Rimba Raid 2018 cabaran off-road bukan pura pura!

Bermula dengan sembang kecil antara rakan-rakan bermotosikal yang menunggang di luar jalan atau laluan hutan semasa hujung minggu, ia berkembang menjadi antara salah satu acara motosikal pengembaraan yang paling dinanti-nantikan di rantau ini.
 GIVI Rimba Raid Mat Daling 2018 bermula 7 Julai lepas di Xcape Resort, Kuala Tahan, Pahang. Lebih daripada 120 peserta dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, China, Perancis, Britain, Australia dan juga Itali telh hdir untuk acara yang sebelumnya hanya disertai oleh peserta dari Malaysia dan Singapura sahaja. GIVI telah menjadi syarikat penaja tajuk untuk edisi kelima ini, dengan sokongan beberapa jenama antarabangsa seperti BMW, KTM, Ducati, Triumph, Kawasaki, Luminox, Pirelli dan Red Bull.
 Motosikal kembara berenjin kembar berkaliber yang banyak bersaing di sini merupakan salah satu segmen yang paling penting untuk GIVI. Jualan model-model sedemikian telah melonjak dengan ketara di serata dunia. Jentera seperti BMW R1200GS dan GS Adventure, F800GS, F700GS & F650GS, 690 Enduro KTM, 990 Adventure, 1190R Adventure & 1290 Super Adventure R, Triumph Tiger 800, Yamaha XT1200Z Super Tenere, Honda Africa Twin, Ducati Scrambler Desert Sled, Kawasaki VersysX, Royal Enfield Himalayan dan Honda CRF250 Rally merupakan antara beberapa model yang telah bersaing dalam perhimpunan jelajah hutan 100km ini di tengah-tengah hutan tropika Taman Negara di Pahang.

GIVI telah membangunkan aksesori ad hoc untuk setiap satu model ini. Jenama ini telah menjadi penaja untuk banyak acara motosikal, bermula dari Rali Dakar hinggalah ke pertandingan kecil, dari enduro hingga motocross malah mereka menganjurkan acara seperti Givi Explorer.

Pengarah Luar Negara GIVI Antarabangsa dan Pengasas GIVI Explorer, Joseph Perucca berkata, "Kami gembira menjadi sebahagian daripada siri lumba kembara yang ini. Kami telah mengkaji acara Rimba Raid dan telah memutuskan untuk menjadi Penaja Tajuk, tidak kurang dari itu. Keputusan ini adalah semulajadi. Sebahagian daripada sifat dan DNA kami banyak dipamerkan dalam siri ini. Ia bukan keputusan komersial semata-mata tetapi juga emosi. Kesemua jentera yang bersaing merupakan pelbagai motosikal yang kami kaji, untuk pembangunan dan penghasilan aksesori yang memuaskan hati pemilik motosikal dari seluruh dunia. Oleh sebab ini adalah pengliobatan julungkali buat kami di GIVI, kami berharap acara ini terus berjaya dan menjadi lebih besar pada masa akan datang."
Pengarah Urusan, Rimba Raid Sdn Bhd Dato' Kapten Nik Huzlan mengulas, "Rimba Raid kini lebih besar daripada sebelumnya dan berstatus antarabangsa. Ia telah berkembang dari satu acara perkhemahan kecil hujung minggu. Kehendak dan keinginan dari pemilik dan penunggang jentera kembara pelbagai guna (dual purpose) untuk mengalami pengembaraan sebenar, Rimba Raid telah memilih laluan yang menonjolkan hutan hujan asli Malaysia, dengan acara yang berlangsung di tengah-tengah Semenanjung Malaysia, di tebing sungai terpanjang di semenanjung."

"Ia merupakan satu cabaran besar untuk dianjurkan, dan kami amat berterima kasih kepada GIVI sebagai Penaja Tajuk kami. Penyertaan rakan-rakan penaja terkenal seperti Ducati, BMW Auto Bavaria, KTM, Royal Enfield, Luminox dan penaja lain akan bersama-sama membawa perubahan acara yang besar dalam segmen kembara ini. Kami dengan bangga mengalu-alukan semua peserta, penaja, pesaing dan penonton di hujung minggu dalam hutan yang tidak akan dilupakan."

GIVI Rimba Raid Mat Daling 2018 bermula dari 6 Julai hingga 8 Julai. Pelepasan telah bermula pada 7 Julai di Taman Negara dengan perlumbaan ke Mat Daling,  Ulu Tembeling. Acara hari Ahad 8hb Julai merupakan acara menyeronokkan di beting pasir yang besar oleh penyertaan jentera enduro, motocross dan cubcross tempatan.

GIVI juga akan diwakili dalam perlumbaan utama 100km Jungle Rally oleh bekas pelumba Cub Prix, Wazi Abdul Hamid (KTM 640) dan Wartawan Kembara Indonesia, Wisnu 'Gareng' Guntoro (Triumph Tiger 800).
Taklimat keselamatan
Perlumbaan yang benar-benar mencabar ini julung kalinya diadakan dengan jarak 128km bermula dari Kuala Tahan, Jerantut melalui trek hutan hingga ke penamat di Kg Mat Daling, Ulu Tembeling.Kejayaan telah memihak kepada Malaysia dengan peserta dari pasukan KTM, Gabit Salleh mengungguli tempat pertama dengan catatan 2jam 33minit 07saat.

Berikut adalah senarai penuh nama-nama pemenang :-
Kelas A (Dual Purpose atas 800cc) :
1 Race No 119 Gabit Salleh (MAL) : 02:33:07 KTM1050
2 Race No 170 Matteo Graziani (ITA) : 02:41:03 Ducati Desert Sled
3 Race No 136 Zulkarnain Tahir (MAL) : 02:49:22 BMW HP2
 Kelas B (Dual Purpose 400cc – 650cc) :
1 Race No 204 Nazmee Ramli (MAL) : 02:35:28 BMW Sertao
2 Race No 201 Mohd Syahidan (MAL) : 02:48:50 KTM690R
3 Race No 219 Khairul Afif (MAL) : 03:01:04 KTM690R


Kelas C (Adventure 250cc – 750cc) :
1 Race No 305 Ahmad Iezzam (MAL) : 02:28:41 Honda CRF250L
2 Race No 314 M. Hairy (MAL) : 03:19:10 Honda CRF250L
3 Race No 307 Rizal Zakaria (MAL) : 03:26:09 Royal Enfield Himalayan





































































Yamaha Edisi GP Y15ZR ke-4 diperkenal

Setiap pembelian edisi GP 2018 yang eksklusif kini akan disertai dengan hadiah istimewa iaitu model miniatur Y15ZR GP Edition dan gelang kecergasan Yamaha Y15ZR. Barangan khas dan ekslusif ini juga tidak tersedia untuk jualan.

Demi memperingati penyertaan Yamaha dalam kejohanan MotoGP, edisi Y15ZR terhad ini akan mengekalkan warna biru perlumbaan Yamaha. Skim grafik terkini juga dikemaskini berdasarkan jentera Yamaha Factory Racing YZF-M1 yang  ditunggang oleh Valentino Rossi dan Maverick Vinales. Warna dan grafik baaru ini mengekalkan keanggunan sporty jentera perlumbaan sebenar yang digunakan pada musim perlumbaan 2018.
Edisi menarik ini menambah RM 700 pada harga jualan semasa Y15ZR. Harga Jualan Asas yang disyorkan selepas GST 0% (tanpa cukai jalan, plat tidak & insurans) ialah RM 8,588.00







Danial Syahmi menang Wira kali kedua

Dalam saingan WIRA KBS, Md Danial Syahmi (SIC Junior Team AFB Tech Racing) meraih kemenangan kedua beruturut-turut sekaligus mendahului kedudukan keseluruhan dengan 50 mata.

Danial menamatkan 12 pusingan perlumbaan dengan masa 10’08.335s menewaskan Md Alif Ashraf Tahirudin (PETRONAS Sprinta Yamaha) dengan kelebihan 7.001s manakala Md Fadlyshah Redzuan (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) di kedudukan ketiga. Alif Ashraf berada di kedudukan kedua keseluruhan dengan 36 mata manakala Fadlyshah di kedudukan ketiga dengan 29 mata.

WIRA KBS

1. Md Danial Syahmi (PRK) SIC Junior Team AFB Tech Racing 10’08.335s

2. Md Alif Ashraf Tahirudin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha 10’15.336s

3. Md Fadlyshah Redzuan (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 10’22.688s

4. Abdullah Qayyum A Razak (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha 10’22.728s

5. Md Afizi Supaat (SGR) ELF Koyoko Honda KC Racing 10’24.177s



Kedudukan Keseluruhan

1. Md Danial Syahmi (PRK) SIC Junior Team AFB Tech Racing 50 mata

2. Md Alif Ashraf Tahirudin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha 36 mata

3. Md Fadlyshah Redzuan (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 29 mata

4. Md Harith Haziq Zamri (SGR) SIC Junior Team AFB Tech Racing 20 mata

5. Md Sharul Ezwan M Sharil (SGR) SIC Junior Team AFB TECH Racing 17 mata


Tengku Amirul juara di MAEPS

Gelaran Juara CP115 MAEPS 2018 menjadi milik Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) yang menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa 12’22.820s diikuti rakan sepasukan, Md Fareez Afeez dan Md Haziq Fairues (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) ketiga.
 Dua kemenangan berturut-turut meletakkan Tengku Amirul kekal di tangga teratas dengan 50 mata manakala Afeez dan Ahmad Syukran Aizat (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ) berkongsi kedudukan dengan 33 mata.
CP115

1. Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 12’22.820s

2. Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 12’25.182s

3. Md Haziq Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 12’27.840s

4. Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 12’31.953s

5. Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 12’32.776s



Kedudukan Keseluruhan

1. Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 50 mata

2. Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 33 mata

3. Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – 33 mata

4. Md Haziq Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 33 mata

5. Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 22 mata

Penamat mendebarkan di CP150 Cub Prix MAEPS

Ahmad Afif Amran mempamerkan aksi cukup bertenaga dan cukup dramatik sebelum berjaya menjuarai perlumbaan CP150 Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018 yang berakhir di Litar MAEPS, Serdang, Selangor, semalam.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ yang bermula dari petak ketiga mengerah seluruh tenaga jentera di selekoh terakhir dan bersaing sengit sehingga ke garisan penamat berjaya menamatkan 20 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 15’52.716s, hanya berkelebihan 0.028s berbanding Mohd Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor).

 Akid yang menguasai hampir keseluruhan perlumbaan terpaksa berpuas hati di kedudukan kedua dengan masa 15’52.744s manakala rakan sepasukan, Kasma Daniel Kasmayudin di kedudukan ketiga dengan 15’55.635s.

“Saya memang menanti sehingga ke penghujung perlumbaan untuk cuba memintas Akid kerana yakin jentera saya mempunyai kelebihan. Selepas melihat ada ruang untuk memintas, saya tidak teragak-agak untuk melakukannya dan kami bersaing sengit sehingga ke garisan penamat,” jelas Afif yang kini naik ke tangga teratas keseluruhan dengan 45 mata. 
Akid (13) Kasma (27) dan Afif (50) bersaing sengit
 Tambahnya, "Saya gembira dengan kemenangan ini terutama setelah berjaya menewaskan Akid yang menguasai sepenuhnya kesemua sesi sepanjang dua hari perlumbaan minggu ini."

Kasma yang menamatkan perlumbaan di tempat ketiga berada di kedudukan kedua keseluruhan dengan 41 mata manakala rakan sepasukan Afif, Mohd Hafiz Nor Azman di kedudukan ketiga dengan 29 mata.


KEPUTUSAN
CP150
1. Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 15’52.716s
2. Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 15’52.744s
3. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 15’55.635s
4. Md Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 15’56.625s
5. Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 15’59.147s

Kedudukan Keseluruhan
 1. Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 45 mata
2. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 41 mata
3. Md Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 29 mata
4. Md Ramdan Rosli (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 22 mata
5. Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 20 mata