Satu lagi pusat pengedar Haval dibuka di JB

Pengedar eksklusif kenderaan UV Haval SUV di Malaysia iaitu Go Auto Sales Sdn Bhd telah melancarkan pusat pengedaran HAVAL Malaysia di Skudai, Johor Bahru, Johor .

Pusat pengedaran baharu ini diuruskan oleh pengedar sah mereka di Johor iaitu Ang Trading dan Motor Credit Sdn Bhd ini terletak di Taman Perindustrian Ringan Pulai, Johor Bahru dan akan menyediakan akses mudah kepada pelanggan HAVAL yang tinggal di sekitar kawasan Skudai dan Johor Bahru.

Pengarah Eksekutif Go Auto Group, Dato' SM Azli SM Nasimuddin Kamal yang hadir di majlis pelancaran pusat ini berkata, "Kami dengan sukacitanya mengalu-alukan dan mengucapkan tahniah kepada Ang Trading and Motor Credit kerana menjadi sebahagian daripada keluarga HAVAL yang semakin berkembang dan berharap mereka berjaya dalam bidang jualan dan juga perkhidmatan selepas jualan. Syarikat kami berterusan mencapai matlamat utama untuk sentiasa memperbaiki kualiti dan meningkatkan kepuasan pelanggan. "
"Pengedar baharu ini merupakan wakil yang ketujuh di Selatan Malaysia dan empat darinya di Johor. Secara keseluruhan Syarikat kini mempunyai 24 pengedar di seluruh negara. Kedua-dua model semasa kami diiktiraf sebagai EEV (Tenaga Cekap Tenaga) yang mana H1 datang dengan jaminan pengeluar tanpa had perbatuan selama tujuh tahun manakala H2 dilengkapi dengan jaminan 5 tahun atau 150,000 km, yang mana lebih awal," tambah Dato' Azli.

HAVAL Malaysia kini menawarkan penjimatan dan insurans percuma sehingga RM3000 kepada pelanggan baru dan pemilik Haval semasa yang berminat untuk membeli SUV baru dengan. Selain dari promosi semasa, Syarikat juga merancang untuk mengadakan jerayaara atau pameran bergerak di seluruh negara di Utara, Selatan, Pantai Timur dan Malaysia Timur yang akan diumumkan kemudian.

"Dalam kata lain, kami berada di tengah-tengah Kempen Reimagine kami di mana jerayaara HAVAL Rocks The Town Tour akan melawat bandar-bandar utama di Malaysia dan saya menggalakkan semua orang untuk terus mengemaskini lokasi acara kami di laman facebook kami atau melalui laman mikro kami, untuk melihat SUV kami dan turut serta dalam aktiviti kami," tambah Dato 'Azli.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://reimagine.haval.my/. Anda juga boleh menghubungi Khidmat Pelanggan di 03-5569 7332 atau email mereka di customercare@goauto.com.my. Anda juga boleh melayari www.haval.my atau halaman Facebook rasmi mereka di www.facebook.com/havalmy atau halaman instagram di www.instagram.com/havalmy.


#55 Hafizh Syahrin tak sabar nanti Le Mans

 'Saya tidak sabar untuk tiba di Le Mans dan saya mahu melakukan yang terbaik untuk pasukan saya yang berasal dari Perancis, jadi ia merupakan perlumbaan halaman sendiri kami dan akan ada ramai penyokong. Saya berazam untuk berusaha terbaik semasa tiga pusingan awal. Jerez agak sukar turutan kemalangan basikal saya pada awal minggu. Sekarang sakit saya telah hilang. Saya sihat pada 100 peratus, jadi saya ingin memberikan cabaran kepada semua rookies yang lain, dan cuba untuk mendapatkan banyak mata yang mungkin. Saya harap saya dapat kembali kuat seperti sebelum ini dan saya tidak sabar untuk mula mencuba rutin yang sangat penting bagi kami."

#71 Ayumu yakin boleh di Le Mans

 "Saya sangat teruja untuk kembali ke litar hujung minggu ini. Saya suka litar Le Mans, saya harap cuaca kekal baik, kerana dalam keadaan basah ia boleh menjadi agak rumit.
Matlamat saya di Le Mans adalah untuk memberi fokus pada setiap pusingan pada hujung minggu ini, dan benar-benar bekerja keras untuk meningkatkan prestasi saya. Saya harus lebih mempercayai diri saya dan melakukan lebih baik; Saya mesti mendesak lebih keras dan tidak berputus asa. Setiap sesi saya perlu diperbaiki. Saya perlu bekerja lebih keras berbanding sebelum ini semasa sesi kelayakan dan benar-benar berusaha untuk memulakan perlumbaan dalam kedudukan yang baik. Kemudian pada hari Ahad saya harus berjuang sepanjang keseluruhan perlumbaan. "

#7 Adam yakin di Le Mans hujung minggu ini

"Le Mans adalah litar yang hebat; dan saya berkeyakinan penuh di sana. Tahun ini saya berasa lebih hebat dan dengan jentera yang berfungsi baik. Di Le Mans, anda perlu benar-benar mahir pada brek, yang merupakan sesuatu yang saya rasa amat yakin dengan motosikal ini, jadi saya benar-benar menanti-nantikan GP ini.
Sejak Jerez saya telah berlatih dengan sangat keras di Sepanyol; Kami telah banyak menunggang, jadi semoga saya dapat meningkatkan prestasi saya dan meningkatkan persembahan saya pada hujung minggu ini. Saya mahu kembali meraih mata di Le Mans, ini adalah keutamaan nombor satu; terus mendesak dan selesaikan dengan hebat."

#66 Niki ganti Zulfahmi di Moto2 SIC Racing

Pasukan SIC Racing Team telah mengumumkan pelumba Finland Niki Tuuli sebagai pengganti Zulfahmi Khairuddin, yang telah menamatkan kerjaya Moto2nya. Niki akan membuat kemunculan sulungnya dengan jentera Kalex 600cc #66 di Le Mans, Perancis hujung minggu ini.

Niki berusia dua puluh dua tahun dan berasal Imatra, Finland, akan bertanding dalam Kejohanan Moto2 menggantikan Zulfahmi yang memutuskan untuk memberikan tumpuan penuh kepada peranan mentornya dalam program 'Impian ke MotoGP' yang disokong oleh SIC.

Niki Tuuli memasuki Kejohanan Dunia dengan latar belakang perlumbaan yang mengagumkan sehingga kini.
Menunggang minimotos dari umur sembilan tahun, penampilan Niki menunggang motosikal 600cc buat kali pertama dan menang di IDM Yamaha R6 Cup dalam tahun 2012. Pada tahun berikutnya, beliau melangkah ke siri SuperStock600 Eropah selama tiga musim dan berjaya menaiki podium lima kali dan satu kemenangan dan tamat tempat keempat keseluruhan pada 2014.

Niki menyertai  di tiga dari empat perlumbaan terakhir Kejuaraan Dunia SuperSport 2016 sebagai peserta wildcard, dan tamat di podium dalam kesemua perlumbaan tersebut. Beliau juga memenangi Kejohanan Finland pada tahun tersebut.

Kemunculannya cemerlang di WorldSSP memberikannya peluang untuk bersaing sebagai pelumba sepenuh masa untuk musim 2017. Di bawah bimbingan Vesa Kallio (saudara Mika Kallio), Tuuli meraih dua podium dan satu permulaan petak utama pada tahun itu, dengan penyudahan keseluruhan ke-7.

Pada 2018, beliau telah mengambil bahagian dalam lima perlumbaan WorldSSP dan kini berada di tempat ke-8 dalam kedudukan keseluruhan, sebelum menerima tawaran daripada Pasukan SIC Racing untuk memulakan cabaran  bersama dalam Kejohanan Dunia Moto2.