Givi perkenal produk B32 rekabentuk terkini mereka

Pembuat barangan aksesori motosikal terkemuka dunia berasal dari Itali, GIVI telah memperkenalkan kotak simpanan barangan terbaru untuk pasaran tempatan, Monolock B32 Bold. Monolock adalah sistem yang dipatenkan oleh GIVI khusus bagi kotak bersaiz kecil dan sederhana yang digunakan untuk motosikal yang berkapasiti lebih rendah terutamanya 250cc ke bawah. Media tempatan diraikan di dalam acara ‘Tunggangan Perhargaan Media’ yang bermula dari GIVI Point di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur ke Hotel Thistle, Port Dickson sempena pengenalan produk terbaharu ini. Sejumlah besar media permotoran di undang untuk menyertai acara yang julung-julung kali dianjurkan oleh pihak GIVI Asia Sdn Bhd.
Reka bentuk B32 Bold berkapasiti 32liter ini mempamerkan gaya terbaru di dalam pembuatan produk terbaru ini. Seperti sebahagian besar boks GIVI sebelum ini, ‘Polypropylena (PP)’ ialah bahan komponen utama yang digunakan kerana terbukti ianya sangat kukuh dan tahan lama didalam keadaan cuaca terutamanya di Malaysia.

Sistem kunci ‘clack’ terbahru Givi yang igunakan pada kotak ini memudahkan pengguna dengan hanya sekali ‘klik’untuk menutup kotak tersebut tanpa perlu menggunakan kunci. Gabungan pemegang dengan penutup bahagian atas juga memberi kemudahan membuka dan menutup.

‘Rekabentuk kotak bersegi sengaja dipilih untuk B32 Bold ini setelah kajian dalaman kami mendapati ianya lebih diminati pengguna sebagai trend terkini berbanding bentuk bujur seperti kebiasaan. Namun ini bukan bermakna bentuk bujur langsung tidak diminati,’ kata Pengarah Urusan GIVI Asia, On Hai Swee.

No comments: