Syarifuddin raih kemenangan pertama Wira di Temerloh

Md Syarifuddin Azman (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) meraih kemenangan pertama musim 2018 setelah selesa mengungguli 12 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 9’16.611s diikuti Md Alif Ashraf Tahiruddin (PETRONAS Sprinta YAMAHA) kedua, 9’24.158s dan Md Faiz Zekri Sabri (ONEXOX Racing Team) ketiga, 9’24.334s.

Md Danial Syahmi (SIC Junior Team AFB TECH) yang gagal menjejakkan kaki ke podium buat pertama kali pada musim ini, namun kekal mendahului senarai keseluruhan dengan 77 mata diikuti Md Alif kedua, 56 mata dan rakan sepasukan Syarifuddin, Md Fadlyshah Redzuan ketiga dengan 49 mata.

Haziq Fairues tawan CP115 Temerloh

Md Haziq Fairues (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) yang bermula dari petak pertama tidak mengalami masalah untuk menguasai perlumbaan CP115 apabila mendahului keseluruhan perlumbaan untuk menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 11’21.993s.
Md Fareez Afeez (Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing) muncul naib juara dengan masa 11’23.578s diikuti Nazirul Izzat Md Bahauddin (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing) ketiga, 11’23.800s.

Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing) yang menamatkan perlumbaan di tempat keempat terus mendahului senarai keseluruhan dengan 88 mata manakala Md Haziq naik ke kedudukan kedua dengan 60 mata dan Md Fareez ketiga dengan 57 mata.

CP115
1 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 11:21.993s
2 Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 11:23.578s
3 Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 11:23.800s
4 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 11:29.603s
5 Md Shafiq Ezzariq (SGR) Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing 11:32.096s

Kedudukan Keseluruhan
1 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 88 mata
2 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 60 mata
3 Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 57 mata
4 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 50 mata
5 Md Shafiq Ezzariq (SGR) Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing 46 mata

PETRONAS Yamaha–CKJ Racing raih kemenangan satu-dua

Litar yang basah pada Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Temerloh, Pahang, semalam memihak kepada Md Hafiz Nor Azman yang berjaya meraih kemenangannya  sulung dalam kategori CP150.

Perlumbaan akhir tersebut dikurangkan kepada 15 pusingan setelah terpaksa ditangguhkan sebelum itu akibat cuaca hujan. Pelumba PETRONAS Yamaha – CKJ Racing itu menamatkan dengan masa keseluruhan 11’28.110s mengatasi rakan sepasukan, Ahmad Afif Amran dengan kelebihan 2.959s, menjadikannya kemenangan satu-dua untuk pasukan PETRONAS Yamaha – CKJ Racing


Kedudukan pendahulu bertukar seawal perlumbaan setelah Mohd Helmi Azman (Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing) dipintas oleh pelumba rookie, Mohd Aiman Azman sebaik lampu merah dipadamkan. Aiman bagaimanapun gagal menggunakan kelebihan apabila terjatuh dan membuka ruang buat Hafiz untuk mendahului sehingga ke garisan penamat.

Tumpuan terarah kepada perebutan di tempat kedua diantara Afif, Akid dan Kasma Daniel Kasmayuddin sebelum juara musim 2017 itu terjatuh di pertengahan perlumbaan dan seterusnya memberi laluan kepada Afif dan Akid untuk  menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 11’31.069s manakala Md Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) di tempat ketiga dengan masa 11’31.199s.
Afif dan Hafiz
 “Pada peringkat awal saya cuba untuk mendapatkan rentak berlumba di litar basah sebelum berjaya menjarakkan diri dengan pelumba di belakang. Selepas masuk pusingan ke-10, saya hanya fokus untuk kekal konsisten dan mengelak sebarang kesilapan. Saya sangat gembira dengan kemenangan peribadi pertama saya dalam kategori ini,” jelas Hafiz yang berada di tangga ketiga keseluruhan dengan 54 mata.

Ahmad Afif terus kekal mendahului kedudukan keseluruhan dengan mengumpul 90 mata diikuti Kasma dengan 70 mata.
Hafiz Nor Azman 30
 KEPUTUSAN PUSINGAN 4 - TEMERLOH, PAHANG

CP150

1 Md Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 11:28.110s
2 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 11:31.069s
3 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 11:31.199s
4 Md Helmi Azman (SGR) Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing 11:39.684s
5 Md Izzat Zaidi Md Salehan (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 11:42.483s

Kedudukan Keseluruhan        

1 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 90 mata
2 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 70 mata
3 Md Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 54 mata
4 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 40 mata
5 Md Helmi Azman (SGR) Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing 34 mata

Saman AES dibatal

Semua saman sedia ada yang dikeluarkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) adalah dibatalkan, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bermula 1 September, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengambil alih operasi AES yang sekarang diselia oleh dua syarikat swasta.

Terdapat 3.1 juta saman yang belum dibayar setakat bulan Mei, yang bernilai sehingga RM430 juta.

"Kali ini sahaja. Selepas 1 September, JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) akan mengambil alih sepenuhnya operasi AES dan apa-apa saman yang dikeluarkan kemudiannya perlu dibayar. Tidak akan ada tawaran atau diskaun seperti itu lagi," kata Loke pada sidang akhbar Jumaat lepas.

Kasma akur saingan kini sengit

Juara bertahan, Kasma Daniel Kasmayuddin akur saingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim 2018 lebih mencabar dalam usahanya untuk mempertahankan gelaran keseluruhan yang dimenangi pada musim lepas. Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu memulakan musim 2018 dengan bergaya apabila muncul juara sewaktu pusingan pembukaan di Tangkak, Johor namun terlepas gelaran juara kepada pendahulu ketika ini, Ahmad Afif Amran yang memenangi kedua-dua perlumbaan akhir pada pusingan berikutnya. 
 Selepas tiga pusingan, Afif kini berada di tangga teratas dengan 70 mata manakala Kasma di kedudukan kedua dengan 61 mata diikuti rakan sepasukan Afif, Md Hafiz Nor Azman di kedudukan ketiga dengan 29 mata.

Menjelang perlumbaan pusingan keempat di Temerloh, Pahang pada sabtu dan Ahad ini, Kasma mula mencongak strategi baharu untuk kembali mendominasi perlumbaan sepertimana ketika meraih lima kemenangan daripada tujuh perlumbaan akhir yang disertai pada tahun 2017.
 “Persaingan pada musim ini sangat sengit jika dibandingkan musim lepas. Pelumba dan pasukan lain sudah mula mendapat rentak mereka dan mampu untuk menyaingi kelajuan jentera kami. Lihat sahaja bagaimana keupayaan Afif untuk mengekori dan memintas saya pada perlumbaan lepas,” jelas Kasma. “Selain Afif, cabaran sengit juga datang daripada rakan sepasukan, Md Akid Aziz dan juga Hafiz. Jika sebelum ini saya hanya cuba untuk berada di depan dan menjarakkan diri sejauh mungkin dengan pelumba lain dari awal perlumbaan, nampaknya saya perlu mengatur strategi lain juga selepas ini.”