UMW Toyota lanjutkan kempen gantian pengembung beg udara

UMW Toyota yang merupakan pengedar kenderaan Toyota di Malaysia hari ini mengumumkan lanjutan Kempen Perkhidmatan Khas (SSC) untuk menggantikan modul pengembung beg udara sisi penumpang hadapan pada Toyota Vios tertentu , Corolla Altis dan Alphard dijual di Malaysia.

Kecacatan ini dikenalpasti berpunca dari degradasi propelan yang berlaku selepas pendedahan yang berpanjangan kepada kelembapan dan suhu tinggi serta kitaran suhu yang melampau. Modul pengembung tatau inflator ini mengandungi propelan amonium nitrat yang stabil, yang tidak terurai, yang boleh menyebabkan modul itu pecah. Seandainya keadaan seperti itu berlaku, serpihan logam akan menembusi beg udara apabila ia meletus dan masuk ke dalam kenderaan pada kelajuan tinggi. Akibatnya, kecederaan serius atau kematian boleh berlaku.

Kira-kira 21,000 kenderaan yang dijual oleh UMWT yang dikeluarkan dari Jan 2013 hingga Disember 2014 terlibat dalam kempen ini. SSC ini juga merupakan lanjutan kempen awal yang diumumkan oleh Toyota Motor Corporation (TMC).

Alatganti yang diperlukan untuk SSC ini sedang dibekalkan oleh TMC dan sebaik sahaja alatganti ini tersedia, UMWT akan memaklumkan pemilik dan meminta mereka membawa kereta mereka ke pusat servis Toyota yang bertauliah untuk membuat gantian yang diperlukan yang memerlukan masa antara 1 hingga 3 jam. Semua kos yang terlibat untuk penggantian akan ditanggung oleh UMWT.

Keselamatan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan Toyota dan sebagai pengedar kenderaan Toyota di Malaysia, UMWT prihatin terhadap keselamatan pemilik Toyota yang kenderaannya terlibat dalam SSC. Oleh itu, ia menggesa pemilik kenderaan yang terlibat untuk menghubungi mana-mana pusat perkhidmatan Toyota yang bertauliah atau menelefon Toyota Freephone di 1800-8-TOYOTA (869682).

Pemilik juga boleh melayari laman web Kempen Khas Perkhidmatan Toyota menerusi pautan ini: toyota.com.my/aftersales-services/special-service-campaigns untuk memeriksa sama ada kenderaan mereka terlibat melalui Nombor Pengenalan Kenderaan (VIN) Checker. Bagi mereka yang telah memuat naik Toyota Drive Apps, terdapat juga pautan ke halaman SSC Toyota dan VIN Checker.

No comments: