Dunia, dunia !!!!!!

Dunia, dunia !!!

Apa la nak jadi....
Tadi dapat cerita satu kes aniaya.
Seorang perempuan, menunggang motosikal, mengalami kebocoran kat area Plaza Phoenix.
Maka bertolaklah moto sampai ke pam minyak, dan mcm biasa, telefon la nombor nombor khidmat tayar pancit yg terpampang kat tepi tepi benteng tu...
Datanglah satu mamat ni, muda lagi dalam lewat 20an, naik moto Naza 125. Dan siap, mamat ni tuntut lah bayaran. Masalahnya, ada ke menasabah mamat tu mintak RM75 untuk tayar Nuovo?
Bila awek ni persoal kenapa mahal sangat, si mamat ni, dengan pisau pencungkil tayar di tangan, siap tunjuk tunjuk pisau tu tanya nak bayar ke tak....
ada ke patut? mentang mentang tgk orang perempuan, ambik kesempatan! Awek ni pulak, cakap le RM75, takde la, RM30 ada la, kalau nak amik la, lebih kena la tunggu abg datang. Maka si mamat ni amik la dulu RM30. Sementara tu datang le abg angkat si awek ni,
bila mamat tu tgk abg angkat dia badan sasa, terus blah!!!!!
Kot nak untung pun , agak agak le, jgn la amik kesempatan...... Repot polis dah buat, mungkin mamat tu dah tukar no telefon...
tapi siapa siapa yg nak nombor telefon, nombormoto mamat tu...
ada....





History is not a straight line going from the beginning to the end, it loops and swirls eventually finding its way back to places its been before.

Sukar Untuk Mengubah Perangai Manusia...

Mengubah gunung lebih mudah daripada mengubah perangai manusia. Kita lihat bagaimana dalam beberapa tahun mampu mengubah bukit menjadi lembah. Mengubah hutan yang lebat menjadi pekan atau bandar itu pun lebih mudah daripada mengubah tabiat seorang manusia. Mengubah laut menjadi daratan juga masih lebih mudah daripada mengubah sifat jahat manusia menjadi baik.

Dunia ini lebih mudah diubah daripada penghuninya di kalangan manusia. Kita lihat diri kita, sejak kecil kita pemarah. Sampai sekarang pun kita masih pemarah. Waktu kecil kita bakhil, sampai sekarang pun kita masih bakhil. Padahal kita tahu bakhlil itu sifat jahat. Begitulah pengalaman kita mendidik diri kita dan diri orang lain di sekitar kita. Padahal, dalam waktu yang sama dunia di sekitar kita sudah berubah dengan pesatnya.

Leo Tolstoy, novelis Russia yang terkenal dengan novel realis-nya War and Peace dan Anna Karenina pernah berkata bahwa banyak orang cuba untuk mengubah dunia, tetapi mereka lupa mengubah diri mereka sendiri. Tolstoy sendiri berhasil mengubah dunia sastra dan Rusia lewat revolusi sosial dan reformasi. Tetapi apakah ia berhasil mengubah dirinya?

Kerana itulah Allah datangkan Nabi dan Rasul untuk mendidik manusia (di zaman masih ada Nabi dan Rasul). Setelah zaman ketiadaan Nabi dan Rasul, Allah utus ulama yang berwatak rasul alias ulama pewaris Nabi. Ulama yang mewarisi segala sifat dan sikap Nabi. Akhlaknya, kepimpinannya, keberaniannya, berhikmahnya, teladannya, semuanya mengamalkan sifat-sifat terpuji. Dari fakta sejarah dan pengalaman, dapat disimpulkan bahawa untuk membangun peradaban lahiriah siapa saja boleh melakukannya. Bila syarat-syaratnya dipenuhi, kemajuan lahiriah di dunia boleh dicapai. Akan tetapi, untuk membangunkan insaniah manusia memerlukan pemimpin yang bukan calang-calang pemimpin. Bukan sembarang pemimpin boleh mengubah dan mendidik insaniah manusia. Insaniah manusia hanya mampu di didik oleh pemimpin dan guru yang bertaqwa.

Alhamdulillah....

Terima Kasih dan Alhamdulillah
Kpd kengkawan yang menelefon bertanya khabar, dan lebih penting lagi untuk memastikan benar itu suara saya,
YES, I'm alright, and yes, I'm still alive!!
Sengal, tergeliat, terseliuh? Biasa la, adat main motor....
Alhamdulillah umur masih panjang, albeit it was a near-head on collision due to a red-light jumper.......
Al-maklum lah kalau "P" kena kes red-light, boleh suspend 2 yrs...
Merah tetap merah, kuning dah sepatutnya slow, jadi jangan persoal kenapa orang yang laluan dah hijau tetap jalan, jangan cakap orang tak sabar bila diri sendiri tak bersabar dan langgar lampu merah, Pernah dulu ada kes budak takde lesen kena langgar kereta mabuk, pemandu kereta terlepas sebab budak tu TAK SEPATUTNYA menunggang sebab tak de lesen, kalau dia tak menunggang...., dia tak ada atas jalan, kemalangan tu takkan jadi....
samalah sini, kalau tak langgar lampu merah, orang yang ikut lampu hijau takkan terpaksa brek sampai jatuh... mungkin sepatutnya tak payah brek pun, langgar je, baru senyap semua... baru tak pertikai kenapa jalan walaupun hijau..... dah merah tu , berenti laa... jangan jalan balik.....
dunia ni memang pelik... budaya pemandu sekarang, kuning bukan perlahan, tapi lagi tekan..... apa lagi bila ikut kereta depan yang langgar lampu merah, maknanya lampu tu dah LAMAaaaaa merah..... bila kena, ubah tajuk, cuba salahkan orang lain..... tapi lupa, tuhan nampak.....dosa pd tuhan boleh mintak ampun... dosa pada sesama manusia, settle sendiri...atau tunggu kat ujung siratulmustaqim.... bila sakratulmaut dah bagi salam, tak sempat dah nak cari orang yang kita buat dosa... itu pun kalau tahu dia kat mana....
kena ada self-discipline
kalau sebab kita orang lain susah, pandai pandai lah bertanggungjawab. Pandai mengelak bukannya pandai, tetapi memperbodohkan diri sendiri sebenarnya, sebab menganiayakan diri sendiri...... Berpelajaran tak semestinya pandai, bak kata 1st HM kat STAR dulu tahun 1976, arwah Tun Hamdan Sheikh Tahir:
"We dont want students who are learned, but not educated, We may know how to teach, but not smart in educating. Not all teachers are educators"
"kita tidak mahu pelajar yang berpelajaran tetapi tidak berpendidikan.
Kita mungkin pandai mengajar, tapi tidak bijak mendidik., Bukan semua guru itu pendidik"
so, I decided to just let it rest.
Damages? Nampak tak banyak, tapi chrome-heat-protector exhaust yg calar khabarnya dah seratus lebih,,,,
cover set? Elegan owners faham faham je lah...
But no regrets bawak scoot and not big bike....:-)
cuma, biasalah dunia sekarang,
bila bawak moto kecik, orang pandang rendah....
biarkan, biarkan......
Biarkan si Luncai.....
kebanyakan mereka tak tahu road-tax superbike berapa setahun....
ramai yg tak percaya kita bayar RM350/year....
lebih mahal dari kereta 1.8,,,
takde rebate pulak tu...
kereta ada gak RM625 rebate.....
kalau dia tak limit 5 kenderaan seorang....
banyak gak dapat tu.......
so, in actual fact, bikers have more rights on the road...
ha ha....
move over, car drivers !!!!!!!
we pay more roadtax per cubic capacity
we bikers contribute to lesser jams,
and lesser air polution,
and lesser usage of fossil fuels!!!

