Rossi mungkin berlumba dua musim lagi

 Selepas berita perpisahan Tech 3 dan Yamaha pada musim 2019 kelak, khabar angin telah bertiup kencang tentang kemungkinan pasukan satelit mana yang akan menjalankan jentera pengilang dari Iwata tersebut, dan tidak kurang juga spekulasi kemungkinan bahawa pasukan VR46 yang akan menyahu cabaran tersebut.

Pasukan VR46 dikatakan menjadi penyebab pasukan Tech3 menamatkan hubungan mereka dengan Yamaha (Klik sini untuk baca semula). Turutan rentetan tersebut Tech3 akhirnya mengumumkan untu meninggalkan Yamaha mulai muism 2019 (Klik untuk baca).


"Saya tidak menjangkakan yang Poncharal (principal Tech3) untuk meninggalkan Yamaha," kata "Doctor". "Kami memikirkannya dan ia tentunya akan menjadi satu peluang yang baik, tetapi dalam dua tahun akan datang ini kami tidak akan menubuhkan pasukan MotoGP dengan Yamaha."

Rossi mengesahkan bahawa lebih banyak projek akan dilaksanakannya selepas dia berhenti berlumba, namun bukannya sebelum tahun 2020.

"Saya mungkin akan berlumba bagi tempoh dua tahun akan datang, jadi mungkin kami akan membincangkan penubuhan pasukan itu apabila saya berhenti kelak - tetapi tidak pada musim2019 atau 2020."

Selepas Marc Marquez (Pasukan Repsol Honda) menandatangani lanjutan kontrak pada hari Isnin sebelum Qatar dan Maverick Vi├▒ales (Movistar Yamaha MotoGP) mengumumkan perancangan masa depannya di pelancaran Pasukan Yamaha, apaah Rossi yang seterusnya akan menurunkan tandatangan di atas lanjutan kontrak dengan Yamaha?

No comments: