Kawasaki ER6-n premium ckd




Tawaran pasaran bagi motosikal berkuasa tinggi iaitu yang melebihi 5OOcc di Malaysia agak terbatas kepada model model 650cc ke atasmemandangkan ketiadaan tawaran bagi motosikal 5OOcc masa kini. Terdapat pelbagai model motosikal 650cc yang ditawarkan seperti Naza Blade, Aprilia Pegaso Strada 650 dan KTM 660SM. Model Kawasaki yang dipaparkan kali ini iaitu ER6-N merupakan usaha Kawasaki untuk memenuhi citarasa tunggangan yang selesa dan mudah bagi semua peringkat penunggang, baik yang berpengalaman mahupun yang baru ingin berjinak dengan motosikal yang lebih tinggi kuasanya dalam ertikata tunggangan yang sebenar. Ini yang dimaksudkan Kawasaki apabila menamakan model ini sebagai "ER" iaitu "Essence of Riding". Model ini diberikan huru N di belakang, sesuai dengan kategori "Naked" nya. Motosikal middle-weight memang selesa ditunggang, tidak terlalu berat dan besar, dengan kuasa yang mencukupi untuk ditunggang di celah kesesakan kenderaan di dalam bandar, mahupun untuk perjalanan jauh. Tunggangan yang menyeronokkan adalah apabila kita mempunyai cukup kawalan ke atas sesebuah jentera dan ianya tidak terlalu ganas hinggakan kita perlu menumpukan perhatian yang lebih terhadap kawalan pendikit. Berkuasa 649cc, enjinnya mempunyai julat kuasa yang luas dan cukup terkawal walaupun bagi seorang penunggang yang kurang berpengalaman. Namun ini tidak bermakna ianya tidak dapat dinikmati oleh penunggangberpengalaman yang inginkan kuasa yang mencukupi bagi membolehkan penunggangan pantas. Inilah yang ditawarkan oleh enjin ini. Seperti model Kawasaki yang lain, enjinnya akan melonjak apabila melepasi 5,000 rpm dan terus memberikan peningkaian kuasa yang sekata walaupun sehingga mencecah 10,000rpm. Enjin dwi-selinder selari (parallel-twin) dengan dwi aci-sesondol (DOHC) ini dapat menjana 72 kuasa kuda dengan mudah walaupun dengan saiznya yang kompak dan ringan. Kawasaki boleh dikatakan sinonim dengan enjjn parallel-twin seperti model model Vulcan nya. Enjin baru yang ringan ini memberikannya kelebihan dalam meningkatkan nisbah kuasa-ke-berat bagi motosikal ini, dan peningkatan kuasa ini telah mampu dijana dengan rekaan semula enjin ini dan digabungkan dengan sistem suntikan bahanapi, dan susunan gear yang bertingkat juga telah menyumbang kepada pengecilan saiz enjinnya berbanding dengan enjin enjin Kawasaki bersesaran sama yang terdahulu.Tapi awas, jangan tertipu dengan saiz enjinnya, ia cukup mengujakan dan cukup untuk menyahut cabaran jentera lain yang lebih besar...

Rekabentuk Melihat rupa luarannya saja sudah memberikan kita keinginan untuk menunggangnya. Kedudukan tunggangan agak menegak dan tidak ekstrim, sesuai untuk tunggangan yang tidak meletihkan, atau bagi mereka yang agak besar ukuran pinggang seluarnya... Rekabentuk kontemporari memberikan kelainan kepada model ini, dengan penyeraphentak belakang yang condong, dan ekzos rekabentuk baru yang menarik dan tersorok dl bawah, memberikannya rupa yang kemas. Penyeraphentak belakangnya dipasang secara offset untuk membolehkan ketinggian pelana diturunkan ke 785mm, yang membolehkannya ditunggang secara yakin oleh semua golongan termasuk wanita. Kedudukan offset penyeraphentak ini juga membolehkan pelarasan yang mudah kepada penyerap hentak ini, tetapi suspensi hadapannya adalah dari jenis konvensional yang tidak boleh dilaras. Mungkin ada yang merasakan rekabentuk lampu hadapannya agak lain sedikit, tetapi ianya masih mampu menjana cahaya yang sekata seakan bentuk "u" yang cukup terang untuk penunggangan malam hari yang selesa. Paparan meternya terletak di atas lampu hadapan, dengan paparan analog bagi rpm dan meter kelajuan digital. Penggunaan cakera brek jenis petal seperti abang abangnya yang iebih besar juga telah menambahkan lagi tarikan estetiknya, dan cukup mencengkam untuk kuasa pemberhentian yang meyakinkan.

Kesimpulan
 Perlu dikatakan bahawa kekuatan model ini adalahlebih kepada keselesaan dan keseronokkan penunggangan nya, dan rupanya yang moden. Terdapat sebuah lagi model ER ini yang mempunyai fairing lengkap iaitu ER5-F dengan tapak atau wheelbase yang 5mm lebih panjang. ER6-N ini mudah dihalakan ke mana sahaja, dan akan bertindakbalas dengan baikterhadap kilasan stering, dan apajua kehendak penunggangan kita. lanya mengambil selekohdengan cukup meyakinkan dan dapat menggunakan tayar secara maksima dan mampu menangani lopak dan jalan beralun dengan agak baik. Posisi penunggangan, ketinggiannya dan beratnya yang rendah memudahkan kita mengawal dan menolaknya parking, dan kompartmen yang berada dibavah pelana belakang cukup luas untuk menyimpan baju hujan yang ringkas. lanya menepati namanya yang menjurus kepada ertikata penunggangan yang sebenar, iaitu keseronokan penunggangan.

Motosikal Dibenar Guna Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya

http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=337563

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Penunggang motosikal kini dibenarkan menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya berkuatkuasa hari ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohd Zin Mohamed.

Dalam kenyataannya di sini, beliau berkata keputusan ini diambil setelah mengambil kira kepentingan pengguna lebuh raya terutama para penunggang motosikal.

Mohd Zin turut berkata tindakan ini secara tidak langsung dapat menggalakkan pengguna menggunakan motosikal ekoran kenaikan harga minyak yang diumumkan oleh kerajaan semalam.

Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya sepanjang 26 kilometer menghubungkan ibu negara ke Putrajaya, Cyberjaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang dan dibuka secara rasmi pada 13 Dis 2007.

-- BERNAMA

Motosikal dibenar gunakan Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH)

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=340725

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Penunggang motosikal pelbagai kelas kini dibenarkan menggunakan Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) berkuatkuasa hari ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohd Zin Mohamed. Beliau berkata ini adalah lebuh raya kedua yang dibuka kepada motosikal pada bulan ini.

Pada 5 Jun lepas penunggang motosikal pelbagai kelas telah dibenarkan menggunakan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya atau yang kini dikenali sebagai Maju Expressway, katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Beliau berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira peningkatan harga minyak yang menyebabkan rakyat, terutama sekali golongan berpendapatan rendah di bandar raya, yang kini lebih cenderung menjadikan motosikal sebagai pengangkutan utama untuk ke tempat kerja.

"Tindakan ini merupakan sebahagian inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat terutama ketika berhadapan dengan krisis harga minyak global dan kenaikan sara hidup," katanya.

Mohd Zin berharap pemegang konsensi lebuh raya itu serta polis akan melakukan pemantauan yang ketat bagi mengelakkan penyalahgunaan lebuh raya itu, terutama sekali untuk perlumbaan haram.

Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur yang dibuka pada tahun 2001, yang sepanjang 7.4 kilometer, dikendalikan oleh syarikat konsensi Projek Lintasan Kota Sdn Bhd (PROLINTAS).

-- BERNAMA

ZX10-R 2008

Kawasaki ZX10R sudah dikenali ramai dek kerana kuasa dan kawalannya, dan mungkin ramai yang menganggap model 2008 cuma pembaharuan kosmetik seperti yang lazim dilakukan sesetengah syarikat pengeluar motosikal.

Mungkin kali ini anda silap, kerana model superbike perdana dari Kawasaki ini sebenarnya jentera serba baru yang direka semula, menggabungkan beberapa ciri pembaharuan. Chasis serba baru dari jenis kerangka dwi-tiub merupakan hasil pembangunan jentera Pasukan World Superbike Kawasaki, yang digabungkan dengan lengan-ayun serba baru. Maklumbalas jentera dan kestabilan kerangka ini sememangnya amat nyata berbeza dengan model model terdahulu, menjadikan ia jentera yang lebih diyakini dalam kelas nya.


Kawalan enjin elektronik(ECU)nya juga kini menggabungkan Kawasaki Ignition Management System KIMS, yang membantutkan nyalaan dan peningkatan kuasa di kala kenaikan rpm yang luarbiasa. Ini akan mengelakkan kilasan roda luar-kawal (wheelspin) dan mengelakkan jentera membuang di selekoh atau jalan licin, menjadikan ianya jentera yang lebih selamat, walaupun mungkin sedikit sebanyak mengecewakan peminat wheelie.


Menunggang-uji Kawasaki ZX10R 2008 untuk perjalanan hampir 1000km cukup mengujakan dan lebih dari mencukupi untuk memberikan gambaran tentang kemampuannya. 10-R ini sememangnya jentera litar yang disesuaikan untuk jalanraya dengan pemasangan aksesori wajib jalanan, seperti cermin sisi. Itu pun, ianya mudah dilipat jika perlu, agar tidak mengganggu tunggangan. Malah bahagian ekornya juga mudah dibuka untuk kegunaan trek. Kawasaki masih mempercayai posisi ekzos sisi adalah yang terbaik, dan ekzos rekabentuk baru ini juga lebih senyap.


Pada permulaan sesi, beg tangki jenis magnet melekap digunakan untuk membawa keperluan dan kamera penulis, namun didapati ianya menghalang posisi rapat-tangki yang diingini apabila kelajuan semakin tinggi. Mujur ada getah pengikat dan juga tali yang sering berada di dalam beg, maka beg-tangki dipindah ke pelana belakang. Ujian pecutan memang menepati andaian bagi jentera 4-selinder 4-lejang 998cc DOHC 16-injap ini. Konfigurasi oversquare dengan gerek 76mm dan jejang 55mm dan mampatan 12.9:1 ini mampu memembawa jentera 179kg ini mencecah 150kmh tatkala rpm mencecah permulaan zon hijau-selesa 6,000rpm, hingga 250kmh pada 10,000rpm, sebelum terhad pada 12,000rpm. Namun begitu, jentera ini membei pilihan mengubah pintasan atau cut-off rpm untuk selarasan peribadi. Pembehentian adalah meyakinkan dan terkawal dengan angkup Tokico dwi-cakera hadapan 310mm dan 220mm dibelakang, semuanya dalam rekabentul kelopak (petal) menarik ala jentera GP.

Dengan maklumbalas mantap dan stabiliti jentera yang menyakinkan, bukan berapa laju jentera ini yang menjadi persoalan, tetapi kemampuan kita sahaja yang membataskannya. Pendekata, ianya cukup lawas untuk kegunaan di litar Sepang, malah lurusan belakang (back-straight) litar Sepang pun mungkin tidak cukup panjang untuk jentera ini jika dihenyak maksima. Jalanraya memang bukannya trek lumba, namun keterujaan jentera mungkin membuat kita hilang kawalan realiti. Bersabar di jalanraya......


Enjin: 4-lejang 4-selinder 998cc sejukan cecair DOHC 16-injap suntikan bahanapi
Transmissi: 6-kelajuan
Kuasa max dgn ram-air: 147.1kW (200ps)@ 12,500rpm
Tork max : 113Nm (11.5kgf.m)@ 8,700rpm
Kelajuan: +300kmh
Harga RM78,900

"Jentera direka litar, kegunaan jalanraya"