KONGSI e-LKM MELALUI APLIKASI MyJPJ

 

Bermula hari ini 2 Januari 2024, orang awam boleh membuat perkongsian Lesen Kenderaan Motor Digital (e-LKM) atau digital roadtax menggunakan fungsi baharu iaitu ‘Kongsi LKM’ di Aplikasi MyJPJ. Melalui fungsi baharu ini, pemilik kenderaan boleh berkongsi e-LKM sesama ahli keluarga, rakan-rakan atau individu lain yang dibenarkan oleh pemilik kenderaan.

Pemilik kenderaan hanya perlu klik nombor plat kenderaan dan seterusnya klik butang ‘Kongsi LKM’ untuk membuat perkongsian e-LKM kepada individu lain. Fungsi ini juga mempunyai tempoh had masa perkongsian yang boleh ditetapkan oleh pemilik kenderaan dan mempunyai kod pengaktifan yang perlu diberikan kepada penerima e-LKM tersebut untuk mengaktifkan perkongsian. Sistem juga akan menghapuskan rekod perkongsian sekiranya tidak diaktifkan dalam tempoh 24 jam.

Sebagai contohnya, Encik Ahmad berhasrat menggunakan kenderaan milik ayahnya dalam tempoh satu (1) minggu, sebelum menggunakan kenderaan tersebut, ayahnya boleh membuat perkongsian e-LKM kepada anaknya melalui fungsi ‘Kongsi LKM’ di aplikasi MyJPJ. 


No comments: