Fahmi lebih yakin untuk 2012




Motosikal baru, permulaan baru untuk Fahmi dalam Moto3

Muhammad Zulfahmi Khairuddin tidak akan gundah untuk neghadapi musim yang akan datang selepas merekodkan 10 kali pusingan terbaik semasa ujian Moto3 baru-baru ini di Jerez dan Valencia bulan lepas. Pelumba AirAsia-SIC-Ajo matang dan tenang semasa kedua-dua ujian kerana konsisten merekodkan pencapaian 10 teratas dalam enam sesi, hanya terlepas dua hari latihan di Jerez setelah terlibat dalam kemalangan.

Namun Fahmi, 20, bangkit semula pada hari terakhir untuk mencatatkan masa terbaik peribadi 1 minit 48,4 saat, berikutan prestasi memberansangkan dalam tempoh tiga hari ujian pada 16 hingga 18 Februari 2012 . Tiga sesi pertama di Valencia dari 8 hingga 10 Februari lepas juga menyaksikan beliau berada dalam 10 tangga teratas.

"Ada yang meragui kebolehan saya menunggang mesin empat-lejang, tetapi ujian ini telah memberi saya peluang untuk membuktikan kepada semua bahawa saya boleh menangani cabaran-cabaran baru untuk musim yang akan datang.

"Walaupun masa pusingan saya nampak meyakinkan setakat ini, ia tidak bermakna bahawa saya boleh bersenang hati. Perjalanan saya masih jauh sebelum musim bermula dan saya perlu terus bekerja keras untuk mengekalkan prestasi saya," kata Fahmi.

Berdasarkan ujian yang menggalakkan dengan motosikal baru, Fahmi bercita-cita untuk mencapai kedudukan 10 teratas menjelang akhir musim ini setelah membiasakan dirinya dengan jentera baru ihsan pengeluar Austria, KTM.

"Ia adalah satu impian yang menjadi kenyataan bagi saya untuk menunggang motosikal pengeluar. Ia adalah satu penghormatan bagi saya untuk menjadi salah satu daripada lima pelumba akan diberi peluang untuk berada di atas pelana sebuah jentera KTM.

Fahmi menamatkan musim MotoGP lepas di tangga ke-18 dalam kelas 125cc, di bawah sasaran pencapaian tempat ke-15 yang di ingini nya. "Saya dapat meningkatkan pusingan masa saya selepas pusingan dan hari demi hari. Saya percaya bahawa kita akan mempunyai musim yang baik. Sasaran saya adalah untuk kerap menamatkan perlumbaan dalam sepuluh teratas, "kata Fahmi.


Prinsipal pasukan, Aki Ajo berasa bangga dengan peningkatan cemerlang Fahmi sejak pemuda muda Banting ini bernaung di bawah sayap nya pada tahun 2011. "Fahmi telah menunjukkan peningkatan yang besar sejak ia pertama kali datang kepada kami tahun lepas. Anda boleh lihat dalam keputusan ujian yang terakhir di mana beliau telah secara konsisten diletakkan dalam 10 teratas untuk semua sesi.

"Saya berbangga dengan penglibatan kami dalam kerjaya Fahmi dan telah menyediakan sebuah jentera pengeluar penuh KTM untuk nya musim ini. Harapan kita kepada nya telah meningkat dari hari ke hari dan kita berharap beliau akan terus membuat Motorsports Ajo berbangga musim ini, "tambah Ajo.

Hero MotoCorp dari India mengintai Ducati...?




Pengeluar motosikal India Hero MotoCorp dikatakan sedang mengintai kepentingan minoriti ekuiti dalam Erik Buell Racing, namun kini beralih perhatian kepada Ducati Motor Holding, yang memang diketahui sedang ditawarkan untuk penjualan oleh pemegang saham terbesarnya. Syarikat pengeluar motosikal Itali telah dikaitkan dengan pelbagai syarikat lain termasuklah Mercedes-Benz, serta tawaran awam pada indeks saham Asia. Ducati kini menghasilkan pulangan lebih menarik saban tahun, dan pengeluar motosikal Honda di India itu merupakan pembeli berpotensi untuk memasuki persaingan dan sedang berbincang dengan institusi kewangan mengenai pengambilalihan Ducati.

Baru baru ini Hero MotoCorp telah mengikat kerjasama dengan Erik Buell Racing. Perjanjian itu menyaksikan Hero menjadi penaja dua pasukan dalam kejohanan AMA Pro Racing - Pasukan Hero dan AMSOIL Hero, manakala Erik Racing Buell akan memberi input reka bentuk Hero dan teknologi motosikal untuk pasaran India.

Caponord baru dijangka lebih berbisa



Aprilia Caponord 1200 telah ditampilkan buat tontonan orang ramai sewaktu perjumpaan pengedar Piaggio di Monte Carlo baru baru ini. Motosikal baru ini juga diwar-warkan sebagai Aprilia Tuareg 1200 dan ianya jelas dibina berdasarkan platform Dorsoduro 1200 dengan pengaruh reka bentuk Aprilia RSV4.

Model ini akan mewakili cabaran Aprilia kepada Ducati Multistrada 1200 dan model model seangkatannya. Besar kemungkinan Aprilia telah menggunakan Dorsoduro 1200 sebagai asas untuk Caponord 1200 ini, dan bukannya Dorsoduro 750 seperti yang dijangka pada awalnya. Caponord baru ini mungkin mampu menjana 130hp, dan model kembara-wisata bergaya Itali ini mungkin akan mula ditawarkan sebagai model 2013, dan akan dibekalkan dengan brek anti-kunci (ABS) beserta sistem gantungan aktif yang akan meletakkannya setanding dengan model model dari BMW dan Ducati.



Aprilia berkemungkinan besar akan membuat pelaburan dalam kemanjuan elektronik motosikal bagi Daponord 1200 ini, dan bukannya statistik enjin yang akan menjadi ukuran. Bermodalkan pakej Kawalan Prestasi Aprilia (APRC) elektronik yang digunapakai pada model model RSV4 dan Tuono V4R, Aprilia tentunya akan mengorak langkah bijak untuk meneruskan penggunaan kemajuan sistem elektronik sebagai penanda-aras yang baru, dan menawarkan Caponord 1200 ini dengan sistem elektronik paling maju dalam industri ini.

Can-Am Spyder pemasangan tempatan






USF-Hicom lancar Can-Am Spyder pemasangan tempatan

MOTOSIKAL unik BRP Can-Am Spyder kini dipasang dalam negara oleh pengedar barunya iaitu USF-Hicom (Malaysia) Sdn Bhd. Pemasangan tempatan ini berikutan kejayaan DRB-Hicom mendapat hak pengedaran motosikal beroda tiga tersebut, yang dikeluarkan oleh Bombardier Recreational Products (BRP). Usaha tersebut dilakukan agar motosikal tesebut mampu ditawarkan pada harga yang lebih mampu milik.

Motosikal Can-Am SPyder ini telah terjual di lebih 58 buah negara semenjak mula diperkenalkan lima tahun lepas. Model terkininya merupakan model Can-Am Spyder Roadster yang telah dipertingkatkan dari segi prestasi dan ciri kemewahan berbanding model terdahulu. Motosikal Spyder ini unik dari segi tapak rekabentuknya yang berbentuk 'Y' dengan dua roda di hadapan dan satu di belakang. Dua model Spyder ini ditawarkan untuk pengguna Malaysia iaitu model Roadster Sports bagi mereka yang menginginkan gaya tunggangan aktif dan sporti, manakala Roadster Touring pula lebih disasarkan bagi perjalanan kembara jarak jauh.

Kedua dua nya dikuasai enjin Rotax 998cc dengan kekotak gear lima kelajuan. Teknologi Bosch turut digunakan untuk kawalan stabiliti kenderaan nya (Bosch Vehicle Stability System) yang mengabungkan kawalan brek ABS, kawalan pacuan TCSdan juga kawalan stabiliti, di samping stering kuasa dinamik (Dynamic Power Steering DPS).

USF-Hicom menyasarkan jualan sebanyak 15 hingga 18 unit an-Am Spyder sebulan bagi tahun 2012 dan setakat ini telah menerima 50 tempahan pra-pelancaran. Ia boleh didapati pada harga RM103,800.00 hingga RM129,190.00 bagi model RS, manakala model RT pula ditawarkan pada harga RM134,800.00 hingga RM159,290.00 dan didatangkan dengan jaminan dua tahun. Majlis pelancaran BRP Can-Am Spyder ini telah dilangsungkan oleh Menteri Pertahaman Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Turut hadir di majlis tersebut merupakan Pengerusi DRB Hicom Datuk Syed Mohd Aidid Syed Murtaza, Pengarah Urusan DRB-Hicom Datuk Mohd Khamil Jamil dan juga Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar.
-Salihin Abd Rahim-

Lorenzo kembali menggegarkan Litar Sepang untuk mendahului sesi ujian pertama MotoGP 2012




Penunggang Yamaha, Jorge Lorenzo kembali ke persada MotoGP, dengan mencatatkan masa yang terbaik bagi jentera 1000 cc dalam sesi ujian pertama di Litar Antarabangsa Sepang hari ini.Beliau tidak beraksi dalam tiga pusingan akhir tahun lalu berikutan kecederaan jari di Australia.

Semalam, syarikat minyak Jepun Nippon Oil & Energy JX Corporation telah mengumumkan untuk menjadi penaja pasukan Yamaha bagi musim 2012. Lorenzo mencatatkan masa 2:01.657 dengan jentera YZR-M1 pada pusingan 19, dengan penunggang Repsol Honda Dani mengekori 0.346saat di belakang selepas 44 pusingan. Cal Crutchlow,dari pasukan Yamaha Tech berada di tempat ketiga dengan masa 2:02.221 dengan Ben Spies mendahului Valentino Rossi yang menunggang Ducati Desmosedici GP12.

Andrea Dovizioso yang menunggang Yamaha Tech 3 membuktikan bahawa beliau berada dalam keadaan memberangsangkan untuk pemulihan selepas menjalani pembedahan pemasangan plat tulang selangka nya, apabila menamatkan latihan hari ini di tempat keenam dengan masa terbaik 2:02.751 pada 16 pusingan selepas selesai 20 pusingan.

Cuaca lembap pada waktu pagi telah membuat para pelumba menunggu untuk membuat penampilan pertama di trek sehingga lah lewat pagi. Hanya juara bertahan Casey Stoner yang menanti keadaan cuaca pulih sebelum membuat penampilan nya.

Stoner telah menghabiskan pusingan ke-14 dengan masa 2:07.163. Pelumba Australia itu juga berpuas hati dengan peningkatan yang telah dibuat pada jenteranya sejak ujian pada bulan November lepas. Jenteranya turut diuji pelumba Kousuke Akiyoshi yang membuat 3 pusingan dengan jentera Stoner.

Selepas dua bulan berehat, paddock MotoGP kembali beraksi hari ini dengan Ujian rasmi pertama bagi musim 2012 yang bermula di Litar Antarabangsa Sepang. Kehadiran pasukan pengeluar telah memberi peluang bagi pembangunan jentera baru 1000cc, di samping kehadiran beberapa pasukan baru yang bertanding dengan jentera CRT MotoGP.