Boon Siew Honda lancar NC700S dan NC700X

Honda NC700 kini tiba?

Berita kini tersebar bahawa  Honda NC700X dan NC700S kini boleh didapati di Malaysia. Siri NC700 adalah siri motosikal yang dihasilkan oleh Honda sejak 2011 yang direka bagi mensasarkan pengguna yang beralih dari skuter kepada motosikal. Siri ini dikuasai oleh enjin 670 cc(41 cu in) dwi-selinder selari SOHC - yang dicondongkan 62˚ ke hadapan bagi mendapatkan pusat graviti yang rendah dan pengagihan berat yang seragam. Enjin undersquare suntikan bahan api ditala untuk mendapatkan dayakilas kuat dalam julat rpm rendah hingga pertengahan.

Model NC700S merupakan model asas dengan rekabentuk naked, dengan tambahan sistem anti-kunci brek ABS. Mudah ditunggang dalam trafik sesak, ia didapati dalam dua versi: dengan gear konvensional enam kelajuan, transmisi klac manual, atau dengan Penghantaran automatik Dwi-Klac Honda generasi terbaru enam kelajuan yang pertama kali digunakan pada Honda VFR1200F.

Model NC700X pula adalah satu konsep baru dalam motosikal streetbikes. Sebuah komuter hebat, ia membolehkan anda mengembara, atau melayan jalan berliku. Lincah dengan enjin yang menawarkan dayakilas bolehguna yang tinggi, ia didatangkan dalam pakej yang cukup besar untuk tunggangan lebih jauh.

Harga bagi Honda NC700S DCT ABS diberitakan adalah RM58,088,00 dan RM62, 088,00 untuk NC700X DCT ABS.

Enjin 670 cc SOHC Selari enjin berkembar, 4-lejang, 4 injap seselinder, sejukkan cecair
Bore / Strok 73 mm × 80 mm (2.9 in × 3.1 dalam)
Nisbah mampatan 10.7:1
Kuasa 35 kW (47 hp) @ 6250 rpm
Tork 60 N · m (£ 44 · ft) @ 4750 rpm
Pencucuhan jenis Elektronik
Transmisi 6-kelajuan
Frame jenis tiub keluli tegar berlian
Suspensi hadapan mm 41 teleskopik, 120 mm perjalanan
Brek 320 mm cakera tunggal angkup 3-omboh, 240 mm cakera angkup tunggal
Tayar 120/70-ZR17M/C (58W) depan, 160/60-ZR17M/C (69W) belakang
Jarak roda mm 1525

Pusat Motosikal Pra-milik Harley-Davidson dibuka di KL

Harley-Davidson Kuala Lumpur (H-DKL) telah melancarkan Pusat Motosikal Pra milik Harley-Davidson secara rasmi pada 15 Januari 2013. Pembukaan Pusat Motosikal Pra-milik telah diumumkan oleh Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza Group of Companies. Ianya terletak di belakang bilik pameran utama Harley-Davidson di Petaling Jaya. "Pusat ini menyediakan alternatif untuk peminat Harley yang berkeinginan untuk memiliki motosikal Harley-Davidson yang menarik dari segi harga, dan yang telah mellalui beberapa pengembaraan dan siap sedia untuk banyak lagi. Peminat Harley mengetahui bahawa motosikla ini telah disayangi, dan bukannya hanya setakat pernah dimiliki," kata Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin.

Pusat Motosikal Pra-milik Harley-Davidson adalah satu platform nilai tambah yang memudahkan tukar-beli motosikal Harley-Davidson oleh pelanggan-pelanggan sedia ada yang ingin menaik-taraf kepada model yang baru atau berbeza. Motosikal Harley ini akan menjadi 'penghuni sementara di pusat menunggu in yang menanti pemilik baru', diperiksa dan dikawal oleh pasukan profesional juruteknik terlatih Harley-Davidson. Harley-Davidson menyasarkan jumlah jualan motosikal sebanyak 600 unit untuk 2013, dengan jualan motosikal pra-milik Harley-Davidson menyumbang sebanyak 100 unit daripada jumlah jualan tersebut.

Semua unit pra-milik adalah unit tulen tempatan (disesuaikan dengan keadaan tempatan) dan datang dengan spesifikasi tinggi (dinaik taraf sistem ekzos, perisai angin, beg pelana dan lain-lain), perbatuan rendah, jaminan kilang (yang mana berkenaan) dan penyelenggaraan perkhidmatan percuma (yang mana berkenaan). Unit pra-milik terdiri dari unit yang ditukar-beli, unit demo serta unit yang digunakan untuk acara-acara promosi. Pusat ini turut dilengkapi dengan alat-alat yang sesuai dan peralatan yang diluluskan oleh Syarikat Harley-Davidson Motor, dan menawarkan pelbagai alat ganti dan aksesori pada diskaun istimewa.

Pembeli unit pra-milik tidak hanya layak untuk menjadi ahli rasmi HOG sepenuhnya bagi menikmati kehidupan mewah dan pengembaraan, tetapi juga akan menikmati keistimewaan tambahan selepas jualan seperti perkhidmatan bantuan kecemasan percuma, dan juga khidmat pembaikan semasa lawatan bulanan H-DKL perkhidmatan klinik ke Utara, Pantai Timur, dan Selatan Malaysia, serta Sabah dan Sarawak.

"Harley-Davidson Kuala Lumpur memahami dan amat menghargai nilai seni dan teknikal motosikal Harley-Davidson dan sentiasa memastikan kualiti setiap motosikal. Pelanggan yang membuat pembelian di Pusat Motosikal Pra-milik Harley-Davidson akan selesa mengetahui bahawa pelaburan mereka bukan setakat memiliki sebuah motosikal spesifikasi tinggi, tetapi juga gaya hidup yang mengiringi pemilikan Harley, serta manfaat perkhidmatan yang kami sediakan, "tambah Datuk Wira SM Faisal.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah En Nik Danial Nik Mahmood, Naib Presiden NAZA Dua Roda Bahagian; En Azian Ramli, Prinsipal Pengedar Harley-Davidson Kuala Lumpur; Encik Raj Thangavelu, pemilik pertama pra-milik motosikal Harley-Davidson dan ahli Harley Owners Group (HOG) Malaysia.

PENDAFTARAN PERLUMBAAN SATU PENGELUAR (One Make Race) MULA DIBUKA

Berita baik buat remaja-remaja di luar sana yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada pelumba-pelumba di Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang bakal membuka tirai Mac ini.

Promoter Kejuaraan, Safe Aim Mutual Sdn Bhd (SAM) bersama-sama tiga pengeluar motosikal di Malaysia,  Boon Siew Honda Sdn Bhd, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd dan Suzuki Assemblers (Malaysia) akan membuka pendaftaran permohonan bagi menyertai siri perlumbaan satu pengeluar musim 2013 bermula 16 Januari sehingga 11 Februari ini.

Syarat utama, pemohon mestilah warganegara Malaysia, berumur antara 13 hingga 18 tahun dan tidak pernah beraksi dalam mana-mana perlumbaan kelas lain Cub Prix. Pihak pengeluar turut menetapkan syarat fizikal di mana setiap pemohon mempunyai berat tidak melebihi 50 kilogram dan tinggi tidak melebihi 160 sentimeter.

Perlumbaan satu pengeluar menjadi tunjang penting kepada usaha berterusan dalam melahir dan membentuk bakat-bakat baru arena perlumbaan negara sepertimana yang telah ditunjukkan pelumba remaja berbakat seperti Hafizh Syahrin Abdullah yang kini beraksi di Eropah dan juga Mohd Ramdan Mohd Rosli, pesaing utama dalam Kejuaraan Cub Prix dan Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC).

“Dengan hanya 20 slot yang ada bagi setiap kategori, kita galakkan remaja-remaja yang bercita-cita untuk menjadi seorang pelumba agar membuat pendaftaran dan permohonan segera. Perlumbaan ini merupakan satu peluang yang baik untuk memulakan karier memandangkan ia tidak begitu membebankan dari segi kos kerana kelengkapan seperti jentera, latihan dan juga peralatan perlumbaan disediakan pihak pengeluar,” kata Ron Hogg, Pengarah Promosi SAM.

“Dari segi saingan pula, ia perlumbaan yang adil untuk semua. Semua yang terpilih masih baru dengan dunia perlumbaan. Kesemuanya akan sama-sama belajar perkara asas perlumbaan, belajar memahami litar dan menyesuaikan diri dengan suasana di padok sebelum masing-masing beralih ke kategori terbuka pada masa akan datang yang lebih mencabar,” tambah Ron.

Pada masa sama, Ron Hogg turut memuji dan menghargai jasa pengeluar di atas perkongsian matlamat dan sokongan berterusan mereka terhadap Kejuaraan ini.

“Kerjasama pengeluar utama industri motosikal di Malaysia, Yamaha, Honda dan Suzuki dalam menganjurkan perlumbaan satu pengeluar bersama-sama Kejuaraan Cub Prix amat dialu-alukan kerana ia menepati objektif kami untuk melahirkan lebih ramai pelumba-pelumba muda berbakat."

“Kami harap program ini akan berterusan pada masa akan datang kerana bukan sahaja dapat meningkatkan tahap perlumbaan motosikal di Malaysia, malah ia juga dilihat sebagai salah satu strategi pemasaran yang berkesan untuk mempromosi produk mereka.”

Tiga kategori perlumbaan yang dipertandingkan ialah Siri Super Yamaha 135 PETRONAS, Cabaran Honda Future 2013 dan Cabaran Suzuki Belang 2013.

Mereka yang berminat untuk memohon boleh menghubungi Safe Aim Mutual Sdn Bhd di talian 03-8733 8787. Tarikh tutup pendaftaran pada 11 Februari 2013 (Isnin) dan pemohon yang layak ke sesi pemilihan akan dihubungi sendiri oleh pihak pengeluar.