Pengharaman motosikal bukan jawapan elak kesesakan bandar

Sesak di Ho Chin Minh, Vietnam
Peraturan anti motosikal semakin menyukarkan pengguna jalanraya di seluruh Asia Tenggara, ketika bandar-bandar utama cuba menghalang penggunaan kenderaan dua roda dalam bandar untuk mengurangkan lalu lintas dan mengurangkan pencemaran udara. Kekurangan infrastruktur pengangkutan dan ledakan dalam jualan kereta membuat kesesakan lalu lintas menjadi gangguan perjalanan seharian, dan juga satu liabiliti ekonomi jangka panjang untuk banyak bandar utama di Asia Tenggara.

Pihak berkuasa di Kuala Lumpur sebelum ini mengusulkan melarang motosikal kecil daripada memasuki pusat bandar untuk mengurangkan pelepasan karbon. Buat masa ini motosikal masih dibenarkan, dan KL telah melarang penggunaan teksi motosikal, atas sebab sebab kebimbangan keselamatan.

Bandaraya Hanoi di Vietnam telah berikrar untuk mengharamkan motosikal sepenuhnya pada 2030.Tahun lepas, pihak berkuasa di Baguio City, Filipina telah melarang kenderaan beroda dua dalam batas bandar, termasuklah basikal,  tetapi peraturan itu kemudiannya dimansuhkan selepas tindak balas di media sosial.
Macet di Jakarta
Di Jakarta, ibu negara Indonesia - antara bandar terburuk di dunia yang mengalami kesesakan lalu lintas - beberapa pilihan yang dicadangkan tidak akan menyenangkan pengguna jalanraya dalam jangka pendek.

Sebuah kajian yang dijalankan pada tahun 2015 oleh Castrol, mengenal pasti Jakarta sebagai bandar terburuk di dunia untuk kesesakan lalu lintas. Pemandu di ibu negara Indonesia ini biasanya berhenti dan menghidupkan kereta mereka lebih daripada 33,000 kali dalam setahun.

Jakarta bercadang untuk memperluaskan larangan motosikal di daerah perniagaan ibukota pada bulan September lepas tetapi percubaan itu tertunda untuk memberi waktu untuk proyek infrastruktur selesai. Namun, jika percubaan itu berhasil, Jakarta akan melarang kendaraan roda dua dari tiga jalan utamanya.

"Kami hanya menangguhkan larangan ini," kata ketua ketua agensi pengangkutan Jakarta, Sigit Widjatmoko. "Jika kita memenuhi [objektif kita] pada masa akan datang maka kita boleh cuba melaksanakan dasar ini sekali lagi."

Objektif ini termasuk menambah kenderaan pengangkutan awam di pusat bandar Jakarta, merancakkan kemudahan pejalan kaki, mempercepatkan pembangunan sistem Transit Massa dan melaksanakan peraturan tol jalan elektronik yang dirancang secara jangka panjang.
Manila, Filipina juga sesak
Pihak berkuasa pengangkutan Jakarta mengatakan bahawa dengan membataskan penggunaan motosikal dari memasuki  jalan raya kota, aliran lalu lintas akan meningkat lebih dari 17 peratus.

"Terdapat 15 juta motosikal di Jakarta, berbanding dengan 5.2 juta kereta," kata Iskandar Abubakar, ketua jurusan pengangkutan Jakarta. "Daripada 47 juta penumpang, hanya 18 peratus menggunakan pengangkutan awam."

Para pengkritik walaubagaimanapun tidak bersetuju dan mengatakan bahawa motosikal bukan penyebab utama kesesakan, kerana ia nya mengambil ruang yang kecil di jalan raya berbanding kereta atau kenderaan roda empat lain. Penggunaan ruang oleh pengguna motosikal adalah lebih berkesan bagi setiap seorang pengguna jalanyara berbanding kereta bagi setiap kaki persegi.

Walaupun para pengkritik lega dengan penangguhan larangan motosikal di Jakarta, mereka bimbang ia hanya menanti masa sebelum penumpang kenderaan roda dua menghadapi larangan selanjutnya.

"Kami merasa seperti kami di anak-tirikan atau diskriminasi," kata Nursal Ramadhan, penyelaras di Gerakan Sekatan Motosikal (Gampar) yang baru terbentuk. "Sepeda motor tidak boleh diharamkan [di Jakarta] kerana sistem pengangkutan awam sekarang jauh dari terintegrasi, selesa atau tepat waktu."

Selama beberapa dekad, Jakarta telah bergelut dengan kesesakan lalu lintas, namun keadaan di sana kian memburuk. Pada tahun 1991, pihak berkuasa di sana mengharamkan penggunaan beca berenjin dalam ibu negara itu. Sejak itu, kereta roda tiga yang dikenali sebagai bemo, telah dihalang daripada operasi dan digantikan oleh kenderaan mini beroda empat yang dikenali sebagai bajaj-qute.
KL tak payah cerita lah.....
Tahun lepas, Jakarta juga membatalkan peraturan lalu lintas yang telah berkuatkuasa selama 24 tahun, yang mewajibkan sebuah kereta untuk membawa sekurang-kurangnya tiga penumpang di jalan utama semasa waktu sibuk. Peraturan "tiga-dalam-satu" ini kemudiannya mewujudkan pasaran haram untuk "joki" - pemandu atau pemilik kereta akan mengambil penumpang di sepanjang jalan dan membayar mereka untuk menumpang kenderaan, bagi menepati peraturan tiga-dalam-satu ini. Penumpang yang dibayar ini termasuklah kanak-kanak dan wanita yang membawa bayi, dan ini mewujudkan kebimbangan keselamatan.

