NCD: kenapa pemilik motosikal dianak-tirikan?

Seperti yang diketahui umum, struktur cukai jalan motosikal adalah berdasarkan keupayaan enjin.

Terdapat enam kategori berbeza, iaitu:
Kapasiti Enjin    Kadar Semenanjung
150cc dan kebawah    Percuma sejak Jan 2004
151cc hingga 200cc     RM 30.00
201cc hingga 250cc     RM 50.00
251cc hingga 500cc     RM 180.00
501cc hingga 800cc     RM 250.00
Melebihi 800cc     RM 350.00

Kapasiti Enjin    Sabah & Sarawak
150cc dan kebawah    Percuma sejak Jan 2004
151cc hingga 200cc    RM 9.00
201cc hingga 250cc    RM 12.00
251cc hingga 500cc    RM 30.00
501cc hingga 800cc    RM 40.00
Melebihi 800cc    RM 42.00

Namun begitu perkiraan kadar insurans pula merupakan perkara berbeza. Walaupun dengan 'liberisasi insurans' semenjak bulan Julai 2017 lepas, tanpa mengambil kira pelbagai faktorseperti umur pengendali, pengalaman atau rekod menunggang, tetapi masih diasaskan kepada kapasiti enjin, sebuah motosikal yang diinsuranskan untuk perlindungan sebanyak RM50,000 akan perlu membayahampir r hampir RM1,900 setahun untuk insurans komprehensif, manakala motosikal kapcai yang dilindungi insurans sehingga RM4,400 pula perlu membayar RM300 sebagai premium.

Isu ini mungkin boleh dipersoalkan dari segi jumlah premium dan perlaksanaannya, malah jika dibanding dengan teliti, motosikal perlu membayar kadar perlindungan insurans yang lebih tinggi berbanding kereta.

Pun begitu, satu lagi isu yang sering disenyapkan oleh pengendali insurans adalah kadar diskaun-tanpa-tuntutan NCD (No-Claim-Discount) yang nyata sekali berat sebelah dan tidak dipedulikan oleh "penggiat motosikal" mahupun "pelindung dan pemain industri". Pemilik motosikal hanya diberi ganjaran NCD setinggi 25% sahaja dan tidak pula mendapat ganjaran sama seperti pengguna kereta yang menikmati kadar diskaun-tanpa-tuntutan atau NCD sehingga 55%? Malah kadar kenaikan diskaun ini juga lebih lambat dari tahun ke tahun berbanding pemilik kereta yang menikmati kadar NCD 25% dari tahun kedua lagi.



Bagi kenderaan berdaftar motosikal dan komersil, kadar NCD yang ditawarkan adalah:

Tahun Pertama - 0%
Tahun Kedua - 15%
Tahun Ketiga - 20%
Tahun Keempat - 25%
Tahun berikutnya - 25%

Kadar NCD untuk kenderaan persendirian:
Tahun Pertama - 0%
Tahun Kedua - 25%
Tahun Ketiga - 30%
Tahun Keempat - 38.33%
Tahun Kelima - 45%
Tahun berikutnya - 55%


Bagi kenderaan komersil, kadar yang lebih rendah ini adalah difahami memandangkan risiko lebih tinggi yang perlu ditanggung penanggung insurans, namun begitu premium yang dibayar juga adalah lebih tinggi.
Walaupun dengan liberisasi kadar insurans, tiada pihak yang mempertengahkan kenapa pemilik motosikal yang menunggang berhemah dan tidak membuat tuntutan, tidak mendapat ganjaran setimpal. Malah pihak penanggung insurans perlu berterimakasih kepada mereka ini kerana tidak membuat tuntutan. Walaupun mungkin ada yang akan mempertikaikan perkara ini, namun begitu jumlah keseluruhan yang ditanggung penanggung insurans mungkin adalah jauh lebih rendah dari jumlah tuntutan yang dibayar untuk kenderaan persendirian. Pun begitu, ironinya, patutkah dibebankan jumlah pembayaran tuntutantersebut kepada mereka yang TIDAK membuat tuntutan?

Diharap ada pihak yang mengambil perhatian terhadap perkara ini agar lebih prihatin kepada pemilik motsikal yang rata ratanya rakyat marhaen.

No comments: