ZX10-R 2008

Kawasaki ZX10R sudah dikenali ramai dek kerana kuasa dan kawalannya, dan mungkin ramai yang menganggap model 2008 cuma pembaharuan kosmetik seperti yang lazim dilakukan sesetengah syarikat pengeluar motosikal.

Mungkin kali ini anda silap, kerana model superbike perdana dari Kawasaki ini sebenarnya jentera serba baru yang direka semula, menggabungkan beberapa ciri pembaharuan. Chasis serba baru dari jenis kerangka dwi-tiub merupakan hasil pembangunan jentera Pasukan World Superbike Kawasaki, yang digabungkan dengan lengan-ayun serba baru. Maklumbalas jentera dan kestabilan kerangka ini sememangnya amat nyata berbeza dengan model model terdahulu, menjadikan ia jentera yang lebih diyakini dalam kelas nya.


Kawalan enjin elektronik(ECU)nya juga kini menggabungkan Kawasaki Ignition Management System KIMS, yang membantutkan nyalaan dan peningkatan kuasa di kala kenaikan rpm yang luarbiasa. Ini akan mengelakkan kilasan roda luar-kawal (wheelspin) dan mengelakkan jentera membuang di selekoh atau jalan licin, menjadikan ianya jentera yang lebih selamat, walaupun mungkin sedikit sebanyak mengecewakan peminat wheelie.


Menunggang-uji Kawasaki ZX10R 2008 untuk perjalanan hampir 1000km cukup mengujakan dan lebih dari mencukupi untuk memberikan gambaran tentang kemampuannya. 10-R ini sememangnya jentera litar yang disesuaikan untuk jalanraya dengan pemasangan aksesori wajib jalanan, seperti cermin sisi. Itu pun, ianya mudah dilipat jika perlu, agar tidak mengganggu tunggangan. Malah bahagian ekornya juga mudah dibuka untuk kegunaan trek. Kawasaki masih mempercayai posisi ekzos sisi adalah yang terbaik, dan ekzos rekabentuk baru ini juga lebih senyap.


Pada permulaan sesi, beg tangki jenis magnet melekap digunakan untuk membawa keperluan dan kamera penulis, namun didapati ianya menghalang posisi rapat-tangki yang diingini apabila kelajuan semakin tinggi. Mujur ada getah pengikat dan juga tali yang sering berada di dalam beg, maka beg-tangki dipindah ke pelana belakang. Ujian pecutan memang menepati andaian bagi jentera 4-selinder 4-lejang 998cc DOHC 16-injap ini. Konfigurasi oversquare dengan gerek 76mm dan jejang 55mm dan mampatan 12.9:1 ini mampu memembawa jentera 179kg ini mencecah 150kmh tatkala rpm mencecah permulaan zon hijau-selesa 6,000rpm, hingga 250kmh pada 10,000rpm, sebelum terhad pada 12,000rpm. Namun begitu, jentera ini membei pilihan mengubah pintasan atau cut-off rpm untuk selarasan peribadi. Pembehentian adalah meyakinkan dan terkawal dengan angkup Tokico dwi-cakera hadapan 310mm dan 220mm dibelakang, semuanya dalam rekabentul kelopak (petal) menarik ala jentera GP.

Dengan maklumbalas mantap dan stabiliti jentera yang menyakinkan, bukan berapa laju jentera ini yang menjadi persoalan, tetapi kemampuan kita sahaja yang membataskannya. Pendekata, ianya cukup lawas untuk kegunaan di litar Sepang, malah lurusan belakang (back-straight) litar Sepang pun mungkin tidak cukup panjang untuk jentera ini jika dihenyak maksima. Jalanraya memang bukannya trek lumba, namun keterujaan jentera mungkin membuat kita hilang kawalan realiti. Bersabar di jalanraya......


Enjin: 4-lejang 4-selinder 998cc sejukan cecair DOHC 16-injap suntikan bahanapi
Transmissi: 6-kelajuan
Kuasa max dgn ram-air: 147.1kW (200ps)@ 12,500rpm
Tork max : 113Nm (11.5kgf.m)@ 8,700rpm
Kelajuan: +300kmh
Harga RM78,900

"Jentera direka litar, kegunaan jalanraya"

BMW R1200GS


Bayangkan kalau kita tidak perlu terikat kepada jalanraya sedia ada, dan bagai mampu untuk "membuat" jalan sendiri, menghalakan saja tunggangan kita ke mana yang kita mahu dengan mudah, penuh kuasa, gaya dan selamat. Barangkali ini yang hampir menggambarkan jentera BMW R1200GS, dan mungkin ianya faktor penyumbang yang menjadikannya model GS sebagai motosikal BMW paling popular setakat ini, dengan lebih 100,000 unit terjual di seluruh dunia setakat ini sejak pengenalan R80GS lebih suku abad dahulu.



Model baru R1200GS ini banyak menggunakan teknologi dan bahan binaan moden, yang berjaya mengurangkan berat keseluruhannya sebanyak 66paun berbanding model terdahulu, seperti lengan ayun Paralever belakang berekabentuk baru, yang digabungkan dengan Telelever hadapan yang memberikan kawalan roda hadapan yang lebih tepat dan jitu.


