Pasukan Lexus Malaysia juara Piala Lexus 2017 kali ketiga berturut turut

Kiri ke kanan: Timbalan Pengerusi Lexus Malaysia En Akio Takeyama bergambar bersama pasukan Malaysia yang terdiri daripada En Lim Being Hor, En Hoe Kim Sun, En Ong Chee Chang, dan En Siah Chong Yee
Pada tahun ini, Lexus mengundang sekumpulan pemilik Lexus dari pelbagai negara di Asia Pasifik ke padang golf berprestij di Montgomerie Links, yang terletak di bandar Da Nang, Vietnam, di mana para pemain golf yang berpengalaman itu bertanding antara satu sama lain dalam Piala Lexus 2017. Piala Lexus 2017 menyaksikan persembahan yang luar biasa dari kontinjen Malaysia, yang terdiri daripada empat pemenang acara Malaysia Lexus Golf Invitational 2017 yang berlangsung pada awal bulan Ogos - ketika mereka membawa pulang kejuaraan dan pengalaman yang tidak ternilai untuk diingati .Pasukan Malaysia, yang terdiri daripada Encik Hoe Kim Sun, Encik Lim Beng Hor, Encik Ong Chee Chang dan Encik Siah Chong Yee, menjuarai pertandingan tersebut dengan mengalahkan pesaing Asia Pasifikny. Kemenangan ini juga merupakan kemenangan kali ketiga berturut-turut oleh pasukan Malaysia dalam Piala Lexus.
Dari kiri ke kanan:  Encik Lim Beng Hor, Encik Ong Chee Chang, Encik Siah Chong Yee, dan Encik Hoe Kim Sun

VW adakan acara Sedanza

 Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) akan mengadakan tawaran "Sedanza" selama lima hari dan pelbagai lagi tawaran hebat di Volkswagen Sales Tour, yang berlangsung dari 18 hingga 22 Oktober di Ground Floor (High Street) 1Utama Shopping Centre, Kuala Lumpur.

Pelbagai kereta Volkswagen dipamerkan termasuklah Polo, Vento, Jetta, Passat, Tiguan dan Beetle, serta banyak model Volkswagen yang tersedia untuk pandu ujian. Pelawat yang menguji pandu dan menempah Volkswagen semasa Tour Sales ini juga akan menerima hadiah eksklusif.

Butiran promosi Sedanza di jerayawara jualan ini adalah seperti berikut:-


Model
Kadar faedah
Penyenggaraan
Rebat
Vento 1.2
-
percuma 5 tahun
RM 7,000
Vento 1.6
dari 0.28%
percuma 5 tahun
RM 10,000
Jetta Highline
-
-
RM 8,000
Jetta Comfortline
dari 0.88%
percuma 5 tahun
RM 10,000
Passat 2.0
dari 0.88%
percuma 5 tahun
-
Passat 1.8
dari 0.88%
percuma 5 tahun
RM 15,000

Yamaha Mio S dilancar di Indonesia

Yamaha Motor akan melancarkan (dalam Bahasa Idonesia disebut meluncur) MIO S yang baharu di Indonesia mulai Oktober 2017. Skuter 125cc ini direka dengan badan yang langsing dan bergaya, untuk memudahkan pengendalian oleh para wanita.

MIO S baharu adalah berdasarkan platform skuter MIO semasa. Walaupun ia mengekalkan enjin BLUE CORE yang mantap, ciri-ciri baru dalam MIO S termasuk 
1) panel depan langsing dan reka bentuk badan yang halus, 
2) ruang kaki yang luas dan permukaan bertekstur dengan rasa fabrik yang berkualiti, dan 
3) Sistem kunci jawab balik, dan lampu LED pertama bagi siri MIO. 

MIO S telah dibangunkan untuk memenuhi keperluan pelanggan yang menginginkan kepraktisan tetapi juga sensitif terhadap trend, dan menumpukan kepada pelanggan wanita berusia 18-25 yang mencari skuter yang bergaya tetapi berpatutan.

Menurut kajian Yamaha dalam tahun 2016, pasaran motosikal Indonesia kini mempunyai skala 5.6 juta unit, yang mana kira-kira 80% dari jumlah tersebut adalah skuter. Kira-kira 2 juta daripada skuter ini berada dalam julat harga asas dan rendah, dan membentuk segmen pasaran terbesar.


Kekalkan kilatan Honda anda dengan Ultra Body Coating

Honda Malaysia kini memudahkan lagi penjagaan kereta Honda dengan memperkenalkan bahan lapisan perlindungan badan kereta Ultra Body Coating, yang pertama diluluskan untuk kegunaan semua model kereta mereka. Pelanggan kini boleh menggunakan produk inovatif ini yang membantu mengekalkan cat badan kereta agar kekal dalam keadaan asalnya tanpa bimbang untuk membatalkan jaminan cat kereta mereka.

Produk lapisan Ultra Body Coating oleh Honda Access diperbuat daripada bahan berasaskan kaca dengan fungsi pelincir yang menyediakan penyelenggaraan yang lebih mudah dan antirosak yang berkesan dan untuk melindungi cat badan kereta. Mana-mana model dari Honda Malaysia kini boleh mempunyai permukaan badan yang licin dan berkilat dengan hanya satu aplikasi lapisan revolusioner ini yang dapat memberikan kilatan tahan lama hingga tiga tahun. Pemeriksaan tahunan adalah diwajibkan untuk mendapat jaminan tiga tahun produk ini.

Ultra Body Coating ini telah diuji dan diluluskan oleh Honda Access, dan boleh didapati dengan harga RM2,880. Pakej ini juga termasuk penyelenggaraan percuma selama dua kali, sekali setiap enam bulan pada tahun pertama. Hanya jika perlu, penyelenggaraan ketiga dan seterusnya akan dikenakan (Terma dan Syarat dikenakan).

Ramdan Rosli tawan podium 150 Cub Prix Jempol

Usaha keras pasukan akhirnya membuahkan hasil bagi Mohd Ramdan Rosli apabila berjaya mengatasi masalah gear menjelang perlumbaan akhir untuk meraih kemenangan sulung CP150 musim 2017 pada perlumbaan pusingan kelapan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan semalam. 

Malang bagi rakan sepasukannya yang merupakan pendahulu kedudukan keseluruhan, Kasma Daniel Kasmayudin terjatuh dan gagal meneruskan perlumbaan. Pencabar kasma ketika itu, Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ) turut terjatuh namun berupaya meneruskan perlumbaan namun sekadar tamat di kedudukan ke-15. Ini merupakan kali pertama Kasma gagal menamatkan perlumbaan dan menaiki tangga utama podium musim 2017 ini dalam kesemua enam perlumbaan yang disertainya.

Ramdan dicabar Adib
Ramdan telah mempamerkan aksi cemerlang sepanjang tiga pusingan lepas termasuk dua gelaran naib juara di Selangor (Pusingan 5) dan Melaka (Pusingan 6), pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu bergelut dengan masalah gear sepanjang sesi latihan yang menyaksikannya sekadar bermula dari petak kelapan. Namun pelumba berusia 21 tahun itu menamatkan 20 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 15’24.031s mengatasi pemenang tempat kedua, Md Adib Rosley (Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing) dengan kelebihan 0.388s. Md Iqbal Amri Abd Malek (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ) berjaya meraih podium pertama setelah menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan masa 15’25.255s . 
 “Setiap sesi latihan saya menggunakan pelarasan yang berbeza-beza dan sewaktu sesi Superpole, saya masih gagal untuk menyesuaikan diri dengan jentera saya. Saya mengalami masalah gear pada sesi Superpole dan terpaksa bermula dari petak kelapan,” jelas Ramdan.

Tambahnya, “Pada peringkat awal perlumbaan, saya tidak yakin mampu menamatkan saingan di atas podium. Namun selepas masuk pusingan ke-10, ditambah dengan ketiadaan rakan sepasukan, Kasma Daniel, saya berjaya berada di kelompok depan. Saya hanya mengekalkan rentak saya dan mencari peluang untuk memintas Adib. Saya gembira kerana dapat memenangi perlumbaan pertama dalam karier CP150 saya.”
Kemenangan ini meletakkan Ramdan di tangga keempat keseluruhan dengan 70 mata manakala Kasma kekal di tangga teratas dengan 125 mata. Ahmad Afif kedua dengan 100 mata manakala Ahmad Fazli Sham ketiga dengan 75 mata.

Sementara itu dalam saingan CP115, Mohd Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) meraih kemenangan kelima peribadi pada musim 2017 sekaligus semakin hampir untuk mempertahankan gelaran keseluruhan yang dimenangi pada musim lepas.
 Akid yang bermula dari petak pertama menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 11’50.983s diikuti Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing) kedua dengan masa 11:51.333s dan Ahmad Syukran Aizat (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ) ketiga, 11:55.239s.

Selepas lapan pusingan, Akid kini mengumpul 155 mata dan hanya dua mata lagi diperlukan untuk mengesahkan gelaran keseluruhan ketika perlumbaan musim 2017 hanya berbaki dua pusingan sahaja. Rakan sepasukan Md Haziq Md Fairues berada di kedudukan kedua dengan 107 mata manakala Ahmad Syukran ketiga dengan 94 mata.

Dalam saingan Wira, Mohd Aiman Tahiruddin (PETRONAS Sprinta Yamaha – Afb Tech) muncul juara dengan masa keseluruhan 9’37.095s diikuti Mohd Aiman Azman (V-Fier Oil Legacy Motorsport Racing) yang meraih podium pertamanya pada musim ini muncul naib juara dengan masa 9’39.905s dan Mohd Syafieq Aiman Fauzi (Elf Koyoko KC Racing Team) ketiga, 9’43.537s.
Kemenangan di Jempol meletakkan Mohd Aiman selesa di tangga teratas dengan untuk terus 132 mata manakala Syafieq Aiman kekal di tangga kedua dengan mengumpul 110 mata. Saiful Azhary Muhamad (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) yang menamatkan perlumbaan di tempat keenam kekal di tangga ketiga dengan 103 mata.

KEPUTUSAN PUSINGAN 8, JEMPOL, NEGERI SEMBILAN

CP150
1 Md Ramdan Rosli (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 15:24.031s
2 Md Adib Rosley (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 15:24.419s
3 Md Iqbal Amri Abd Malek (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 15:25.255s
4 Md Izzat Zaidi Md Salehan (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 15:26.256s
5 Ahmad Fazli Sham (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 15:29.545s

Kedudukan Keseluruhan
1 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 125 mata
2 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 100 mata
3 Ahmad Fazli Sham (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 75 mata
4 Md Ramdan Rosli (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 70 mata
5 Md Adib Rosley (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 67 mata

CP115
1 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 11:50.983s
2 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 11:51.333s
3 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 11:55.239s
4 Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 11:55.401s
5 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 11:55.545s

Kedudukan Keseluruhan
1 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 155 mata
2 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 107 mata
3 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 94 mata
4 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 72 mata
5 Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 66 mata

WIRA
1 Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha - AFB Tech 9:37.095s
2 Md Aiman Azman (SGR) V-Fier Oil Legacy Motorsport Racing 9:39.905s
3 Md Syafieq Aiman Fauzi (JHR) Elf Koyoko KC Racing Team 9:43.537s
4 Md Faiz Zekri Sabri (PNG) TKKR Racing Team 9:45.486s
5 Md Khairi Asyraf Mahmood (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha - AFB Tech 9:45.971s

Kedudukan Keseluruhan
1 Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha - AFB Tech 132 mata
2 Md Syafieq Aiman Fauzi (JHR) Elf Koyoko KC Racing Team 110 mata
3 Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 103 mata
4 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 87 mata
5 Md Khairi Asyraf Mahmood (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha - AFB Tech 73 mata