti Jonas Folger. Hafizh telah berlumba selama 4 musim, dan mendaki podium di Misano dan Motegi

Menurut Sky Sports MotoGP, Michele Pirro merupakan pilihan teratas pasukan Tech3. Namun akhirnya kompromi berpihak kepada anak muda yang cukup pantas dan juga menepati bajet mereka. Dengan mengambilkira risiko yang ada, pemilik Team Tech3  Herv√® Poncharal terpaksa menggantikan Jonas Folger yang menderita penyakit genetik yang dipanggil sindrom Gilbert.

Anak Malaysia ini akhirnya terpilih untuk beraksi di kelas perdana, dan keputusan ini juga dikatakan mengambilkira faktor politik yang disokong oleh DORNA, memandangkan sukan bermotosikal semakin popular di negara Asia Tenggara ini di mana Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan belanjawan besar melalui penjenamaan "Melawat Malaysia"

Hafizh yahrin dilahirkan di Selangor pada 5 Mei 1994, dan mempunyai pengalaman berlumba di Asia Supersport, CEV dan juga Moto2, di mana dia sentiasa berada di tengah-tengah kedudukan keseluruhan, dengan tiga kali di tempat keempat pada tahun 2016 dan dua podium dalam tahun 2017.

Ujian seterusnya di Thailand akan menguji kemampuannya untuk beraksi di MotoGP, tetapi jika hasilnya ternyata positif, Poncharal tentunya kan bergembira kerana telah mencapai keseimbangan kehendak dan bajet. Hari-hari terakhir di ujian Sepang Malaysia telah dipenuhi dengan pangilan telefon dan pertemuan dengan pengurusan Yamaha. Ia termasuk pertemuan dengan Kouichi Tsuji, yang telah memberikan Poncharal pilihan bebas, namun menasihatkannya untuk memberi tumpuan kepada seorang anak muda yang berbakat dan berpotensi untuk dikembangkan.
Bos Yamaha Tech3 akhirnya terpaksa menilai prestasi pelumba pilihannya secara mental, mungkin kerana terdesak dengan pembukaan musim 2018 kini semakin hampir dan tiada banyak pilihan yang ada. Setelah mengenepikan Jonny Hernandez yang dipanggil pada saat akhir ujian Sepang, Sandro Cortese dan Dominique Aegerter juga telah turut disenarai pendek, tetapi pelumba Itali-Jerman yang bebas dari sebarang kontrak itu gagal menyerlah baru-baru ini, sementara anak Switzerland itu pula sebenarnya sudah mempunyai kontrak dengan Pasukan Kiefer yang kini disusun semula setelah kematian pemiliknya, Stefan.

Hafizh menjadi pilihan yang baik dalam senario ini, dah sudah tentu menggembirakan para peminat motosikal Malaysia yang disebut Sky Sports sebagai gemar memakai jeket terbalik!

Di tengah senario ini, mungkin terdapat kekecewaan dari Michele Pirro, yang telah terbukti berbakat untuk berada di grid di semua MotoGP, tetapi tawaran yang dibuat oleh Poncharal adalah "hanya satu tahun" dan ini mungkin tidak cukup menarik baginya untuk mengenepikan piliha untuk bersama Ducati.

Apakah keputusan Poncharal ini terbaik? Sama sama kita nilaikan kelak.

No comments: