Setiap pembelian edisi GP 2018 yang eksklusif kini akan disertai dengan hadiah istimewa iaitu model miniatur Y15ZR GP Edition dan gelang kecergasan Yamaha Y15ZR. Barangan khas dan ekslusif ini juga tidak tersedia untuk jualan.
Demi memperingati penyertaan Yamaha dalam kejohanan MotoGP, edisi Y15ZR terhad ini akan mengekalkan warna biru perlumbaan Yamaha. Skim grafik terkini juga dikemaskini berdasarkan jentera Yamaha Factory Racing YZF-M1 yang ditunggang oleh Valentino Rossi dan Maverick Vinales. Warna dan grafik baaru ini mengekalkan keanggunan sporty jentera perlumbaan sebenar yang digunakan pada musim perlumbaan 2018.
Edisi menarik ini menambah RM 700 pada harga jualan semasa Y15ZR. Harga Jualan Asas yang disyorkan selepas GST 0% (tanpa cukai jalan, plat tidak & insurans) ialah RM 8,588.00
Danial Syahmi menang Wira kali kedua
Dalam saingan WIRA KBS, Md Danial Syahmi (SIC Junior Team AFB Tech Racing) meraih kemenangan kedua beruturut-turut sekaligus mendahului kedudukan keseluruhan dengan 50 mata.
Danial menamatkan 12 pusingan perlumbaan dengan masa 10’08.335s menewaskan Md Alif Ashraf Tahirudin (PETRONAS Sprinta Yamaha) dengan kelebihan 7.001s manakala Md Fadlyshah Redzuan (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) di kedudukan ketiga. Alif Ashraf berada di kedudukan kedua keseluruhan dengan 36 mata manakala Fadlyshah di kedudukan ketiga dengan 29 mata.
WIRA KBS
1. Md Danial Syahmi (PRK) SIC Junior Team AFB Tech Racing 10’08.335s
2. Md Alif Ashraf Tahirudin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha 10’15.336s
3. Md Fadlyshah Redzuan (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 10’22.688s
4. Abdullah Qayyum A Razak (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha 10’22.728s
5. Md Afizi Supaat (SGR) ELF Koyoko Honda KC Racing 10’24.177s
Kedudukan Keseluruhan
1. Md Danial Syahmi (PRK) SIC Junior Team AFB Tech Racing 50 mata
2. Md Alif Ashraf Tahirudin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha 36 mata
3. Md Fadlyshah Redzuan (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 29 mata
4. Md Harith Haziq Zamri (SGR) SIC Junior Team AFB Tech Racing 20 mata
5. Md Sharul Ezwan M Sharil (SGR) SIC Junior Team AFB TECH Racing 17 mata

Tengku Amirul juara di MAEPS
Gelaran Juara CP115 MAEPS 2018 menjadi milik Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) yang menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa 12’22.820s diikuti rakan sepasukan, Md Fareez Afeez dan Md Haziq Fairues (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) ketiga.
Dua kemenangan berturut-turut meletakkan Tengku Amirul kekal di tangga teratas dengan 50 mata manakala Afeez dan Ahmad Syukran Aizat (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ) berkongsi kedudukan dengan 33 mata.
CP115
1. Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 12’22.820s
2. Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 12’25.182s
3. Md Haziq Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 12’27.840s
4. Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 12’31.953s
5. Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 12’32.776s
Kedudukan Keseluruhan
1. Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 50 mata
2. Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 33 mata
3. Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – 33 mata
4. Md Haziq Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 33 mata
5. Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 22 mata

Penamat mendebarkan di CP150 Cub Prix MAEPS
Ahmad Afif Amran mempamerkan aksi cukup bertenaga
dan cukup dramatik sebelum berjaya menjuarai perlumbaan CP150 Pusingan 2
Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018 yang berakhir di Litar MAEPS,
Serdang, Selangor, semalam.
Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ yang
bermula dari petak ketiga mengerah seluruh tenaga jentera di selekoh terakhir dan
bersaing sengit sehingga ke garisan penamat berjaya menamatkan 20 pusingan
perlumbaan dengan masa keseluruhan 15’52.716s, hanya berkelebihan 0.028s
berbanding Mohd Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor).
Akid yang menguasai hampir keseluruhan perlumbaan
terpaksa berpuas hati di kedudukan kedua dengan masa 15’52.744s manakala rakan
sepasukan, Kasma Daniel Kasmayudin di kedudukan ketiga dengan 15’55.635s.
“Saya memang menanti sehingga ke penghujung
perlumbaan untuk cuba memintas Akid kerana yakin jentera saya mempunyai
kelebihan. Selepas melihat ada ruang untuk memintas, saya tidak teragak-agak
untuk melakukannya dan kami bersaing sengit sehingga ke garisan penamat,” jelas
Afif yang kini naik ke tangga teratas keseluruhan dengan 45 mata.
![]() |
| Akid (13) Kasma (27) dan Afif (50) bersaing sengit |
Tambahnya,
"Saya gembira dengan kemenangan ini terutama setelah berjaya menewaskan
Akid yang menguasai sepenuhnya kesemua sesi sepanjang dua hari
perlumbaan minggu ini."
Kasma
yang menamatkan perlumbaan di tempat ketiga berada di kedudukan kedua
keseluruhan dengan 41 mata manakala rakan sepasukan Afif, Mohd
Hafiz Nor Azman di kedudukan ketiga dengan 29 mata.
KEPUTUSAN
CP150
1. Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 15’52.716s
2. Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 15’52.744s
3. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha
Maju Motor 15’55.635s
4. Md Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 15’56.625s
5. Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ
15’59.147s
Kedudukan Keseluruhan
1. Ahmad Afif Amran
(TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 45 mata
2. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha
Maju Motor 41 mata
3. Md Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 29
mata
4. Md Ramdan Rosli (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor
22 mata
5. Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 20
mata
Fazli Sham yakin dengan OneXOX TKKR
Ahmad Fazli Sham yakin pasukannya OneXOX TKKR Racing Team akan
kembali bangkit dan memberikan saingan di kelompok hadapan pada perlumbaan
pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018 di Litar MAEPS,
Serdang, Selangor, 7 dan 8 Julai ini.
Pelumba berpengalaman berusia 36 tahun yang beralih pasukan
pada musim 2018 itu sekadar menamatkan perlumbaan akhir CP150 di kedudukan
ke-10 sewaktu pusingan pembukaan di Tangkak manakala rakan sepasukan Md Khairul
Ikhwan Ajis di kedudukan ke-11 dan Md Hafiza Rofa gagal menamatkan perlumbaan.
Keputusan itu jelas berbeza berbanding musim 2017 dimana
Fazli menamatkan musim di kedudukan keempat keseluruhan dengan pencapaian
terbaik tiga kali muncul sebagai naib juara perlumbaan.
“Kami sudah mengenalpasti beberapa kelemahan dan kesilapan
perlumbaan lepas dan telah memperbaiki kelemahan tersebut. Beberapa ujian yang
dijalankan sebelum ini juga menunjukkan keputusan positif,” jelas juara kelas
Expert 2007 dan 2008 itu.
Tambah Fazli, “Walaupun baru bersama pasukan TKKR, saya
tidak mahu menjadikan ia sebagai alasan sebaliknya berharap dapat menggunakan
pengalaman saya untuk membantu pasukan menaiki podium. Musim 2017 pasukan ini
berjaya meraih satu podium di tangga ketiga, jadi kami berharap dapat meraih
keputusan lebih baik pada tahun ini bermula dengan perlumbaan di MAEPS.”
Subscribe to:
Posts (Atom)