Pembuat Kenderaan Menyelesaikan Kerosakan Beg Udara Takata



Empat daripada pembuat kereta terbesar di dunia telah bersetuju untuk penyelesaian bernilai jutaan dolar selepas pelanggan mereka menuntut pampasan berikutan penarikan balik Beg Udara Takata yang rosak.

Perjanjian penyelesaian ini bernilai $ 553 juta (497 juta euro) dan meliputi tuntutan kira-kira 16 juta pemilik kenderaan yang telah menyaman pembuat kereta Toyota, BMW, Mazda dan Subaru untuk pampasan. Tindakan undang-undang terhadap Honda, Ford dan Nissan tidak dilindungi oleh perjanjian itu, kata peguam. Jumlah kos penyelesaian dari Toyota adalah $ 278.500.000, diikuti oleh BMW pada $ 131 juta, Mazda pada $ 76 juta dan Subaru di $ 68 juta.

Dalam satu kenyataan bersama, empat syarikat berkata mereka telah bersetuju dengan perjanjian tetapi menambah bahawa perjanjian itu tidak bermakna mereka mengakui kesalahan atau liabiliti.

Penyelesaian itu datang di aktiviti panggilan semula beg udara yang dihasilkan oleh syarikat Jepun Takata. Panggilan semula ini bermula pada tahun 2008 dan meliputi sekitar 100 juta beg udara digunakan dalam kenderaan yang dibuat oleh 19 pembuat kereta.

Beg Udara Takata boleh meletup dengan kuasa berlebihan dan melepaskan serpihan logam di dalam kereta dan trak, dan telah dipersalahkan di atas sekurang-kurangnya 16 kematian dan lebih 180 kecederaan di seluruh dunia.

Majoriti kematian dan kecederaan berkaitan dengan Beg Udara ini berlaku di Amerika Syarikat. Oleh itu, Takata bersetuju pada bulan Januari untuk mengaku bersalah di atas tuduhan salah laku jenayah dan membayar $ 1 bilion untuk menyelesaikan kes ini di peringkat Penyiasatan Persekutuan di Amerika Syarikat.

Sejak itu, pembuat kereta telah memanggil semula 46 juta Takata Beg Udara di 29 juta kenderaan Amerika. Menjelang 2019, 64 juta kepada 69 juta Beg Udara Takata di 42 juta kenderaan American dijadualkan akan diganti.


Takata sedang berunding dengan Komponen  Pembuat Auto Key Safety Systems (KSS) di Amerika Syarikat dan dana ekuiti swasta Bain Capital untuk mengadakan perjanjian penyelamat yang dilaporkan bernilai sekitar 200 bilion yen ($ 1.7 bilion, 1.61 bilion euro).

Sumber dari:
http://m.dw.com/en/automakers-settle-over-faulty-takata-airbags/

Nicky Hayden Kemalangan Ketika Menunggang Basikal



Keadaan perubatan Nicky Hayden amat serius berikutan kemalangan berbasikal di Itali. Pelumba lagenda MotoGP dari Amerika ini, yang masih dirawat di unit rawatan rapi di Hospital Bufalini di Cesena, telah mengalami trauma yang serius dengan kerosakan otak yang teruk akibat daripada kemalangan semasa berbasikal di Itali. Beliau telah dilanggar oleh sebuah kereta ketika sedang berbasikal di sepanjang pantai Rimini, di mana beliau telah meluangkan masa selepas baru-baru ini menyertai Pusingan WorldSBK di Italy. 

3 MODEL TERBARU DIPERKENALKAN OLEH MODENAS

Motosikal Dan Enjin Nasional (MODENAS) dijangka dapat meningkatkan penguasaan pasaran sebanyak 22 peratus di dalam jangka masa setahun bagi segmen motosikal jalanan dan cruiser sport  dengan 3 model terbarunya.


Menurut Ketua Pegawai Operasi, Automotif, Kejuruteraan, Pembuatan dan Pengedaran DRB-Hicom, Dato’ Abdul Harith Abdullah, kerjasama yang dijalinkan dengan Bajaj Auto Ltd (BAL) merupakan satu fasa semula jadi bagi MODENAS sebagai salah satu pengeluar motosikal terbesar di rantau ini, memandangkan syarikat berkenaan terkenal dengan barisan produknya yang berbeza dan disokong oleh pasukan R&D yang berinovasi serta kawalan mutu produk yang ketat.