Sebagai jentera enduro paling berkuasa yang pernah dikeluarkan setakat ini, enjin over-square boxer dwi-selinder SOHC lapan injap, sejukan udara dengan nisbah mampatan 12:1 dengan sistem suntikan bahanapi mampu menjana 105 kuasa kuda untuk memacu jentera 229kg ini melalui kesemua enam gearnya dengan julat kuasa yang sekata, untuk mencapai kelajuan melebihi dua kali ganda hadlaju lebuhraya Malaysia, malah termasuk dalam kategori "habis meter" sebenarnya. Keyakinan penunggang ditambah lagi dengan penggunaan brek dwi-cakera depan dan mono-cakera belakang yang dilengkapi sistem ABS terkini untuk kuasa pemberhentian yang terkawal dan meyakinkan.



AlFatihah buat Sophan Sophian


Sophan Sophian, 64, aktor terkenal Indonesia, telah pergi buat selamanya setelah terlibat dalam satu kemalangan dengan motosikal Harley-Davidson nya ketika bersama konvoi Jalur Merah Putih di Nawi, Jawa Tengah, sebentar tadi. Konvoi Jalur Merah Putih merupakan konvoi sambutan kemerdekaan Indonesia, sama seperti Konvoi Jalur Gemilang yang di adakan saban tahun di negara kita. Pak Sophan Sophian juga telah turut sama menyertai Konvoi Jalur Gemilang 2007 sempena sambutan Kemerdekaan Ke50 tahun Malaysia.
Allahyarham sewaktu Konvoi Merdeka 08






















Penampilan filem terakhir Allahyarham mungkin dalam filem "Love", bersama isterinya aktress Widyawati. Filem ini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara sekarang ini.

Mungkin Widyawati agak terkilan sedikit kerana permintaannya untuk terus membonvceng bersama suami tersayang itu, ditolak oleh allahyarham memandangkan Widyawati sudah kelihatan letih ketika itu. Sophan dengan tegas menyuruh isterinya menaiki kereta.


"Banyak sekali hal yang bisa diambil dari perkawinan mereka. Setiap pagi dia selalu bilang I Love U ke Widyawati. Kalau setiap ada masalah Sophian selalu mencium keningnya. Dan ini yang aku terapkan kepada istriku. Alangkah indahnya rumah tangga mereka," kata rakan karib allahyarham, Le Roy .

Menurut Le Roy yang menunggang di belakang motor Sophan Sophiaan, kejadianya berlangsung begitu cepat.

"Di mana kondisi Sophan yang lelah dan ada penyakit vertigo saat pas jatuh sudah tidak sadar diri, dari mulut keluar darah, mata berkedip–kedip, saat dibawa kami tidak bisa kejar karena ambulance berlari cepat. Kami dikabari di tengah jalan, dia sudah meninggal di pangkuan Widyawati," tutur Le Roy.

Sophan Sophian muncul pertama kali di layar putih sebagai pemain pembantu pada tahun 1970. Ia kemudian menjadi terkenal dengan penampilannya dalam film “Pengantin Remaja” tahun 1971 karya Wim Umboh itu sebagai pelakon utama. Setelah bergiat dalam dunia perfilman, lalu terjun dalam dunia politik. Namun didalam dunia politik, dia melihat kepura-puraan, hal ini yang membuat ia pun memutuskan mundur dari dunia politik.

Takziah kepada keluarga Allahyarham dari rakan rakan di Malaysia. Al Fatihah.

Nama;
Sophan Sophian
Lahir:
Makassar 26 April 1944
Tempat Lahir
Ujung Pandang, Sulawesi Selatan
Agama:
Islam
Isteri:
Widyawati
Ayah:
Manai Sophiaan
Ibu:
Munasiah Paiso
Profesi:
Bintang Filem dan ahli Politik
Alamat:
Jalan Taman Wijaya Kusuma IV No. 34 A Cilandak Barat, Jakarta Selatan

Film:
Dan Bunga-Bunga Berguguran (1970),
Pengantin Remadja (1971),
Lorong Hitam (1971),
Tjintaku Djauh Di Pulau (1971),
Si Bongkok (1972),
Mutiara Dalam Lumpur (1972),
Perkawinan (1972),
Dimana Kau Ibu (1973),
Perempuan (1973),

Jauh Di Mata (1973),
Percintaan (1973),
Pencopet (1973),
Romi dan Yuli (1974),
Aku Cinta Padamu (1974),
Kehormatan (1974),
Demi Cinta (1974),
Gaun Pengantin (1974),
Jinak-Jinak Merpati (1975),
Sentuhan Cinta (1976),
Widuri kekasihku (1976),
Rahasia Seorang Ibu (1977)
Letnan Harahap (1977),
Bung Kecil (1978),
Buah Hati Mama (1980),
Kemilau Kuning Senja (1981)
Bunga-Bunga (1982),
Kadarwati (1983),
Saat-Saat Yang Indah (1984),
Tinggal Landas Buat Kekasih (1984),
Damai Kami Sepanjang Hari (1985),
Melintas Badai (1985),
Dibalik Dinding Kelabu (1986),
Arini I (1987),
Ayu dan Ayu (1987),
Suami (1988),
Sesaat Dalam Pelukan (1989),
Ketika Senyummu Hadir (1991),
Sesal (1994)
Love (2008)

Sinetron :
Elang (2008)


Penghargaan :
Most Popular Actor FFA XVIII di Taipei, Taiwan,
Aktor Harapan PWI 1974,
Karakter Terbaik FFA XIX 1974 di Singapura,
Pemeran Utama Terbaik dalam FFI 1978 di Ujung Pandang dalam film Letnan Harahap .




Sophan dan Widyawati menyumbangkan lagu di Jamuan Makan Malam Kembara Malaysia Gemilang 50 tahun Merdeka 2008 di Danga Bay, Johor Bahru