World Aids Day 08

Join me for a good cause:
Di senaraikan dalam kalendar World Aids Day
http://www.worldaidscampaign.org/en/Key-events/World-AIDS-Day/World-AIDS-Day-2008/WAD-2008-Events-Calendar/World-AIDS-Day-Ride-2008




Noboru Ueda, LCR Rider and former MotoGP 125cc contender '91-'02 and Lucio Checchinelo, Team LCR Owner former MotoGP 125cc contender '93- 500cc '03


Photobucket


Photobucket


Photobucket

Gandingan-5 dari Renault




TC Eurocars telah membawa masuk lima model baru Renault buat pilihan pengguna kenderaan di Malaysia. Sesi pandu-uji ke Cameron highlands telah mampu memberikan sedikit sebayak pembuka mata untuk model model baru Renault ini sebagai pengenalan awan.



CLIO 1.6

Model kompak ini mula ditawarkan pada tahun 1990, dan kini didatangkan dengan pengiktirafan tahap keselamatan lima bintang oleh Euro NCAP. dengan ruang dalaman yang lebih luas berbanding model terdahulu, Clio baru ini menggunakan casis yang direkabentuk semula untuk pemanduan yang lebih mantap, di samping rekabentuk baru yang lebih aerodinamik.

Dengan enjin 1.6liter 16-injap yang menghasilkan 110hp, sistem gantungan Clio ini juga menggunakan jenis MacPherson yang menjanjikan pengarahan panduan yang jitu, yang bersesuaian dengan penggunaan kekotak gear automatik empat kelajuan dengan paddle manual yang boleh di kawal pada stereng.

Pengalaman pemanduan model kompak ini dirasakan memberangsangkan dan meyakinkan, memandangkan ianya mampu mengambil selekoh dengan baik dan juga dapat memberikan keyakinan pada kelajuan tinggi.



CLIO RENAULT SPORT

Model Renault Sport merupakan pilihan hanya dikeluarkan di kilang nya di Dieppe, Perancis. Sambutan bagi model Clio RS ini amat menggalakkan di Eropah, dan semenjak mula dikeluarkan pada tahun 1999, sebanyak 37, 545 Clio RS telah dijual. Kini, model Clio RS ini didatangkan untuk pengguna Malaysia.

Sesuai dengan imej sportnya, model ini memang terasa kehangatan kuasanya, dengan enjin 2.0 liter 16-injap yang berkuasa 197hp. Digabungkan dengan kekotak gear nisbah dekat, model ini amat selesa dengan pemanduan tangkas dan mainan rpm yang tinggi. Brek Brembo yang di pasang standard menyakinkan pemberhentian, dan peralatan lain juga disesuaikan untk prestasi pemanduan, seperti tayar 17 inic 215/45., dan kekotak gear manual TL4 enam-kelajuan. Pecutan dari pegun ke 100kmj dalam 6.9 saat telah dilaporkan, dan kereta ini juga dibekalkan sistem EBD, ESP dan ASR bagi meningkatkan tahap keselamatan kenderaan ini.

Deruman rpm tinggi memang mengujakan peminat kereta prestasi tinggi, dan Clio RS ini mampu memberikan keseronokan pemanduan yang memang boleh dicemburui kenderaan lain se kelas dengan nya. Ini merupakan sebuah model yang ingin kami nikmati sekali lagi untuk jangkamasa yang lebih lama.


RENAULT MEGANE COUPE-CABRIOLET

Model ini merupakan model cabriolet pertama di dunia yang menggunakan bumbung kaca, dan pembukaan atau metamorphosis dari mod coupe ke cabriolet amat mudah dengan kawalan elektrik dan hanya mengambil masa 22 saat. Pemanduan tanpa bumbung di Cameron Highlands sememangnya amat sesuai, dengan udara segar pergunungan yang sejuk membelai rambut, dan tolehan pengguna kenderaan lain sepanjang perjalanan. Model cabrio ini agak luas dan mampu menempatkan empat penumpang dengan selesa tidak seperti sesetengah model cabriolet yang lain.

Pemanduan kenderaan ini dengan enjin 2.0 liter 135hp dengan kekotak gear automatik empat-kelajuan memang menyeronokkan dan meyakinkan. Menyusuri selekoh dari Simpang Pulai mendaki ke Cameron Highlands merupakan sesuatu yang mudah dan mengujakan. Sistem brek Anti-lock Braking System (ABS), Emergency Brake Assist (EBA), Electronic Brake Distribution (EBD), A yang digabung menambah keyakinan kawalan kenderaan. Ruang penyimpanan barangannya juga luas dengan 490 liter, malah masih mampu menawarkan ruang 190 liter dengan penyimpanan bumbung yang dibuka.

Kenderaan ini memang disasarkan sebagai pilihan ekslusif bagi mereka yang inginkan kelainan dalam pemilikan kenderaan, bukan hanya dari segi luaran atau keterampilan, malah dari segi prestasi nya.



MEGANE F1 TEAM R26

Model Megane ini dikeluarkan bersempena kemenangan kejuaraan Renault dalam kategori Pembuat Kereta F1 pada tahun 2005 dan 2006. Di keluarkan oleh Renault Sport Technologies, Mégane F1 Team R26 ini merupakan emulasi jentera F1 nya dengan ciri ciri sports yang tulen.

Rupabentuknya yang sporti sudah cukup untuk menggambarkan prestasi yang boleh ditawarkannya. Tempat duduk recaro merupakan peralatan standard, dengan rim aloi "Anthracite" 18-inci, dan brek Brembo dengan angkup merah yang berketerampilan. Luarannya penuh dengan grafik unik ala perlumbaan pada bumper, pintu dan bumbung.

Enjin turbo 2 liter 16-injapnya mampu menjana 230hp, pen gabungan pemetaan nyalaan enjin dan ekzos baru mampu menawarkan torque maksima pada 90% dari julat rpm nya bagi menjamin hantaran kuasa yang sekata. Kuasa ini disalurkan melalui kekotak gear enam-kelajuan. Namun, penggunaan bahanapi diberitakan agak ekonomik dengan hanya 8.5 liter/100km.

Model ini merupakan model perdana bagi siri Megane, dan banyak menggabungkan ciri ciri jentera perlumbaan yang dibangunkan melalui pencapaian F1 Renault, untuk menghasilkan sebuah kenderaan yang berjiwa pertandingan.


RENAULT GRAND ESPACE BARU

Siri Espace mula dikeluarkan lebih 20 tahun lalu, dan sinonim dengan MPV yang menawarkan keluasan ruang sebagai salah satu kekuatan utama nya. Malah bumbung panoramik nya juga sememangnya di reka untuk memberikan pengalaman ruangan yang luas bagi penumpangnya. Ciri ini di capai dengan penggunaan cermin yang besar, dengan tiang yang kecil tetapi diperkuatkan untuk menjamin keselamatan, di samping penggunaan beg udara yang mengelilingi segenap ruang kenderaan ini.

Kemewahan ruang dan peralatan merupakan tumpuan pereka pereka Espace ini. Barisan kerusi penumpang semuanya boleh di laras atau di keluarkan untuk permainan ruang dalaman, sesuai dengan apa jua kehendak penumpang. Walaupun tampak besar, stabiliti kenderaan ini amat mengagumkan walaupun dengan pengambilan selekoh pada kelajuan tinggi, dengan Electronic Stability Programme (ESP) dan CSV bagi mengawal understeer. Malah sewaktu pandu uji ini, ianya mampu mengekor dan tidak ketinggalan di belakang model model sports yang lain. Ini berkat kuasa enjin 2.0 turbo 16-injap nya yang mampu menjana 170hp, denagn hantaran kuasa melalui kekotak gear automatik lima kelajuan, yang menyalurkan pacuan kepada tayar yang dipasang pada rim aloi 17-inci jenis Novastella.

FABULOUS FIVE
Kelima lima kendertaan ini kini ditawarkan buat pengguna Malaysia yang inginkan kelainan dalam pemilikan kenderaan. Di tawarkan oleh TC Euro Cars (TCEC), anak syarikat Tan Chong Motors Holdings, alatganti dan servis lengkap nya di jamin oleh rangkaian servis Tan Chong. Clio 1.6 ditawarkan pada harga RM149,016.50, Clio RS pada RM215,851.20 , Megane Coupe-Cabriolet pada harga RM236,042.20 , Megane R26 Sport pada harga RM 236,177.90 , dan Grand Espace pada harga RM297,716.90. Saksikan semuanya di bilik pameran TC Euro Cars.
- BH Auto -