BMW F800GS Funduro

BMW F800GS Funduro menyeronokkan

Siri Funduro BMW merupakan adaptasi faktor keseronokkan tunggangan luar-jalan atau "off-road" bagi kegunaan di jalanraya. Dalam usaha para pembuat motosikal lain menjuruskan konsep motard bagi mengeluarkan motosikal sebegini, BMW kekal dengan siri Funduro nya untuk genre ini.
Siri Funduro BMW ini bermula pada tahun 1993 dengan pengeluaran F650 yang dikuasai enjin satu selinder ketika itu. Malah ianya merupakan motosikal BMW yang pertama menggunakan rantai sebagai hantaran akhir. Siri enjin Rotax satu selinder ini kemudiannya diganti dengan versi enjin kembar sebaris 798cc, bagi model F800S, F800ST dan juga F800R. Siri F ini kemudiannya dinaik taraf dengan kegunaan luar-jalan dengan denominasi GS (Gelände-Strasse).
BMW Malaysia kini menawarkan model F800GS untuk pilihan peminat motosikal Malaysia. Jentera menarik ini di datangkan dalam dua warna iaitu kuning dan juga magnesium, dan dengan kerangka serba baru. Tangki bahanapinya juga di reka semula dan diletakkan di bawah pelana untuk merendahkan pusat graviti nya bagi meningkatkan kestabilan. Sesuai dengan ciri GS nya, jentera ini dibekalkan dengan rim jejari, yang menjanjikan lebih kelasakan untuk kegunaan luar-jalan apabila dipasang dengan tayar yang sesuai.
Bila jentera GS yang diperkatakan, mungkin ramai yang mengingati siri R-GS terdahulu seperti R1200GS dan juga R1200GS Adventure. Siri R menggunakan enjin bertentang boxer, dan disasarkan khusus untuk keperluan lasak di luar-jalan. F800GS ini walau bagaimana pun tidak mengecewakan untk menggalas keperluan sebegitu, malah munbgkin ada yang merasa lebih selesa dengan nya berbanding abang abangnya yang lebih besar itu. Ianya lebih ringan daripada siri R1200GS, tetapi lebih berkuadsa dari F650 satu selinder terdahulu. Ringkasnya, ia mengisi kelohongan yang terdapat di antara kedua dua model tersebut, dan ini sebenarnya membuatkan model ini amat menarik.
Walaupun dengan tangki penuh, beratnya hanya mencecah 207kg, dan ini membuatkan ianya agak mudah dikendalikan dan tidak terlalu berat bagi kebanyakan orang. Ini meningkatkan lagi sifat mudah-kendali nya, dan juga meningkatkan keyakinan penunggangnya. Enjin serba baru dwi-selinder sebaris nya bersesaran 798cc dan mampu menjana 85hp, cukup mengujakan dengan dayakilas yang dirasakan sekata pada keseluruhan julat rpm nya, bagi memacu jentera menyeronokkan ini melalui ke enam enam gear yang dibekalkan.
Dengan ketinggian pelana sebanyak 850mm, ianya amat sesuai bagi kebanyakan orang untuk kendalian jentera terutamanya sewaktu hentian di persimpangan lampu isyarat. Kedudukan penungganagn yang menegak dan tinggi juga memberikan daya pandang yang luas di jalanan sesak, dan memerapan membrek juga tidak merisaukan dengan adanya sistem ABS yang di bekalkan standard. Brek cakera Brembo depan dan belakang bukanlah sesuatu yang asing bagi motosikal BMW, dan seperti lazimnya ia membekalkan daya hentian yang cukup meyakinkan walaupun pada kelajuan tunggi dan juga jalan berliku seperti "trek" Kuala Kelawang. Jalan tersebut cukup sesuai untuk menguji kemampuan sebarang motosikal dalam menangani liku dan selekoh, dan juga kuasa pacuan dan hentian jentera.
Paling penting, BMW F800GS ini berjaya mengekalkan pengendalian jentera yang baik dengan penggunaan penyeraphentak hadapan jenis terbalik 45mm, yang digabungkan dengan penyeraphentak belakang bolehlaras, yang dipasang pada lengan ayun aluminium tetuang.Enjin dengan mampatan 12.0:1 ini juga didapati amat menjimatkan dengan penggunaan bahanapi hanya lebihkurang 4liter/100km. Tetapi, seperti kebanyakan kita, mungkin bukan bahanapi yang jadi ukuran, tetapi keseronokkan dan keyakinan penunggangan yang membuatkan kita berdaya menunggang dengan lebih baik, seronok dan selamat.


Enjin: 798cc dwi-selinder sebaris 4-lejang sejukan cecair
Kuasa max: 85 hp) @ 7,500 rpm
Torque max: 83 Nm @ 5,750 rpm
Transmisi: 6-kelajuan
Berat kering: 178kg
Harga: RM83,800.00

Shiver at Awana 1 Feb 2009

Klik sini untuk ke album

Aprilia Shiver at Awana 1 Feb 2009
Laluan Ulu Yam - Awana - Genting Sempah - Bukit Tinggi - Mimaland - Gombak













































































































































































Aprilia Shiver 750 untuk nikmat tunggangan

Salah satu kelebihan jentera Itali ialah rekabentuknya yang menawan. Baik kereta atau motosikal, penampilan menawan dan juga pengendalian yang mantap seakan serasi dengan jenama jenama Itali seperti Ferrari, Alfa Romeo dan juga Aprilia. Peminat motosikal Itali pastinya mengikuti perkembangan model motosikal Aprilia. Jenama yang sinonim dengan kejuaraan kategori 125 dan juga 250 dalam MotoGP ini masih menawarkan model RS 125 yang telah kami paparkan pada 9 Januari lepas.
Satu lagi model yang memenuhi segmen pertengahan atau middleweight ialah Aprilia Shiver 750. Jentera naked ini pasti menggamit tolehan dek rekabentuknya yang menawan, terutama sekali kepada peminat jentera jalanan atau streetfighter. Daripada lampu hadapan nya yang menawan dan paparan meter digital moden, garis rekabentuk ini mengalir cantik sekali ke bahagian ekor, dengan lampu belakang yang comel di atas dwi-ekzos yang menawan.
Kemajuan teknologi juga digunapakai pada jentera ini, yang dikuasai enjin dwi-selinder 8-injap, konfigurasi V90° bersesaran 749.9cc yang mampu menjana 95hp. Enjin suntikan bahanapi ini menggunakan teknologi kawalan pendikit secara elektronik (ride-by-wire) yakni bukaan pendikit mampu dikawal sistem pengurusan enjin. Ini membolehkan tiga jenis mod pemetaan enjin di buat bagi pilihan penunggang, iaitu tunggangan sport, touring dan juga hujan. Dengan dua palam pencucuh setiap selinder, ianya didapati responsif, sehinggakan anda tidak menyangka ianya kawalan wayar dan bukan kabel seperti jentera konvensional. Kilasan pendikit akan memberikan tindakbalas enjin yang pantas dan tepat seperti mana yang diinginkan penunggang.































Tuil klac tangan boleh dilaras pada empat kedudukan dan mengawal klac jenis hidraulik yang menyalurkan kuasa dari enjin ke kekotak gear enam kelajuan, sebelum dihantar ke tayar melalui pacuan rantai. Sistem brek nya menyakinkan, dengan empat angkup Brembo jenis radial di hadapan, yang mengapit dwi-cakera 320mm, sama saiz dengan RSV 1000 F, begitu juga dengan cakera 240mm di belakang.
Jentera streetfighter ini telah diuji di laluan berbukit dan berliku iaitu Ulu Yam - Awana - Bukit Tinggi sebelum pulang melalui jalan Mimaland lama ke Gombak. Laluan ini cukup mencabar kemampuan jentera dari segi pengendalian di selekoh, dan juga daya pecutan sewaktu dakian bukit. Maklumbalas jalanan didapati amat memuaskan, membolehkan kawalan tunggangan yang meyakinkan. Namun, ini sebenarnya sesuatu yang telah dijangkakan; Shiver 750 ini ibarat sirih pulang ke gagang bagi laluan sebegini. Kawalan jentera yang baik mampu memberikan keyakinan tunggangan pantas di selekoh, dengan hentian terkawal dan daya kilas tinggi sewaktu keluar dari selekoh. Malah tidak menghairankan jika kilasan pendikit mendadak sewaktu penukaran gear mampu mengankan roda hadapan jentera ini.
Menunggang Shiver 750 ini memang menyeronokkan dan meyakinkan, namun masih mampu melintasi 210kmh jika diinginkan. Pun begitu, sebagai sebuah jentera streetfighter,ia nya pasti menempa tempat sebagai sebuah jentera middleweight yang menjadi pilihan mereka yang mengutamakan kawalan dan keseronokan penunggangan, dengan rekabentuk Itali yang menawan.

Enjin: dwi-selinder 4-lejang 749.9cc V90° sejukan cecair
Kuasa max: 95hp @ 9000 rpm
Torque max: 8.25kgm @ 7000 rpm
Transmisi: 6-kelajuan
Harga: RM52,815.00 atas jalan tanpa insurans















































































































































































BMW K1200GT












Volvo XC90 D5

Media Test Drive Volvo XC90 D5 21 & 22 Jan 09














Volvo XC90 D5 mengujakan.
Sejak versi petrol Volvo XC90 2.5T dilancarkan pada tahun 2003 di Malaysia, SUV mewah 7-tempat duduk pertama telah menguasai segmen SUV mewah terbaik selama 5 tahun berturut-turut. Volvo XC90 ini sesuai untuk kegunaan harian untuk bekerja, bersantai, memandu di bandar mahu pun percutian hujung minggu. XC90 telah dilancarkan secara global pada awal tahun 2002 sebagai SUV lima-pintu pertama pertama Volvo Cars, dengan tujuh-tempat duduk , dan dilengkapi All-Wheel Drive yang dikawal secara elektronik.
Volvo XC90 D5 yang dipasang di dalam negeri kini didatangkan dengan varian enjin diesel turbo lima-silinder.
BH Auto telah berpeluang memandu-uji XC90 D5 ini dari Kuala Lumpur ke Lumut dan balik. Pandu-uji yang dirancang melalui pelbagai rupabentuk jalan daripada lebuhraya hinggalah ke lajan persekutuan dan juga jalan kampung, berjaya memberikan gambaran pengenalan bagi kemampuan enjin dan juga untuk menilai hantaran kuasa enjin D5 ini. Perjalanan yang juga disertai model petrol 2.5T ini juga telah membolehkan perbandingan terus di buat di antara kedua dua model XC90 tersebut.
Ternyata enjin diesel turbo melintang 2.4 liter 5 silinder sebaris yang mampu menjana 185 kuasa kuda dan 400 Nm tork melalui transmisi Geartronic automatik 6-kelajuan itu tidak menghampakan dan mampu menangani kehendak kuasa pemandunya. Seperti yang boleh dijangkakan, pemanduan versi petrol adalah lebih senyap, namun begitu enjin D5 diesel ini juga agak senyap jika dibandingkan dengan kenderaan diesel lain. Namun apa yang nyata ialah penggunaan bahanapinya, yang nyata lebih menjimatkan. Penggunaan bahanapi lebihkurang 8.5liter/100km bagi versi diesel ini sudah cukup untuk menjadikan ia sebagai satu opsyen menarik dalam penentuan pilihan memandangkan harga kedua duanya yang sama iaitu pada RM355,000 (atas jalan tanpa insurans). D5 ini mampu untuk memecut dari pegun ke100km/h dalam hanya 11.5 saat, dan ini mungkin cukup untuk membayangkan kemampuannya bagi memberikan pemanduan yang mengujakan.
Ujian di jalan berliku di kawasan Bukit Beruntung juga menyakinkan kemampuan kenderaan besar ini dalam mengekalkan stabiliti walaupun di kerah. Hantaran kuasa juga agak memuaskan pada keseluruhan julat rpm seperti yang dikehendaki. Dan, dengan mengekalkan tradisinya sebagai jenama kenderaan amat mengutamakan keselamatan, ianya juga dilengkapi pelbagai ciri keselamatan berteknologi tinggi seperti DSTC (Kestabilan Dinamik dan Kawalan Pacuan), WHIPS (Sistem Perlindungan Tali Cemeti), SIPS (Sistem Perlindungan Impak Sisi) dan IC (Tabir Boleh Kembung).































Mungkin persoalannya di sini ialah dari segi pilihan. Dengan harga yang sama, pembolehubah yang akan dipertimbangkan adalah samada anda inginkan sebuah kenderaan petrol yang senyap sedikit, ataupun sebuah kenderaan diesel yang menjimatkan. Mungkin ada yang mengatakan bagi kenderaan bersaiz sebegini, diesel adalah lebih praktikal dengan tork yang tinggi dan sekata.
Apa pun, XC90 D5 ini memang sebuah kenderaan yang mengujakan, menjimatkan dan perlu dipertimbangkan dalam pembelian sebuah SUV. Yang pastinya, tahap keselamatan Volvo yang tinggi akan dikekalkan dalam kenderaan ini. Ia didatangkan dalam empat warna – Metallic Biru Nilam Hitam, Mutiara Tiram Kelabu, Metallic Perak Elektrik dan Metallic Biru Bayangan.

Enjin: 2400cc turbo-diesel 5-selinder sebaris
Kuasa max 185hp @ 4000rpm
Maximum torque 400 Nm@ 2000 - 2750rpm
Transmisi 6 kelajuan auto
Kelajuan maksima 190kmh
Harga RM355,200.00 (atas jalan tanpa insurans)
Komen BH Auto :"SUV yang selamat, mengujakan dan menjimatkan"