Suzuki Belang R150













Suzuki Belang R150 Serba Baru
Motosikal Sports Yang Ranggi & Radikal

Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd dengan bangganya memperkenalkan model Suzuki Belang R150 serba baru. Dikenali sebagai “Motosikal Sports Yang Ranggi & Radikal”, Suzuki Belang R150 menggunakan segala kecanggihan teknologi kejuruteraan Suzuki untuk menghasilkan sebuah motosikal yang ringan dan pantas kerana mempunyai nisbah kuasa dibandingkan berat yang amat impresif. Ini membolehkan Suzuki Belang R150 muncul sebagai motosikal sport yang paling ringan dan berkuasa dalam kategori 150cc.

Selain dari prestasi yang mengagumkan, para penunggang juga akan tertawan dengan ciri-ciri terkini dan canggih yang menjadikan Suzuki Belang R150 sungguh selesa ditunggangi. Rekabentuk yang aerodinamik, peralatan yang bermutu tinggi dan sebuah enjin yang sofistikated, semuanya terhasil bagi memenuhi kehendak penunggang yang inginkan sebuah motosikal yang sportif dan anggun.


MAJU DAN MANTAP DARI SEGI TEKNOLOGI
Sebuah enjin 150cc yang berkuasa, transmisi 6 kelajuan yang lancar, sistem penyejukan SACS Suzuki dan banyak lagi ciri-ciri berinovasi membolehkan Suzuki Belang R150 mengatasi saingan dalam kategorinya.


DOHC / 4-Injap
Prestasi hebat Suzuki Belang R150 dihasilkan oleh enjin 150cc jenis DOHC dengan 4-Injap. “Double Overhead Camshafts” (DOHC) dan 4-injap adalah konfigurasi biasa untuk enjin yang digunakan untuk motosikal sport berprestasi tinggi. Konfigurasi jenis ini jauh lebih lancar apabila beroperasi pada kelajuan RPM enjin yang tinggi, bagi menghasilkan kuasa maksima dan juga penggunaan bahanapi yang optima.



Transmisi 6 Kelajuan
Untuk memastikan bahawa keseluruhan kuasa dan tork enjin 150cc ini dapat digunakan secara efektif, ianya dilengkapi dengan transmisi 6 kelajuan dengan pilihan nisbah gear yang menjaminkan cara tunggangan yang sportif namun lancar dalam pelbagai keadaan jalan dengan kelajuan maksima lebih tinggi.

Penyejukan Udara Dengan Teknologi SACS
Teknologi SACS ataupun Suzuki Advanced Cooling System berfungsi dengan menyembur minyak secara terus pada bahagian bawah omboh untuk penyejukan yang lebih efektif. Minyak ini akan disejukkan dengan mengunakan sebuah radiator penyejukan minyak untuk menghasilkan suhu operasi optima.
SCEM (Suzuki Composite Electrochemical Material)
Silinder aluminium dilapisi bahan yang nipis tetapi amat kuat ini.
SCEM membolehkan penghasilan enjin yang lebih ringan serta
lebih efisyen dalam pengurangan suhu enjin.




Suspensi Monoshock
Sesuai dengan pelbagai keadaan jalan serta memberi
penampilan lebih sporty.






Brek Cakera Depan Lebih Besar
Walaupun cakera brek berukuran 290mm untuk lebih kuasa hentian,
namun ianya tetap ringan dengan rekabentuk garispusat yang dikosongkan.


Brek Cakera Belakang Kompak
Brek jenis ‘racing’ ini mampu memberi daya kuasa hentian lebih sempurna.


SOFISTIKATED & MUDAH DI-OPERASI
Suzuki Belang R150 adalah motosikal generasi baru yang dicipta menggunakan teknologi terkini yang biasanya hanya boleh didapati pada model motosikal berkapasiti enjin yang lebih besar ataupun “superbike’.

Panel Meter Dinamik Dengan Skrin LCD
Suzuki Belang R150 dilengkapi dengan Speedometer Digital LCD yang senang dibaca, dan sebuah takometer analog yang besar dan bergaya sama seperti motosikal sports mewah Suzuki GSX-R1000.


Sistem “Suzuki Drive Mode Switch (SDMS)”
Sebuah sistem unik yang mempunyai 3 pilihan mod tunggangan yang dapat dipilih secara bergilir. Mod-mod ini adalah mod tunggangan biasa, mod tunggangan ekonomi dan mod tunggangan kuasa.

Mod Tunggangan Biasa -Mod ini adalah mod tunggangan biasa yang tidak mengutamakan ekonomi ataupun kuasa dan tidak menunjukkan tanda ECO / PWR.