MODENAS yakin ia mampu mengulangi kejayaan yang dikecapi oleh model terkenal PULSAR NS200 (
naked street bike), PULSAR RS200 (race bike) dan V15 (cafĂ© racer) di sini memandangkan model berkenaan telah terbukti diterima di seluruh dunia, di 74 negara merentasi rantau Amerika Latin, Timur Tengah dan Asia Selatan. Keyakinan ini turut disokong oleh permintaan yang tinggi terhadap motosikal jalanan bawah 250cc, yang menguasai lima peratus pegangan dalam pasaran tempatan sejak tiga tahun lepas.




Kerjasama ini akan dimulakan secara berperingkat-peringkat termasuk pengedaran produk dan pembangunan hub pemasangan khusus di kilang MODENAS di Gurun,Kedah. Hasil daripada kerjasama ini bakal menyaksikan pelancaran beberapa lagi model terbaharu dalam tempoh beberapa tahun akan datang dan ia dijangka akan mendefinasikan semula segmen motosikal jalanan di Malaysia.



Tiga model yang dilancarkan hari ini adalah Pulsar NS200, RS200 dan V15. Kedua dua model Pulsar NS200 dan RS200 dijana oleh enjin 199cc, SOHC, 4 lejang, penyejukan cecair, penyuntik bahan api silinder tunggal dan digital triple spark ignition. Kedua-dua model didatangkan dengan transmisi 6 kelajuan, yang memberi masing-masing kuasa maksimum 23.5 PS dan 24.5 PS @ 9500 RPM serta Tork pada 18.6NM dan 18.3NM @8000 RPM.

PULSAR NS200 telah direka agar tampak lebih sasa serta agresif dan didatangkan dalam skema warna serta grafik dua tona. Manakala PULSAR RS200 pula bersifat lebih aerodinamik dan dibentuk agar lebih stabil pada kelajuan tinggi. Ia bakal menjadi motosikal bersaiz penuh pertama di Malaysia yang mempunyai sistem Brek Anti-Kunci (ABS) saluran-tunggal yang memastikan keselamatan dan kestabilan walaupun pada kelajuan tinggi.

Sementara itu, model V15 pula didatangkan dengan enjin 150cc digital twin-spark yang menggabungkan elemen terbaik gaya neo klasikal, keselesaan serta kuasa dan tork yang tepat bagi menghasilkan pengalaman menunggang yang sempurna. Kuasa Maksimumnya ialah 12 PS @ 7500 rpm ,Tork: 13 Nm @ 5500 rpm.


Peminat motosikal dijemput untuk melihat dan merasai sendiri prestasi istimewa motosikal berkenaan di DRB-HICOM Autofest 2017 yang akan diadakan pada 19 hingga 21 Mei di Kompleks EON di Glenmarie Shah Alam.



PULSAR RS200 (RM10,700)






PULSAR NS200 (RM8,700)






V15 (RM5,650)





Peluang untuk Pandu Uji Model terbaru dari Kawasaki Motors

Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. (KMSB) akan menganjurkan pameran bergerak serta peluang untuk semua peminat Kawasaki memandu uji motosikal baru mereka pada 14hb Mei 2017 dari 10 pagi hingga 6 petang di Bulatan Bazarena, Stadium Melawati, Shah Alam. 

Tema Kawasaki " Always Close to You " Roadshow ini akan mempamerkan 2017 model terbaru mereka iaitu Kawasaki Z650 ABS, Ninja 650 ABS, Z900 ABS dan Versys-X 250. Peminat motosikal akan diberi peluang untuk menguji dengan menunggang model ini. Ia adalah peluang yang tidak boleh dilepaskan. Satu trek akan disusun atur khas bagi membolehkan peminat motosikal merasai kelincahan dan prestasi motosikal yang di tawarkan. Pemilik motosikal Kawasaki juga akan mendapat peluang untuk perkhidmatan servise motosikal mereka dengan kos buruh percuma. Perkhidmatan yang akan dikendalikan oleh Kawasaki Exclusive Service Center yang terlatih (KESC).


Kawasaki Malaysia juga telah merancang pelbagai aktiviti untuk semua orang untuk mengambil bahagian pada hari tersebut. Nestle Malaysia juga akan menawarkan perkhidmatan minuman Nescafe percuma keada pencinta kopi. 

Lain-lain syarikat yang akan mengambil bahagian ialah Alpinestar Malaysia, Shoei Malaysia dan Bridgestone Malaysia, di mana mereka akan mempamirkan dan menawarkan pelbagai produk mereka . Perkhidmatan Kredit Aeon dan Tokio Marine Insuran juga akan berada di sana untuk memberi nasihat dan menawarkan produk mereka kepada bakal pelanggan.

Aktiviti roadshow ini adalah sebahagian daripada program Kawasaki Malaysia untuk mendekati pelanggan mereka dan orang ramai. Ini adalah sebahagian daripada komitmen Kawasaki Malaysia untuk memberikan pelanggan satu pengalaman yang terbaik
dengan slogan roadshow mereka, " Always Close to You".


Acara: Kawasaki Test Ride Roadshow - "Always Close to You"

Tarikh: 14 Mei 2017, 10:00 pagi -06:00 petang
Tempat: Bulatan Bazarena, Stadium Melawati Shah Alam

SkyTeam Ace125 Cafe Racer 2017 di lancarkan di Malaysia







Pagi tadi Sky Team (M) Sdn Bhd telah melancarkan motor baru mereka Ace 125 Cafe Racer di Litar Elite Plus Speedway. Model baru ini dibangunkan menggunakan konsep Cafe Racer berkapasiti 125cc. Motosikal ini mempunyai gaya retro-kafe mengikut reka bentuk motosikal  perlumbaan tahun enam puluhan, dengan kedudukan menunggang yang sporty. Sky Team (M) Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 2012 dan berpengkalan di Sungai Bakap, Pulau Pinang. Syarikat ini memberi focus di dalam motosikal jenis Mini dan santai. Selain daripada modeal Ace125 Cafe Racer yang dilancarkan hari ini, syarikat ini juga merancang untuk membawa masuk 3-4 model baru dalam masa 2 tahun akan datang.



Media yang dijemput di beri peluang untuk menguji motorsikal ini di Litar Elite Plus Speedway.

Pada pandangan pertama Ace125 ini mungkin kelihatan kecil tetapi jangan keliru dengan saisnya. Kerana ia mempunyai pelana tunggal dan tangki yang panjang di mana anda akan duduk di  tempat selalunya pembonceng motosikal biasanya akan duduk. Jadi ia agak mudah bagi kebanyakan orang untuk mendapatkan kedudukan yang baik.





Motorsikal ini membuka mata penulis pada pemanduan pertama di Litar. Ia adalah sangat lincah dan benar-benar mudah untuk mengambil selekoh dan membrek di  sekitar litar ini. Suspensi belakang adalah cukup memadai untuk motorsikal bersais kecil ini. Bagaimana pun penulis ini merasakan suspensi depan agak ringan dan perlu memberi focus yang lebih di permukaan yang tidak rata. Respon dari enjin 125cc dengan 2 valve amat respensif dan nisbah gearnya ringan dan kemas. Panel depan motorsikal ini kemas dan memaparkan maklumat yang asas seperti kelajuan, lampu neutral dan lampu isyarat. Bagaimanapun penulis ini merasakan jika diletakkan meter RPM akan banyak membantu penunggan supaya tidak memaksa motosikal ini melebihi RPM yang di syorkan oleh pengeluar. BHP motorsikal ini adalah 11BHP di 8,000 RPM. Enjin Ace 125 Cafe Racer ini adalah berdasarkan kepada Honda CG125 tetapi di pertingkatkan diantaranya penyerap dalaman agar mengurangkan gegeran pada enjin.  Sistem brek depan adalah “single port” dan “drum” di belakang. Ianya datang bersama dengan 1 tahun jaminan atau 10,000 km.




 

  


Sebenarnya motosikal kecil ini telah membawa balik hasrat penulis untuk hanya menikmati penungganan tanpa tujuan, untuk keseronokan semata-mata. Pakej keseluruhan Ace 125 Cafe Racer ini adalah amat menyeronokkan (fun) untuk di tunggang. Bagi pembaca yang ingin tahu berapakah harga motosikaal ini………......... harga asas RM6,588.00 dan harga termasuk GST, Insuran dan Cukai Jalan adalah RM7,366.78

Ace125 Cafe Racer ini boleh didapati di semua 153 pengedar Sky Team di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Berikut adalah spesifikasi Ace125 Cafe Racer

TYPE ENGINE                      2 Valve 4 Stroke
BORE & STROKE                59.5x49.5
COMPRESSION RATION    9.0 to1
COOLING                              Air
IGNITION                              CDI
TRANSMISSION                  5 Gear
FINAL DRIVE                       Chain
STARTING SYSTEM            Electric – Kick
SUSPENSION FRONT         Telescopic Forics
SUSPENSION REAR            Twin Shock
BRAKE FRONT                    1 Port – Disc
BRAKE REAR                       Drum
TYRE FRONT                        2.75-18
TYRE REAR                          3.00-18
L x W x H                               1910mm 680mm 990mm
WHEEL BASE                       1255mm
FUEL CAPACITY                  9.2 L
FUEL CONSUMPTION         2.1 L/ 100KM (1 L/ 47.6KM)
LUBRICATION SYSTEM     Pressure & Splash
DRY WEIGHT                               87 Kg