Yamaha introduces 2009 R1 with crossplane firing order

Kpd rakan semua yang inginkan artikel ini dalam BM, harap sabor ye... sibuk sket ni....
crossplane ni teknologi lama sebenarya, tapi pertamakali digunakan untuk motosikal 4 selinder. Kebiasaannya, aci oleng atau crankshaft tu sebaris atau sejajar je keempat empat pin nya, kalau dilihat dari pandangan sisi, tapi bagi enjin crossplan atau jajar-lintang ini, ianya bertentangan 90° .












For the first time, the cross plane crankshaft is utilised on an in-line 4 cylinder motorcycle engine. The 2009 Yamaha YZF-R1 uses the crossplane crankshaft and also utilises a specially designed balancer to counteract the unusual vibration found in this type of crank when not used in conjunction with a V8 engine. This type of crank has been used in their M1 moto GP racing models for 4 years, and has finally made it to mass-production due to advances in Yamaha's metal forging technologies.






The crossplane or cross-plane is a crankshaft design with a 90° angle between the cylinder banks.
The crossplane crankshaft has four crankpins, each offset at 90° from the adjacent crankpins. The crankpins are therefore in two planes crossed at 90°, hence the name crossplane. A crossplane crank may have up to five main bearings, and normally does, as well as large balancing weights. Crossplane engines have uneven firing patterns within each cylinder bank, producing a distinctive burble in the exhaust note, but an even firing pattern overall.
Early V8 engines, modern racing engines and some others used or use the flatplane crankshaft, which is similar to that used in a straight four or flat-four engine. Flatplane engines may use any angle between the cylinder banks, with 60° and 90° the most common, however Ferrari uses 65°. They lack the V8 burble and the inherent mechanical balance of the crossplane design, but do not require the large crankshaft balancing weights. Modern flatplane designs often incorporate a balance shaft, which is not needed by the crossplane design.
The crossplane design was first proposed in 1915, and developed by Cadillac and Peerless, both of whom produced flatplane V8s before introducing the crossplane design. Cadillac introduced the first crossplane in 1923, with Peerless following in 1924.

Ujian masa Perlumbaan Malam MotoGP Qatar Selasa 3 Mac 09

Di penghujung ujian masa perlumbaan tengah malam Selasa di Qatar, nama Casey Stoner yang mengungguli senarai nama pelumba.
Juara litar Losail bagi dua tahun kebelakangan ini, Stoner menunjukkan aksi cemerlang di litar 5.38km ini, seperti yang telah dilakukannya salam perlumbaan malam yang dianjurkan kali pertama pada tahun 2008 lepas.
Masa terpantasnya sebanyak 1’55.744 telah dicatatkan sejurus selepas jam 9 malam dalam pusingan ke22 daripada jumlah 31 pusingan yang disudahi nya. Walaupun jumlah lap nya adalah kurang daripada pelumba lain, pelumba Australia ini yang menunggang Ducati Desmosedici GP9 serba baru yang menggunakan lengan ayun gentian karbon (carbon fibre swingarm) ini telah kecundang di selekoh dua sejurus selepas merekodkan masa terpantasnya, namun bangkit semula untuk beraksi se jam kemudian.





Keputusan Ujian masa MotoGP Qatar 3 Mac 09
1. Casey Stoner, Ducati Marlboro Team - 1'55.744 (31)
2. Jorge Lorenzo, Fiat Yamaha Team - 1'56.733 (82)
3. Valentino Rossi, Fiat Yamaha Team - 1'56.972 (75)
4. Chris Vermeulen, Suzuki MotoGP - 1'57.224 (70)
5. Nicky Hayden, Ducati Marlboro Team - 1'57.225 (53)
6. Loris Capirossi, Suzuki MotoGP - 1'57.253 (42)
7. Randy De Puniet, LCR Honda MotoGP - 1'57.401 (77)
8. Andrea Dovizioso, Repsol Honda - 1'57.449 (74)
9. Colin Edwards, Monster Yamaha Tech3 - 1'57.515 (46)
10. Alex De Angelis, San Carlo Honda Gresini - 1'57.591 (61)
11. Toni Elias, San Carlo Honda Gresini - 1'57.804 (66)
12. Mika Kallio, Pramac Racing - 1'57.938 (54)
13. Niccolo Canepa, Pramac Racing - 1'57.946 (50)
14. Yuki Takahashi, Scot Racing Team - 1'58.412 (61)
15. James Toseland, Monster Yamaha Tech3 - 1'58.786 (51)
16. Marco Melandri, Hayate Racing Team - 1'58.851 (73)


















Casey Stoner



















Jorge Lorenzo

Roadshow Aprilia

Blurp>>>>
"Tahniah pada Ira dan Rush, kerana kehadiharn cahaya mata pertama mereka , Rania Athira, di Kuantan Specialist 1 Mac 09 semalam.
"

ALBUM APRILIA
Aprilia telah mengadakan satu roadshow di Kompleks Membelibelah Bukit Tinggi, Kelang baru baru ini. Antara yang di pamerkan adalah jentera Aprilia yang baru dilancarkan seperti Shiver, SXV dan RS125. Tidak ketinggalan juga model RSV dan Sportcity. Tapi, Aprilia Mana entah di mana....


















































Mungkin yang paling menarik ialah model Dorsoduro 750 yang pertama kali di tampilkan buat tontonan peminat motosikal Malaysia. Ia merupakan sebuah model revolusi yang baru, dengan sistem transmisi Sportgear yang dikawal elektronik. Ia menawarkan tiga pemetaan enjin untuk keadaan penunggangan yang berbeza, dan transmisi automatiknya juga digabungkan dengan pilihan manual tujuh kelajuan yang boleh dikawal pada hendal mahupun pedal kaki. Pertukaran sistem auto ke manual boleh dibuat dengan suis mudah di hendal kanan.









Pameran ini akan bersambung di Kompleks Pertama, Kuala Lumpur dalam masa terdekat. Nasntikan berita lanjut.

Ninja ZX-6R 2009 Serba Baru




Ninja ZX-6R 2009 Serba Baru
Sekali imbas, mungkin ramai yang menyangka jentera ini ialah ZX-10R. Selain rupabentuk yang serba baru, ianya juga telah mengalami pengurangan berat sebanyak 10kg, agak banyak jika dikaji kesannya pada nisbah kuasa-ke-berat nya. Tunggangan pulang dari Kawasaki Malaysia untuk ke Cheras, memang terasa ringannya dari segi berat keseluruhan, tetapi tidak terasa melayang dek terlalu ringan. Mungkin pembaharuan utamanya merupakan penggunaan penyeraphentak hadapan serba baru dari Showa. Fork yang menggunakan teknologi omboh besar ini memang dirasakan lebih responsif dan mantap serta progresif, berbanding teknologi katrij yang digunapakai sebelum ini.

Citri Utama
Rupabentuk baru yang lebih linear, pengurangan berat dan hantaran kuasa yang lebih lancar dan terkawal, dengan peningkatan pecutan dan kendalian lebih mudah. Gear terasa begitu lancar dan mudah ditukar, dengan kelajuan mencecah melebihi 200kmh dalam tak sampai 500 meter. Enjin baru ini amat responsif dan memecut mudah apalagi jika melebihi 5500rpm, namun terkawal dan tidak terasa liar sehingga sukar di kawal.

Enjin lebih ringan
Aci sesondol (camshaft) baru yang 400g lebih ringan.
Penggunaan penutup enjin magnesium berbanding aluminium menurunkan 610g berat enjin.
Penjimatan 80g dengan rekabentuk tapak penyuntik bahanapi yang baru.
Gear dan sesondol direka semula untuk pengutrangan berat sebanyak 170g
Gear pam minyak dan motor penghidup dimesin untuk pengurangan berat sebanyak 70g
Penggunaan sensor tekanan udara kemasukan berjaya mengenepikan penggunaan sensor sudut sesondol dan ini menghasilkan berat.
Rekabentuk tangki simpanan cecair penyejuk dan penggunaan tiub lebih pendek mengurangkan 150g
Pengubahsuaian lapik haba mengurangkan sebanyak 170g
Pengunaan gear jenis kaset memudahkan penukaran gear untuk mengubah nisbah sewaktu di litar lumba.

Peningkatan prestasi julat rpm sederhana.
Rekabentuk kebuk baru menempatkan alur kemasukan pada dua tahap berbeza, yang berjaya menghasilkan pusaran lebih baik, lantas meningkatkan prestasi enjin pada julat rpm sederhana dan tinggi.
Sesondol berketahanan tinggi membolehkan rekabentuk profil sesondol yang lebih tipus untuk meningkatkan prestasi enjin.
Omboh berprofil serba baru dan dengan sudahan permukaan yang baru.
Rabung bawah omboh disalut molibdenum untuk mengurangkan geseran.
Gegelang omboh baru bertekanan rendah untuk mengurangkan seretan
Penampan rantai sesondol baru menstabilkan pergerakannya dan mengurangkan kehilangan tenaga.
Aliran ekzos baru menyumbang kepada peningkatan kuasa keseluruhan.


Kawalan pendikit lebih baik
Semburan bahanapi lebih halus dari pemancit bahanapi sekunder, menyumbang kepada pembakaran yang lebih efisien.
Badan pendikit yang lebih panjang telah menambah jarak di antara pendikit sekunder yang lonjong dengan pendikit utama yang bulat, untuk memperbaiki pembakaran.
Bentuk kebuk lebih baik mempercepatkan kemasukan campuran bahanapi ke dalam kebuk, dan juga pengeluaran gas emisi.
Penggunaan gegelung nyalaan serba baru meningkatkan percikan sebanyak 12% untuk meningkatkan kuasa.


Casis lebih ringan
Sub-kerangka dua bahagian diperbuat dari aluminium tetuang yang lebih ringan.
Sub-kerangka ini lebih tipus dan menirus ke belakang untuk ekor yang lebih kompak.
Lohong aruhan angin Ram Air diperbuat dengan menggabungkan tapak meter, cermin sisi dan kekotak udara, untuk penjimatan ruang dan pengurangan berat.
Tapak kerangka dan fairing juga dikaji semula untuk pengurangan bahagian peralatan dan pengurangan berat.
Rerumah pendikit baru juga mengurangkan 30g berat.

Pengagihan berat lebih sekata
Kerangka dan titik hubung lengan ayun di kaji semula untuk peningkatan ketegasan kerangka.
Enjin dipasang lebih sndeng ke hadapan untuk pengagihan berat yang sekata.
Penggunaan ekzos sisi yang lebih rendah, menurunkan pusat graviti untuk stabiliti lebih baik berbanding ekzos bawah ekor seperti sebelumnya.

Maklumbalas casis dan ergonomiks
Hendal lebih rapat dan sendeng ke dalam untuk posisi penunggangan yang lebih baik.
Tangki bahanapi lebih kembang di bahagian atas, untuk mendapatkan permukaan sentuhan yang lebih besar bagi penyaluran maklumbalas jentera yang lebih baik.
Tangki tipus di bahagian bawah untuk kepitan lutut yang lebih baik.
Sudut rake yang lebih tajam untuk belokan yang tangkas, dan maklumbalas roda hadapan yang lebih baik.

Pengurangan ketinggian pelana
Sub-kerangka belakan serba baru yang lebih tirus bagi memudahkan kaki mencecah tanah.
Pelana hadapan lebih tirus dan 10mm lebih rendah berbanding model terdahulu.


Kemajuan suspensi
Jentera pertama menggunakan rekabentuk Showa BPF (Big Piston Front fork ) dengan teknologi omboh besar.
Teknologi BPF mengurangkan peralatan dan menurunkan berat fork keseluruhan
Penggunaan omboh besar menurunkan tekanan penyerapan, untuk kelancaran dan peningkatan maklumbalas penyeraphentak.

Brek
Cakera belakang yang lebih besar pada 220mm
Letakduduk pemijak brek belakang yang diperbaharui untuk meningkatkan maklumbalas dan rasa.

Damper stereng perlumbaan
Damper stereng (steering damper) Öhlins, jenis dwi-tiub bolehlaras sepenuhnya, dipasang sebagai peralatan standard.

Ciri tambahan
Rekabentuk fairing baru untuk perlindungan angin yang lebih baik dan meningkatkan kebolehan menghadapi angin lintang.
Lampu kedudukan digabung dengan lampu projektor utama.
Penampan baru memperbaiki aerodinamik, dan penampan belakang menjamin kebersihan bahagian bawah ekor.
Penyaluran maklumat lebih baik dengan sekilas pandang, dari paparan meter serba baru.

Spesifikasi
Enjin: 4-lejang, sejukan cecair, DOHC, 4-injap se selinder, 4-selinder sebaris
Sesaran: 599cc
Gerek x lejang: 67.0 x 42.5mm
Nisbah mampatan: 13.3:1
Suntikan bahanapi: DFI® Keihin 38mm 4 selinder, dengan dwi penyuntik seselinder
Nyalaan: TCBI dengan pemaju nyalaan digital
Transmisi: 6-kelajuan
Hantaran akhir: rantai X-ring
Rake / trail: 24 deg / 4.0 in.
Kerangka: Aluminum
Tayar hadapan: 120/70 ZR17
Tayar belakang: 180/55 ZR17
Tapak: 55.1 in.
Suspensi hadapan: 41 mm Showa Big Piston Front fork terbalik, dengan spring tampanan atas, mampatan tak bertahap dan kawalan lantunan, bolehlaras sepenuhnya.
Suspensi belakang: Penyerap hentak jenis gas,bolehlaras sepenuhnya.
Brek depan: Dwi-cakera 300mm jenis kelopak dengan angkup radial 4-omboh 4-pelapik
Brek belakang: Cakera 220mm dengan angkup satu selinder
Panjang: 82.3 in.
Lebar: 27.8 in.
Tinggi: 43.9 in.
Kapasiti bahanapi: 4.5 gal.
Tinggi pelana: 32.3 in.
Berat: 421.2 lbs.
Warna: Lime Green
Metallic Diablo Black / Flat Super Black
Candy Surf Blue / Flat Super Black

WALK-WITH-ME EVENT : BERJALAN BERSAMA KU

Album gambar acara Berjalan BersamaKu di sini

















































WALK-WITH-ME EVENT - BERJALAN BERSAMA KU
Date/tarikh: February 22nd 2009
Venue/tempat: KDSF Lot 13490, Jalan Jenjarum, Off Jalan SS23/1,
Taman SEA, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Time/masa : 8.30 am – 12.30 noon
The Kiwanis Parent Support Group (PSG) -National Centre is organising a Charity Walk-with-Me event on Sunday 22nd Feb 2009 to help raising funds for Project 7 program. For your information, Project 7 is an initiative by PSG which intended to provide special education classes to children with Down Syndrome age 7 and above with an objective to complement the existing government schools curriculum.
Projek amal Kumpulan Sokongan IbuBapa untuk mengumpul dana bagi mengadakan kelas khas bagi persiapan anak anak sindrom-down untuk ke sekolah kerajaan.
Jom bantu marshalling untuk mengawal lalu lintas sewaktu marathon tersebut.