Mod Tunggangan Ekonomi (ECO) - Mod ini digunakan untuk menyelaras penggunaan petrol pada kadar yang paling menjimatkan. Lampu penunjuk akan menyala secara otomatik bagi menandakan bahawa revolusi enjin berada pada tahap optima untuk penjimatan petrol.

Mod Tunggangan Power (PWR) - Mod ini digunakan untuk tunggangan agresif. Lampu penunjuk akan menyala secara otomatik bagi menandakan bahawa revolusi enjin berada pada tahap optima untuk daya kuasa pecutan maksima.
RINGAN DAN TAHAN LASAK
Penggunaan komponen aluminium secara ekstensif memberi banyak manfaat. Pertama, aluminium adalah ringan. Kedua, ianya kuat dan tahan lasak. Ketiga, ia memberi penampilan bermutu tinggi. Suzuki Belang R150 memiliki banyak komponen aluminium untuk memaksimakan kelebihan-kelebihan ini.

Rim Aluminium Alloy 10-Jejari
Di rekacipta untuk mencerminkan identiti motosikal sports Suzuki mewah,
rim yang ringan dan tahan lasak ini mampu memberi kestabilan
dan ketangkasan menunggang.



Pemegang Keselamatan Aluminium
Pemegang keselamatan aluminium yang ringan dan bergaya ini memberi penampilan yang bermutu tinggi kepada bahagian belakang Suzuki Belang R150.

Ganjal Kaki Aluminium
Ganjal kaki aluminium ini adalah jenis selot sama seperti yang digunakan pada motosikal sports mewah.














Suzuki Belang R150 didatangkan dalam variasi 2 warna iaitu kombinasi warna dwi-ton Autumn Red/New Titan Black serta Dark Grey/New Titan Black. Suzuki Belang R150 telah meletakkan satu tanda aras baru dalam segmen motosikal sports kategori pertengahan. Untuk tungganguji, sila kunjungi pengedar sah Suzuk yangi berdekatan anda atau hubungi Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd pada talian 03-5569 9258 untuk keterangan lanjut.
HARGA: RM7,570.00

The All-New Suzuki Belang R150
The Rapid & Radical Sports Machine
Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd is pleased to unveil the all-new Suzuki Belang R150 model. Positioned as “The Rapid & Radical Sports Machine”, the Suzuki Belang R150 utilizes Suzuki’s cutting-edge motorcycle technology to create a light-weight and speedy machine which has an impressive power-to-weight ratio. This results in the Suzuki Belang R150 emerging as the lightest and most powerful sports bike in the 150cc category.
Apart from its stunning performance, discerning motorcyclists will be pleased to find that the Belang R150 incorporates many advanced and innovative features that make riding a sheer pleasure. Superior aerodynamics, up-market equipment and a highly sophisticated engine contribute towards making the Suzuki Belang R150 a highly appealing choice for those who demand a sporty and stylish ride.
POWERFUL & TECHNOLOGICALLY ADVANCED
A powerful 150cc engine, a slick 6-speed transmission, Suzuki’s popular SACS cooling system and a host of other refinements make the Suzuki Belang R150 a leader in its class.
DOHC / 4-Valves
At the heart of the Suzuki Belang R150’s class-leading performance is its 150cc, DOHC, 4-Valve engine. Double Overhead Camshafts (DOHC) and 4 valves is the most common configuration for engines used on high performance sports bikes. This type of configuration offers extra smoothness of operation at high RPM, for maximum power and yet excellent fuel efficiency.
6-Speed Transmission
To make effective use of the 150cc engine’s abundant power and torque, the Suzuki Belang R150 is equipped with a 6-speed transmission with gear ratios carefully selected for a dynamic sports-riding experience and smooth going in a wide range of road and traffic conditions, as well as a higher top speed.
Air-Cooled With SACS Technology
SACS or Suzuki Advanced Cooling System technology, sprays oil directly onto the underside of the piston to obtain extra cooling capacity. This oil is in turn cooled using a large oil-cooling radiator to maintain optimum operating temperatures.
SCEM (Suzuki Composite Electrochemical Material)
Instead of the conventional cast-iron liner for the cylinder, the aluminium cylinder bore is coated with Suzuki’s Composite Electrochemical Material. This thin yet very strong material allows the creation of a much lighter and more compact engine. It also dissipates heat more efficiently.
Monoshock Suspension
Monoshock suspension system caters to the varying road conditions
and lends a sporty feel.
Extra Large Front Disk Brake
Despite being 290mm wide and delivering ample stopping power, the disk brake
is amazingly light due to its large center cut-out section.
Compact Rear Disk Brake
Racing-style compact rear disk brake provides additional stopping power.
SOPHISTICATED & USER-FRIENDLY
The Suzuki Belang R150 is a new generation motorcycle that is designed using the latest technological features that are usually only found on models with much higher engine capacity or “superbikes”. Below are some of its more striking features.
Dynamic New Meter Panel With LCD Screen
The Suzuki Belang R150 uses a combination of an easy-to-read LCD Digital Speedometer and stylish large analogue tachometer, just like other top-end sports bikes such as the Suzuki GSX-R1000.
Suzuki Drive Mode Switch (SDMS) System
A unique system that switches between 3 different riding modes in a rotary manner. These modes are normal riding mode, eco riding mode and power riding mode.
Normal Riding Mode -This mode is the normal riding mode that does not prioritise either economy or power and does not show the ECO / PWR indicator.
Economical (ECO) Riding Mode -This mode is used to obtain maximum fuel efficiency. The indicator light comes on automatically to show that the engine revolutions are at an optimal level to conserve petrol consumption.
Power (PWR) Riding Mode - This mode is used for aggressive riding. The indicator light comes on automatically to show that the engine revolutions are at an optimal level to achieve maximum acceleration power.
LIGHTWEIGHT YET DURABLE
The extensive use of aluminium components has many benefits. Firstly, aluminium is significantly lighter. Second, it is strong and durable. Thirdly, it provides a quality and lasting finish. The Suzuki Belang R150 has many aluminium components to maximize these benefits.
10-Spoke Cast-Aluminium Alloy Wheels
Designed to reflect the identity of Suzuki’s Superbike racing machines,
these lightweight rims also contribute to handling stability and agility.
Die-Cast Aluminium Grab Bar
A shapely grab bar made of lightweight die-cast aluminium adds a high-quality touch to the Suzuki Belang R150’s rear end.
Diecast Aluminium Footrests
Bolt-on type footrests made of die-cast aluminium are not only lightweight, but are also similar to those found on the top-end, high-performance sportsbikes.
The Suzuki Belang R150 comes in 2 smart colour choices, with Autumn Red/New Titan Black and
Dark Grey/New Titan Black. The Suzuki Belang R150 sets new standards for mid-size sports bikes,
so test ride one at your nearest authorised Suzuki dealer or contact Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd
at 03-5569 9258 for more details.

PRICE: RM7,570.00

96 comments:

Anonymous said...

pesaing terbaru kategori enjen 150 cc untuk yamaha fz150 dan honda cbr 150...

raider said...

ralat pada price tag!!
RM ?, 570? 7,570??

Anonymous said...

kawan,

thank you
thank you

for posting this pictures and explanation
even www.suzuki.com.my pun info macam ini tarak
i wonder how u get all these
but
i say
THANK YoU VERY MUCH

Salihin Rahim said...

7,570.......
sorry.........
"ter" tak tertekan.....

raider said...

this is an underbone, so it SHOULD NOT be grouped with fz150 and CBR150.
underbone is kapchai, period.

ppl's 1st impression is, looks like honda hurricane, or copy hurricane.
if u can remember hurricane, how can u not remember suzuki RC sprinter which is a few years before hurricane?
So hurricane is not the 1st underbone with full fork, naked style in the Msian market.

Yesterday is the media launch, but suzuki marketing is kinda slow, today no news at all in major papers, no advertisement as well. The dealers in KL still can't confirm the exact price because suzuki haven't fax them the price list. Don't even mention about their website, don't know when they will update. Should send these comments to the japanese boss yesterday.

This bike has been discussed for a year in the local forum, but stays low profile.

aRjUn said...

Official public launching is this saturday.(18th April). A new breed of 4t moped champion has emerged on our road. Very suitable to ride long distance. Ole!!!!

raider said...

the handle bar is lower than normal kapchai, need to bend if u r a tall person, tht's d feedback frm those who has test ride it.

Unknown said...

betul tu, kena tunduk sikit kalau bawak...
nak tiru sports riding position
dan betul lah, dealers baru dapat harga PARTS pagi ni, tapi harga motor pun dia orang tak tau....

lowprofile said...

bro, i didn't know you had a bike blog?

i'll call u tomorrow k. need advice. pening thinking of the modenas 128gt, the suzuki shogun 125 and now this new suzuki!! pening betul!!

cheers!

Salihin Rahim said...

dear lowprofile,
am maintaining a low profile.....
he he..

Anonymous said...

SDMS really innovative for a cub like dis. I thought i saw a gear change indicator on-top of meter panel. How about fuel tank? What's d liter? Price wise, i think those who really fancy dis bike will buy it. Kuddos Suzy....

As for Honda? Do u want to join d party?

SarjanTulang said...

akan dilancarkan utk jualan pada bulan MEI...haritu pelancaran jek...

sarjantulang

Anonymous said...

motor bodoh
tak ade gear indicator postion
kunci pakai system lama. kunci jenis baru pun suzuki kedekut nak kasi.

motor ini dari tahun 2005 dah basi di siam and indon dan filipina

malaysians macam sampah kena beli motor yang dah basi di ASEAN

alldisc said...

an honest and good effort by Salihin. tapi yang musykil sket ialah bukankah sistem penyejukan guna SACS iaitu menggunakan oil cooler? mungkin perlu ditekankan kelebihan guna oil cooler (tak perlu radiator cap, tak perlu kipas, tak perlu waterpump, thermostat, coolant. hehehe...

anyway, IMHO suzuki sepatutnya terus convert Belang utk guna coverset kapcai yang org malaysia minat - ada kepuk (leg shield) dan lain-lain. dan harga sama dgn LC. legenda RG akan kembali.

Salihin Rahim said...

PENYEJUKAN ANGIN DENGAN TEKNOLOGI SACS- Teknologi SACS ataupun Suzuki Advanced Cooling System menyembur minyak secara terus pada bahagian bawah omboh untuk penyejukan lebih efektif. Minyak ini disejukkan dengan menggunakan sebuah radiator penyejukan minyak dimensi besar untuk menghasilkan suhu operasi optima.
AIR-COOLED WITH SACS TECHNOLOGY- SACS or Suzuki Advanced Cooling System technology, sprays oil directly onto the underside of the piston to obtain extra cooling capacity. This oil is in turn cooled using large dimension oil-cooling radiator to maintain optimum temperatures.

Anonymous said...

suzuki shogun
in italy and jepun called suzuki address 125 got fuel injection
in indonesia also got fuel injection version

but msia NO NO NO EFI

why?

that's why i say i condemn the treating malaysians so backward

for this belang versus yamaha fz150i

better go for yamaha since got fuel injection la

carburator ini leceh la abang

ini tahun 2009 la

lowprofile said...

only thing this 'belang' loses out to the fz is the lack of efi and it is an underbone. for such a small cc, imho, i feel, the efi doesn't make much of a difference and the belang beats the fz everywhere else. but if u really wan't efi regardless of everything else, then perhaps the fz150 is more for you. to me imho, for anything below 250cc, with or without efi doesn't make a difference.

Salihin Rahim said...

uh, I beg to differ on that
dah try out dengan FZ150i
selamber je tinggalkan 3 bijik FZ
definitely more responsive and torquey than FZ150i, which I feel is made for fuel economy.

Anonymous said...

aku rase kalo suzuki kuarkan balik fx125 mesti sambutan hangat


cubaanjutawan.blogspot.com

Anonymous said...

tech tl100r upgred sdms k7 1000 pada harga 8k tersangat la murah..boleh beli sebelum kena blok topspeed.yg pasti motor sejukan minyak ni sgt sesuai utk jarak jauh.for info fxr150 yg guna enjin ni dulu 1 tangki pada kelajuan 130kmj cubcai boleh bawa tanpa henti dari kl smp kedah.

Anonymous said...

SDMS tu bagus, tetapi adakah CDI juga akan cut off rpm bila mod normal atau economy diaplikasi? atau meter sekadar tunjukan rpm yg ideal utk shift gear demi mendapatkan penjimatan minyak?

Salihin Rahim said...

sebenarnya lampu shiftlight tu sekadar panduan saja untuk mengoptimakan penggunaan bahanapi, menurut kata pengeluar..

Anonymous said...

thanks salihin for d info. i thought nak angkat blade or ninja, but then decided to take Elegan and Belang.

zamie said...

JET,BEST,FX125 aku dah pakai....
SHOGUN 125 pun dah...BELANG????
Dalam banyak2 forum takde sorang pun citer pasal 'TOP SPEED'....
Boleh tak sape2 yang tau tolong bagi tau....
balik2 citer yang sama jer...
semua benda tu dah ada dalam brochure...standard beb...
pegi je kat kedai mesti dapat punya...
cuma nak pinjam motor je diorang tak bagi...
aku ulang...!!!!
TOP SPEED BERAPA BOLEH PEGI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Salihin Rahim said...

Top speed macamana yang nak? Berapa berat penunggang? berbanding meter motosikal mana, atau berbanding meter suoerbike, atau kereta , atau gps? Yang pasti nya ada motorpopular yang enjin sama cc mampu ditinggalkan oleh penunggang seberat 90kg walaupun meter hanya menujukkan 130kmh. Katanya meter motor tu dah menujukkan 160....
subjektif dan relatif...

Zamie a.k.a Az said...

tak payah banding dengan mana2 pun..aku nak tau meter dia sendiri je..naik berapa top speed...?jalan lurus tegak rata...jangan kira naik bukit atau turun bukit...

Anonymous said...

kan brader tu dah cakap 130
motor lain dah 160
tgk jugak berat rider brapa....
apa lak tak payah banding banding
tak sama laa.....

srcampoo said...

Geng belang xnak buat kelab ke...?
Lc dah byk...kalau ada kompom aku tolak shogun aku amek belang lak...

Anonymous said...

I do not know expensive or chipper, but I want to buy Belang R150 and take it to VietNam. How much does it price and how can I take it to VietNam? Anybody help me?

Salihin Rahim said...

Maybe it would be cheaper for you to get it from Thailand

Anonymous said...

Thanks Salihin Rahim.
I know when I buy Belang R150 at Thailan that will be cheaper than Maylay, Philip and Indo. But I can not look at it at Thailan. Why?
Thailan have Raider 150cc 2005 and 2006 year, have not belang R150. Could you explain to me, pls?

Salihin Rahim said...

The Belang 150
is the same as
Thailand's Raider 150

Anonymous said...

bro2,kalo belang ni test ngan rxz,mana satu kat depan?ni belang senang dapat part racing?mcm cam,head,blok itu ini suma....mcm?yg mau tau,bole tinggalkan rxz ka?

Salihin Rahim said...

RXZ tu two stroke
kalau pickup memang takleh lawan
motor 250 4-stroke pun kalau calang calang belum tentu dapat kejar Z
mungkin ZXR250 boleh kot
Naza Blade 250 belum tau.....
sebab initial pickup two-stroke tentu laju, rpm cepat naik tinggi
highway long distance long straight boleh la kejar z
racings parts Belang aka Raider150 khabarnya ada banyak dah kat Thailand
kat Malaysia ni tak lama lagi masuk la kot....

Anonymous said...

so,kalo gitu,belang r ni x dpt lepas rxz r?ada member2 cakap bole lepas....rxz standard ngan belang standard...betul ka cite tu?

Salihin Rahim said...

kalau motor standard, mungkin, tengok rider dan berat rider,
bab ni kena try baru tau, sebab kalau rider sama bawak 2 motor yang sama jenis pun, tak tentu lagi dapat timing sama..
subjektif laa....
apa hal pun, pelan pelan kayuh....
mcm cakap kata atas tu, kalau highway atau very long straight, 2 stroke memang kena makan le....

mat poyo said...

pada kawan2 yang rasa nak angkat belang r ni...baik angkat 1st batch ni cepat2...kalau tggu 2nd batch habis la...gomen mesti cut performance motor ni kaw2 punya...coz laju sangat...
amacam bro Salihin...ada betul ke..?

Salihin Rahim said...

ahaks...
tak kot bro...
kalau motor tu sampai tahap bahaya
tentu gomen tak bagi masuk..
macam motor RX-K dulu (abang RX-Z daa...)

Anonymous said...

I can not find the address that sale Raider 150 ( Belang R150 ) at Thailan, Could Salihin Rahim help me, pls?

Harapan Omar said...

FYI info, I just purchased Belang on last week. I feel it is real powerful mopad in this decade. Before this I use LC. For me LC's speedometer really inaccurated.

Harapan Omar said...

Without engine balancer, but good engine balancing. Cut-off aroun 11500rpm. Wow unbelievable.

Salihin Rahim said...

congratulations....!!

Anonymous said...

I hope easy can get accessories for 'Pak Belang'. This is the first suzuki bike using by me.

Anonymous said...

I love this bike very much.

Harapan Omar said...

Mr. Salihin. I want to know something. Regarding fuel consumption. Pak Belang higher than LC or...... If possible, can you give me some idea for this?? Thanks

Harapan Omar said...

I'm not so expert with engine wise. Sorry............

Anonymous said...

salam.. my first ride was SRX 100cc and after several years i upgraded to 125Z before she went stolen just after 3 month staying with me.. i even have no chance to mod it to some kinda racing stuff.. then to jaga hati my orang tua.. i bought LagendaZ but to me.. the performance of SRX with japanese parts was much better than the so called 110cc lagenda. and now after i suffered from being stucked 1 hour go and 1 hour back from office driving, i opted to trade in the lagenda and thinking of either 125z or 135LC but now, with higher precaution so that my ride will not be stolen again. article about belang is great and i am fascinated.. but without bakul, a can't find where to put all the additional padlock, solex, rantai.. unless, there is a storage compartment underneath the seat.. for sure, with the spec and the pricetag, belang is considerable as cheap.. RM6000++ for 4 speed 135cc yamaha, simple meter cluster.. compare to belang.. dah macam superbike.. ada mode macam2.. dah macam aprilia RS dah..

Anonymous said...

For me Belang is a good bike, but the worst is very difficult to find accessories. Maybe because of new model????

riders said...

HuHuHu...
kpd sape2 yg ckp yamaha FZ150 lg bagus dari belang u all mmg silap besar...
FZ dibuat untuk touring long diatance and fuel economy...moto 2 dh la besat selamber je belang boleh potong....member2 gua yg angkat FZ sebelum belang kuar bengang giler beb...

topspeed leh tgk kt utube...xth la betol ke x...

lg satu nape suma org amik kaler merah, gua pon nk angkt kaler merah gak...huhuhu...

rider said...

Mat poyo ader kater surh amik 1st bacth..mmg betol pon.
Bkn kire selamat ke x...LC dulu pon cm 2...1st model dia laju skit...

safuan said...

ini belang memang terbaik. sape yg angkat in moto memang puas hati.. minyak jimat la. jgn risau. 4 stroke ni. lebih ckit je pd kapcai lain. aku da pkai cuma blum tau top speed. dlm pantang

Anonymous said...

Baru2 ni sy berjaya tapau CBR150 dalam gear 2-6. Sungguh menakjubkan. Sy sendiri pun x percaya.

-MAT REMPIT 2010- said...

belang r vs r150i = ???

Jiwa Kelajuan said...

tak da care ke ntuk masukkan bakul? x gunalah amek moto kapchai tapi x ada bakul zzz

MiNdSlAvEr said...

Ada ja raga. Da ada org pasang pon, cuma rmai yg pakai belang lg syok biarkan togel cm2 ja xdak raga, termasuk aku.

Pasal top speed yg suma asyik bising2 ni, belang xlaju pon. 140 km/j ja. xcaya? test ngn lc hari2, seiring, belang 135 km/j ja, lc da 180 gegar2 meter lg. Ha, decide la top sapa yg lg tinggi..

Anonymous said...

ak nk cri belg secnd hand,ad sesape nk tolk x?
sb ayh ak yg supprt n die xnk blikn ak mto bru,thts y ak cri secnd nye...
mto ni smart r...

WongMCheng said...

saya pemilik fz. baru2 ni fz rentap dengan belang. rider saya size. belang leh cucuk fz je. kalau tak cucuk tinggal terus itu belang. belang guna engine dohc, hap tinggi, body kecil, 6 gear tapi kalah dengan engine sohc, hp kurang dari belang, berat lebih lagi. sila komen

MiNdSlAvEr said...

Rider belang 2 tgh pantang 2 ;D

Ala, kalau baru test ngn sorang rider belang lom cukup bro. Try cari yg betul2 nk ajak test, baru ok.

Ikhlas ckap, ni adlh 1st post yg saya jmpa yg kata fz laju dr belang, yg len2 suma sama

1) Belang laju dr FZ

@

2) Owner FZ juai FZ dan beli CBR @ belang.

No offense, sekadar pendapat sposen dari pioneer belang user.

Peace XD

BV's Heart said...

belang ni ada x set cover yang lain sket bentuk? atau kita leh modified set jadi lebih menarik? belang ni enjin dan prestasi memang cun dah...tapi slek bentuk jer..
walaupun dah basi kat SEA ni, tapi still the best so far.. nak wat camna, bukan kita minta model ni masuk lambat kat Malaysia...

Anonymous said...

yg smemngnye fZ xslaju belang & cbR..
ini hakikat..thanks..

Anonymous said...

den gno belang nie ha wt g kolej...xpernah pun lonjan memane moto..sbb laju2 pn nk wt apo?sampe jugak kek tompek yg nk dituju..hehehe..\tp seriosly belang lwn belang jela sng...cbr plg dpn.belang 2nd...fz 3rd...cbr sport bike...belang underbone bike(kapchai still)..fz touring bike ler...

sa said...

guwa pn otw nk agkt belang.. gudbye lagenda... hhuhuhuhuhuhu

Kamen Rider said...

07Sape nak travel jauh angat la Fzi tp klu Lc pun ok gak. Aku rempit lc ats lebuh raya bleh pegi smpai 160cc, tp klu ngn Fzi-confom cicir la. Klu belang r- stakat nk sprint test mgkin bleh dpt 1st prize. Klu travel jauh mgkin akn bermasalah kot.... atr sbbnye, tank dia kecik jew. Fzi 300km sekali isi jew. Klu belang ngn lc, kena isi 3x gak la.. adios..

honda motorcycle malaysia said...

very nice guys i love this blog thanks for every thing, please visit my blog an leave a positive comment when you are free.

pencinta said...

almk aku dah bngung nie nak plih yg mane...fz or belang...hm but for long distance mane yg terbaek????sbb suke jalan jauh...

MiNdSlAvEr said...

Nak long distance? Cari ja CBR 150. Tank besar, laju lagi tu :)

Anonymous said...

ade sape2 tau harge cover set belang?aku bru je pas accident..
agak barai arr.
so any information would be helpful

Unknown said...

assalamualaikum...
sistem mode belang nie ade masaalah x...??
aq skang nie btol2 konfuse tau x...
ade org kate fz lagi laju dr belang, ade plak kate sebalik nyer...
mcm mane nie...??? mane satu betull...??

Anonymous said...

aku br je angkat belang..dark grey..tgh pntang lg..huhuhu..

Anonymous said...

fuel consumption belang ni 1 liter leh gi brp kilo eh lbh krng?

mega said...

Hi everyone,
I own a belang r150. I've try test with lc135 and fz150i. Lc standard top speed 133km/h. Fz150i standard top speed similar with lc135. I'm 62kg personnel. I try pickup test with lc standard and fz150i. The rider of both bikes are lighter then me. Both bikes can't beat belang r150. My bike belang r150 standard top speed is 146km/h. Lc135 accelerate 0-100km/h in 8.6sec. Fz150i accelerate 0-100km/h in 7.9sec. Belang r150 accelerate 0-100km/h in 5.7sec. We dicided for a race and test it for insure which bike is speedest. At last we conclute suzuki belang r150 is the winner. Lastly belang is prove, he is the 4 stroke king of underbone. "Hyper in underbone"

Anonymous said...

belang dgn lc 5 speed ne lg jimat minyak?

Anonymous said...

minyak lebih kurang jer..kalo fulltrottle jer mmg parak la..

abe as6 said...

Aslmkum..Belang ni dah hampir racing, tgk la pada stroke dia pendek, engine rev boleh tinggi, DOHC pun sama utk rev tinggi dan tahan, gear ada 6 speed, meterpun dah racing, jadi sapa yg minat racing ini lah motornye. Lc dgn Fz direka utk economi sebab tu stroke panjang. Lc/Fz laju sebab barang racing belambak dan murah. Bore kit Rm120 dah boleh dpt, tapi berapa lama boleh tahan, nak pasang bukan senang, dah msuk bore kit 60mm, cam, mula la nk sayur kn belang, itu yg ada kata belang kena dgn Lc.

Anonymous said...

Ya..belang memang mantab enjin..aku suka sangat2..klu pandai buat binatang ni hehe..motor belang aku dpt tingalkan yamaha tzm..so ada berani nak test..aku cuma besarkan oil cooler rediator tu..buang caberitor,masuk efi,indektor tu,aku sumbat kereta punya 1.3 myvi.las sekali sumbat turbo kancil 660..motor ni ringan sebelah tayar hadapan..jdi aku buang kepala dia msk kepala yamaha r15..baru seimbang..tapi perbelanjaan hehehe sedia dlm 10k lah....

Hamba Allah said...

aku malas nak kata lebih tapi belang ni memang mantop..body kecik enjin besau

Unknown said...

Bro got any dealer in ampang area to check?

yakyeeay said...

Aku baru sambar belang secondhand kat setapak minggu lepas . Special edition lagi . Buat masa ni aku berpuas hati ngan prestasi motor ni.

yakyeeay said...

Aku x suka nak bandingkan motor ni ngan motor2 kapcai yang lain . Yang aku tau motor ni memang laju bangat ^_^

Unknown said...

Topspeed standart 160kmh bro......bergantung pada berat penunggang

Unknown said...

Memang laju .........kalu 125z ngan rxz boleh stakat nk follow jelah....

Unknown said...

Memang laju .........kalu 125z ngan rxz boleh stakat nk follow jelah....

Unknown said...

Topspeed standart 160kmh bro......bergantung pada berat penunggang

Unknown said...

Kalau ikut ranking fz jauh ketinggalan ..lc lagi laju n ternyata sapa beli fz untuk kelajuan memang ternyata silap .fz x laju .aku harihari lenjan lc kalau jumpa fz yg dikatakan laju tu .tp hampa jauh tinggal kat belakang hahahaaha ..belang laju walaupon bau kedai .hehe

Unknown said...

Kalau ikut ranking fz jauh ketinggalan ..lc lagi laju n ternyata sapa beli fz untuk kelajuan memang ternyata silap .fz x laju .aku harihari lenjan lc kalau jumpa fz yg dikatakan laju tu .tp hampa jauh tinggal kat belakang hahahaaha ..belang laju walaupon bau kedai .hehe

Anonymous said...

ape beza first model ngn 2nd model..respond pls

Unknown said...

long highway antara LC135 dngn Belang,belang pegang

Unknown said...

salam geng.. aku dh setaun jgk lah pkai belang ni.. boleh kira masak jgk lah.. yg mana pening2 k angkt fz ke belang angkt je ikut favourite korang.. klau nk ala2 sport tu ambik belang.. klau nk touring ambik fz.. lagi satu nk ckp jgn bangga dpt potong belang dgn fz.. tu blum jmpe yg belang machine laju.. mau cicir jauh fz tu.. #belanguser #supportbelang #suzuki

Anonymous said...

Boleh buang clutch tangan x belang ni.. Xsuka la guna clutch..minat belang

Mulyadi said...

Dah guna motosikal ini. habis meter 160km/j

Unknown said...

Yeke kau ni??? Kau ni btul ke pnh rentap?? Sbb ayat kau ni mcm tipu je mcm tipu je ... mulut kau ni mcm meter r25 suka tipu orang ... mana ade moto sohc bleh sailang dohc .. ni msti kt skolah kls seni ni 😊

Unknown said...

Yeke kau ni??? Kau ni btul ke pnh rentap?? Sbb ayat kau ni mcm tipu je mcm tipu je ... mulut kau ni mcm meter r25 suka tipu orang ... mana ade moto sohc bleh sailang dohc .. ni msti kt skolah kls seni ni 😊

Unknown said...

Assalamualaikum,dah 8tahun aku pakai belang..alhamdulillah,enjin x pernah usik lagi,just usik top sahaja..kalau nak dibandingkan belang dengan lc135,dah semestinya lc135 dihadapan dahulu..tapi apabila doch belang dh bukak,huh senyum ja lambai lc,aku bukan nk bandingkan dengan motor lain lah ye..aku cuma bgitau benda fakta je..lc135 1cam 4valve memang ringan,belang pulak 2cam 4valve pickup berat tpi ringan di long distan..perbezaan root pula..root lc lebih panjang berbanding belang tapi halus,root belang pendek dan tebal..so boleh sendiri pikir,pickup mana pergi dulu?doch akan terbukak apabila rpm 9 keatas..belang nk sedap kena main high rpm,itu sebab spoket xde yang kecik..smua bosa bosa..sekian

JR Vitug said...

Your blogs and its stuff magnetize me to return again n again. https://slingshothelmets.com

Unknown said...

Thanx god...rezeki PKP dpt angkut si belang nie balik umah naik ruse plak tu...Fuh 11 yrs after launched... Hee he he... Now nie plak tgh era Honda 150RS, Y15 & Y16 as well.... X dayo den nak melayan anak2 dara nie... Da semuenye Fi, even EX5 Dream PGMFi...Pantang cuit sket... nnt nak kene cocok plak ....pening sket2 pon tunin komputer, makan modal....ish ish ish... Aku dpr Janda mfg 2013 register 2016.... 5 yrs with millage done 33K km.... Spot rim baru, taya ade rambut + line hijau merah x ilang lg...
Nie tgh tgu barang2 basic online, X1R engine flush (janda la kafakan)Suzuki Lubricant (1300ml per bottle) ngan oil filter...Saiz minyak itam pun unik sbb die gune 1000ml w/out changing oil filter & 1100ml with Oil Filter change.... SGS Air Filter, SGS Spark plug, Brembo Carbon Ceramic Pad Brake, Brembo Dot 4 lube..
Settle nnt next stage, rasenye suspension lak fork ohlin (ngan tabung kecik kiri kanan, Mono ohlin & foot race.....
Adios.....

Anonymous said...

Koyakk keee