Tetapi penghapusan peraturan "tiga-dalam-satu" ini hanya membuat trafik lebih sesak. Kelewatan lalu lintas meningkat dari 2.1 hingga 3.1 minit setiap kilometer pada waktu puncak pagi dan dari 2.8 hingga 5.3 minit setiap kilometer pada waktu petang, menurut kajian Institut Teknologi Massachusetts (MIT) yang dikeluarkan pada bulan Julai.

Sebarang usaha untuk mengurangkan kenderaan dua roda pada jalan utama mungkin akan berhadapan dengan rintangan, terutamanya di bandar-bandar seperti Jakarta, di mana ramai pemilik kereta juga memiliki motosikal.

"Sepeda motorsikal tidak akan hilang sepenuhnya dari Jakarta," kata Ramadhan dari Gampar. "Banyak orang di Jakarta lebih suka duduk selesa di dalam kereta sendiri, dama kesesakan jalan raya selama berjam-jam, daripada duduk dalam bas awam."

Di rantau ini, kesesakan trafik telah menjadi lebih buruk bukan sahaja oleh infrastruktur yang kurang baik dan sistem pengangkutan awam tetapi juga oleh ledakan dalam pemilikan kereta.

BMI Research meramalkan jumlah jualan kereta di rantau Asia Tenggara akan mengatasi semua kawasan lain tahun ini dengan pertumbuhan 8.1 peratus, naik hampir tiga kali ganda berbanding tahun lepas. Bagi ekonomi baru muncul di Asia, kesesakan lalu lintas bukan sekadar gangguan; ia boleh memberi kesan yang signifikan pada akhirnya.
salah satu jalan di Jakarta
Jakarta membazirkan hampir 65 trilion rupiah (HK $ 38.3 bilion) setahun kerana kesesakan lalu lintas. Kuala Lumpur membazirkan 1.2 bilion liter minyak dalam kesesakan lalu lintas setahun, mewakili kira-kira 2 peratus daripada keluaran dalam negara kasar Malaysia. "Jika anda hanya terjaga 16 jam sehari, menghabiskan satu atau satu setengah jam setiap hari dalam kesesakan trafik adalah sebahagian besar dari jumlah masa anda yang berjaga, "kata Benjamin Olken, profesor ekonomi di MIT. "Sebahagian besar daripada nilai bandar adalah untuk memudahkan interaksi antara insan, dan kesesakan lalu lintas yang teruk menjadikan interaksi ini lebih sukar."

Di Asia Tenggara, kemalangan jalan raya membunuh 316,000 orang setiap tahun, atau 865 kematian setiap hari, menurut Organisasi Kesihatan Sedunia WHO. Semua kematian trafik di rantau ini melibatkan pejalan kaki, penunggang basikal dan penunggang motosikal. Negara-negara seperti Indonesia, Thailand dan Myanmar telah komited untuk mengurangkan separuh dari jumlah kematian dan kecederaan akibat kemalangan jalan raya menjelang 2020.
Pengangkutan awam yang popular di Manila
Kesan sekatan motosikal juga boleh dilihat di Yangon, hab ekonomi Myanmar. Bermula pada tahun 2003, bandar sebanyak 7.3 juta orang mengharamkan motosikal di 33 bahagian bandar. Sekatan itu sebahagiannya membawa kepada peningkatan pemilikan kereta, yang membawa kepada lebih banyak jalan yang sesak dan wabak parkir haram. "Jumlah kereta persendirian telah meningkat dua kali ganda dari 2011 hingga 2015 disebabkan oleh kelonggaran kekangan import. Amalan meletak kereta di tepi jalan secara tidak menentu telah mengurangkan ruang boleh-guna jalan raya dan memburukkan lagi aliran pengangkutan awam," lapor Institut Kehidupan Urban dan Tanah Bandar Asia Pasifik(Centre for Liveable Cities and Urban Land Institute Asia Pacific ) yang berpusat di Singapura, Asia Pasifik, mengenai lalu lintas Yangon dalam laporan bersama baru-baru ini.

Jelas pengurangan kenderaan dua ruda bukanlah jawapan kepada kesesakan, tetapi penggunaan ruang jalanraya yang lebih efektif serta prasarana pengangkutan awam yang boleh-harap serta murah dan selesa yang akan menjadi penyelesaian kepada malahan sejagat ini. Mungkin kurang disedari bahawa ramai pemilik kereta, termasuklah eksekutif dan pengurusan kanan, yang lebih gemar menggunakan kenderaan dua roda sebagai kegunaan harian pergi dan balik kerja memandangkan ia nya lebih cepat dan kurang menekan emosi dan psikologi.


No comments: