Bagaimana pilihan tayar jadikan saingan MotoGP lebih setara

Valentino Rossi menunggang tayar putih: Musim lalu, Michelin menawarkan tiga pilihan tayar kering licin depan dan belakang yang dicirikan oleh jalur tepi berwarna berwarna : lembut (putih), sederhana (hitam), dan keras (kuning).
Dalam perlumbaan, pasti ada sebab, bukannya kebetulan. Penunggang MotoGP kini mempunyai pilihan tiga tayar belakang dan lebih banyak pilihan untuk tayar depan.

Michelin menawarkan tidak kurang daripada sembilan varian tayar dan meningkatkan peluang kecemerlangan. Pembekal sebelumnya iaitu Bridgestone, tidak mampu mengatasi keraguan pilihan tayar. Secara teorinya, terdapat dua pilihan, tetapi dalam kebanyakan kes hanya satu yang benar-benar memberikan hasil yang diinginkan.Jika sesebuah tayar tidak berfungsi untuk jenis penunggang atau motosikal, ia secara automatik akan diketepikan untuk perlumbaan. Kini semua orang berpeluang untuk mencari satu atau beberapa kombinasi yang benar benar berfungsi untuk mereka.



Selepas 28 tahun dengan Michelin, Nicolas Goubert kini dilantik Dorna sebagai Pengarah Eksekutif Kejohanan Motosikal Elektrik, FIM Moto-e World Cup yang akan diperkenalkan sedikit masa lagi.
"Dengan pilihan yang kami tawarkan kepada penunggang, kami telah memperkenalkan varian yang tidak wujud sebelum ini: strategi." kata Pengarah Teknikal Lumba Michelin, Nicolas Goubert. Jurutera Perancis itu menjelaskan bahawa format baru ini sebenarnya direka oleh pemegang hak siri perlumbaan terseut iaitu Dorna. Apabila Michelin kembali sebagai pembekal tayar bagi kejohanan dunia tersebut pada tahun 2016, mereka pada mulanya mengikut peraturan dengan menawarkan dua pilihan tayar untuk kedua-dua tayar depan dan belakang untuk setiap perlumbaan. Tetapi setelah musim berjalan, Michelin mula memberikan sedikit tambahan: satu pilihan ketiga.
Evolusi ini memuncak musim lalu kerana Michelin menawarkan tiga pilihan tayar depan dan juga belakang yang tersedia untuk penunggang di setiap Grand Prix. "Saya rasa keseronokan dan cabaran kejohanan itu wujud kerana terdapat begitu banyak pilihan," kata Goubert. "Penunggang dan pasukan mempunyai beberapa cara untuk menguasai perlumbaan. Contohnya mereka mungkin menjalankan strategi mendesak keras pada mulanya dan kemudiannya menguruskan tayar, ataupun sebaliknya. "Strategi ini sering dilihat dalam perlumbaan tahun ini. Di MotorLand Aragon, contohnya, Maverick Viñales dari Movistar Yamaha memilih kombinasi sederhana depan / keras
belakang yang diperlukan untuk menunggu beberapa pusingan untuk memanaskan tayar belakangnya sebelum melaksanakan serangan. Namun ketika tayarnya sudah cukup panas, ia nya sudah terlambat.

Perkara yang sama berlaku kepada Marc Marquez (Repsol Honda) ketika dia bertarung di bahagian depan dalam perlumbaan yang sama dengan kombinasi depan keras /
belakang keras dan Valentino Rossi (Movistar Yamaha), yang menggunakan pasangan sederhana depan / belakang keras, dan Andrea Dovizioso (Pasukan Ducati) dengan tayar depan sederhana dan belakang lembut. Tiada satu pun daripada ketiga tiga mereka yang menggunakan gabungan yang sama. Marquez terpaksa bergelut menggunakan kemahirannya bagi mengelakkan kemalangan di peringkat awal perlumbaan.
Pendekatan ini amat jelas dilihat di podium Aragon, di mana nyata bukannya kebetulan bahawa tiga pemenang teratas adalah Marquez, Dani Pedrosa (Repsol Honda), dan Jorge Lorenzo (Pasukan Ducati). Marquez menang dengan kombo keras / keras yang disebutkan di atas, Pedrosa masuk 0.8 saat dengan sederhana depan /  sederhana
belakang, dan Lorenzo tiba dua saat kemudian dengan tayar sederhana depan dan belakang lembut.
Pelumba yang berlainan, tayar yang berbeza: Marc Marquez (depan keras, belakang keras), Dani Pedrosa (depan sederhana / belakang sederhana), dan Jorge Lorenzo (depan sederhana / belakang lembut) meraikan podium MotorLand Aragon.
Situasi baru yang unik ini mengakibatkan kritikan daripada penunggang dan jurutera, yang berpendapat bahawa ia nya seperti telah menjadi sesi uji tayar bukan persediaan perlumbaan. Apabila terdapat hanya dua pilihan dahulu, memang tidak ada pilihan: Anda perlu memilih atau pun membiarkannya. Sekarang terdapat tiga pilihan bagi setiap masalah dan keadaan litar.Namun hakikatnya, seiring dengan keadaan sekarang, ia tidak lagi menjadi persoalan sekadar mengilas pendikit. Menilai, menganalisa, dan memutuskan bagaimana menangani sesuatu perlumbaan kini menjadi sama penting dan pastinya merupakan kunci dalam pecutan terakhir yang menentukan gelaran, dalam musim yang dikatakan paling hampir setara saingannya dalam sejarah MotoGP. Kini kita tahu apa penyebabnya.

No comments: