MGS5 dijual bermula RM115,900

MG Motor Malaysia secara rasminya mengumumkan harga bagi MGS5 EV serba baharu, sebuah SUV elektrik segmen-B yang tampil berani dan praktikal. Ditawarkan dalam dua varian dan dua pilihan kapasiti bateri, harga bermula daripada RM115,900 untuk 49kWh MGS5 EV COM, RM125,900 untuk 62kWh MGS5 EV COM Long Range, dan RM135,900 untuk varian tertinggi 62kWh MGS5 EV LUX Long Range.

Sempena pelancaran MGS5 EV serta sambutan ulang tahun pertama MG di Malaysia, MG Motor Malaysia memperluaskan tawaran akses awal eksklusif kepada 500 pembeli pertama. Pelanggan layak akan menikmati penjimatan sebanyak RM6,000 menjadikan harga permulaan serendah RM109,900. Sebagai tambahan, setiap pembeli turut menerima pengecas AC Wallbox 7kW secara percuma untuk kemudahan pengecasan di rumah.

"Dengan harga rasmi yang kini diumumkan, MGS5 EV mewakili antara cadangan nilai terbaik dalam segmen SUV elektrik. Ia bukan sekadar tentang kemampuan – tetapi tentang penyampaian teknologi EV termaju, reka bentuk yang luas serta ciri premium pada harga yang amat kompetitif," kata Emory QiFeng, Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia. "Kami teruja untuk menawarkan pilihan EV yang menarik kepada pelanggan di Malaysia – tanpa kompromi dari segi prestasi, kepraktisan mahupun gaya."

MGS5 EV ditawarkan dalam lima warna menarik – Artic White, Monument Silver, Camden Grey, Dynamic Red, dan Elegant Latte  memberikan pelanggan Malaysia pilihan EV moden yang mencerminkan gaya peribadi serta keyakinan memandu.

Pakej Waranti Komprehensif dan Pakej untuk Pembeli MGS5 EV

• 7-tahun atau Waranti Perbatuan Pada Kenderaan 

• 8-tahun atau 180,000km Waranti Perbatuan Pada Pek Bateri Voltan Tinggi 

• 8-tahun atau Waranti Perbatuan 160,000km Pada Pacuan Motor dan Unit Kawalan Motor 

• Percuma Kotak Pengecasan Dinding 7kW  

Pengumuman Harga MGS5 EV Serba Baharu

Harga MSRP (sebelum yuran pendaftaran, tanpa insurans) untuk MGS5 EV serba baharu ialah

MGS5 EV COM : RM115,900

MGS5 EV COM Long Range : RM125,900

MGS5 EV LUX Long Range : RM135,900

Varian dan Prestasi MGS5 EV 

MGS5 EV akan ditawarkan dalam dua varian – COM dan LUX. Varian COM hadir dengan pilihan bateri 49kWh atau 62kWh, masing-masing memberikan jarak WLTP sehingga 340km dan 430km. Bateri 62kWh adalah standard untuk varian LUX, yang juga menawarkan jarak sehingga 430km. Semua varian dilengkapi dengan tork 170PS dan 250Nm disalurkan melalui konfigurasi Pacuan Roda Belakang (RWD) yang menjadi pilihan unik dalam segmennya serta sokongan pengecasan 7kW AC.

Varian LUX turut menyokong pengecasan pantas DC sehingga 150kW membolehkan pengecasan dari 10% hingga 80% dalam masa hanya 26 minit. Selain itu, varian ini menawarkan pengalaman pemanduan premium dengan ciri-ciri seperti roda aloi 18 inci, bumbung matahari panoramik, tempat duduk fabrik kulit dengan logo MG, tempat duduk pemandu boleh laras kuasa, stereng kulit dengan sistem penghangat, pad pengecasan telefon tanpa wayar, enam pembesar suara premium, pintu belakang berkuasa, dan kamera pandangan sekeliling 360 darjah.

Kedua-dua varian dilengkapi dengan lampu depan LED dengan DRL bertemakan ‘Racing Flag’ dan lampu belakang Arch khas MG dengan motif tersendiri. Sorotan tambahan termasuk kefungsian Vehicle-to-Load (V2L), Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, 12.8 inci skrin sentuh infotainment dengan arahan suara, 10.25 inci Instrumen Digital, dan sistem sambungan MG iSMART. Ruang but yang luas menawarkan sehingga 1,441 liter termasuk petak bawah lantai.

Dengan susun atur bateri mendatar ultra nipis, MGS5 EV mengoptimumkan ruang dalaman sambil mengekalkan pusat graviti yang rendah, menetapkan penanda aras baharu dalam kelasnya. Sistem kawalan suhu pintar membantu mengurangkan pengembangan bateri sekali gus meningkatkan keselamatan dan ketahanan jangka panjang.

























































VIPS terkini Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI)

 

 Kementerian Pengangkutan Malaysia melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia akan menawarkan  secara bidaan dalam talian melalui Sistem JPJeBid kepada orang awam.NPI Siri VIPS adalah membawa maksud “Visit Impressive Perlis State”bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Pemerintahan Ke-25 Jubli Perak Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Raja Perlis. Pengenalan NPI VIPS ini juga sebagai salah satu inisiatif Kerajaan untuk mempromosikan “Tahun Melawat Perlis 2024-2025”.NPI Siri VIPS akan mula dibuka untuk bidaan kepada orang awam pada :Tarikh buka : 11 April 2025 (Jumaat)Tarikh tutup : 15 April 2025 (Selasa) - 10.00 malamTarikh keputusan: 16 April 2025 (Rabu) dalam tempoh 24 jamKaedah penawaran secara bidaan ini adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat sedia ada yang telah ditetapkan melalui Sistem JPJeBid. Harga bidaan dalam JPJeBid adalah mengikut harga minima yang telah ditetapkan seperti ketetapan berikut:

Harga Bidaan Minima Bermula:

Nombor Utama RM 20,000.00

Nombor Premium RM 5,000.00

Nombor Menarik RM 2,500.00

Nombor Popular RM 500.00

Nombor Semasa RM 300.00

Orang awam dialu-alukan untuk menyertai bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) sempena dengan Sambutan Ulang Tahun Pemerintahan Ke-25 Jubli Perak Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Raja Perlis dan “Tahun Melawat Perlis 2024-2025” melalui Sistem JPJeBid sebagai medium dan saluran untuk mendapatkan pilihan nombor pendaftaran kenderaan siri VIPS.Selamat Menyambut Ulang Tahun Pemerintahan Ke-25 Jubli Perak Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Raja Perlis.