Petronas Sprinta Racing melangkah yakin di Jerez



Ayumu Sasaki dan John McPhee meneruskan persiapan Moto3, masing-masing menduduki tempat ke-8 dan ke-17 terpantas pada hari kedua di Sepanyol.














# 89 Khairul Idham Pawi perbaiki masa ujian



 Walaupun Khairul Idham Pawi terpaksa menghadapi keadaan angin kencang, pada hari kedua ujian pramusim rasmi di Litar Jerez - Angel Nieto semalam, pelumba PETRONAS Sprinta Racing tersebut mampu melangkah besar ke hadapan dengan jentera Moto2nya. Pelumba Malaysia itu menikmati hari yang produktif di litar semalam, setelah meningkatkan masa terbaiknya pada hari sebelumnya sebanyak 0.7 saat pada sesi terakhirnya.

KIP dan krunya telah mengumpul maklum balas menarik selepas menjalankan beberapa ujian pada jentera Moto2nya. Tetapan yang mereka dapati untuk ujian terakhirnya memberikan rasa jentera yang lebih baik dan kelajuan yang meningkat kepada pasukan Malaysia ini, yang membolehkan penunggang jentera PETRONAS Sprinta Racing itu menstabilkan usaha terbaik kepada 1'42.729 selepas sejumlah 69 pusingan dan meletakkan kedudukannya pada posisi ke-21.
Hari ini merupakan hari terakhir ujian pramusim di Litar Jerez - Angel Nieto sebelum satu lagi ujian tiga hari lagi bermula pada Jumaat depan di Litar Antarabangsa Losail di Qatar.

# 89 Khairul Idham Pawi
"Hari ini adalah hari yang baik, kami telah maju ke hadapan dengan tetapan (set-up) dan pada penghujung hari pada sela masa terakhir saya dapat memperbaiki masa pusingan, jadi saya sangat gembira dengan perkembangan yang telah kami capai. Pasukan dan saya kesemuanya bekerja sangat keras dan kami akan terus berbuat demikian esok pada hari terakhir ujian. "
 KEPUTUSAN:
1. ALEX MARQUEZ / Kalex
1:41.208
 
2. BRAD BINDER / KTM
+0.076
 
3. JORGE NAVARRO / Speed Up
+0.094
 
4. LORENZO BALDASSARRI / Kalex
+0.168
 
5. LUCA MARINI / Kalex
+0.215
 
21. KHAIRUL IDHAM PAWI / PETRONAS Sprinta Racing
+1.521








BMW Malaysia perkenalkan pembiayaan Easy Drive


BMW Group Financial Services Malaysia telah
memperkenalkan Easy Drive pada hari ini, ia merupakan sebuah solusi pembiayaan
yang fleksibel untuk menjadikan ‘Sheer Driving Pleasure’ lebih mudah untuk diakses.
Tobias Eismann, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan BMW Group
Financial Services Malaysia (BMW Credit (Malaysia) Sdn. Bhd. dan BMW Lease
(Malaysia) Sdn. Bhd.) berkata, “Misi kami adalah untuk menjadikan aspek mobiliti lebih
mudah, fleksibel dan ditawarkan pada harga yang berpatutan untuk semua pengguna.
Dengan Easy Drive, pengguna boleh merasai pemilikan BMW atau MINI dengan cara
yang baharu – pandu sekarang, buat keputusan kemudian.”
Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, mengulas, “Kami sentiasa
berusaha untuk mengenal pasti trend-trend baharu seawal yang mungkin dan
menterjemahkannya kepada sesuatu yang praktikal. Sementara trend umum pada hari
ini menyaksikan pemilikan kenderaan yang lebih bersifat jangka panjang, kita tidak
dapat menafikan perkembangan yang dilihat dalam populasi pengguna yang ingin
menukar kereta masing-masing setiap tiga hingga empat tahun.”
‘Easy Drive.’
Dengan Easy Drive, pengguna diberikan kebebasan untuk mendefinisikan rangka
pembiayaan mereka. Sebagai permulaan, pengguna boleh memilih untuk membuat
bayaran pendahuluan dalam julat angka 10% hingga 30%. Mereka juga boleh
memilih tempoh pinjaman yang berdurasi tiga atau empat tahun, serta opsyen
perbatuan sebanyak 20,000 km atau 25,000 km setiap tahun. Lantaran itu, ansuran
bulanan akan dikira, dan Nilai Masa Hadapan yang Terjamin (Guaranteed Future
Value) bagi kenderaan berkenaan akan dipersetujui dan disahkan untuk melindungi
pengguna daripada elemen susut nilai yang tidak dijangka. Nilai Masa Hadapan yang
Terjamin juga berfungsi sebagai nilai bagi pembayaran akhir.

Pada pengakhiran tempoh pinjaman, pelanggan diberi pelbagai pilihan pemeteraian.
Mereka boleh memilih untuk samada:
(a) Menukar beli kenderaan berkenaan, dan menaiktaraf kepada model BMW atau
MINI pilihan mereka;
(b) Pulangkan kereta berkenaan pada pengakhiran tempoh pinjaman tanpa
sebarang obligasi, dan pengguna tidak perlu risau tentang proses penjualan
semula;
(c) Langsaikan bayaran terakhir yang boleh dibayar secara penuh, dan pengguna
boleh memiliki kenderaan berkenaan; atau
(d) Lanjutkan terma kontrak untuk menikmati kenderaan berkenaan bagi tempoh
yang lebih lama.


‘Easy Drive Prime’.
Dengan tambahan RM 110* kepada ansuran bulanan yang asal, pelanggan boleh
memilih untuk menikmati nilai tambah yang bermanfaat untuk pemandu dan kenderaan
masing-masing dengan Easy Drive Prime. Pengguna boleh menikmati khidmat
penjagaan interior dan eksterior kereta; program perlindungan yang diberi nama,
‘Ultimate Protection Programme Elite’ selama tiga tahun; pakej Mobiliti Premium** yang
menawarkan pelanggan peranti ‘Smart Tag’ berjenama, sekali dengan kad Touch ‘n Go;
serta ‘BMW Lifestyle Collection’.
Ultimate Protection Programme Elite ditaja jamin oleh Allianz General Insurance
Company, ia merupakan pelan pertama yang menawarkan liputan seperti ini, ia
merangkumi perlindungan bagi pemandu dan kenderaan mereka untuk pelepasan khas,
kerosakan dalam bentuk kesan calar serta kemik, pelindung banjir dan banyak lagi***.
*Berbeza bagi jenama dan model yang berlainan.
**Pakej Mobiliti Premium terhad bagi pelanggan-pelanggan yang terawal.
***Sila rujuk Lampiran 1 di bawah untuk liputan yang lain. Perlindungan bagi kesan calar dan kemik hanya terhad bagi
tahun pertama.


Pengalaman Pemilikan Premium yang Menyeluruh.
Pengalaman pemilikan BMW dan MINI juga merangkumi Bantuan Tepi Jalan BMW
(BMW Roadside Assistance) dan Hotline Kemalangan, Servis Dalam Talian BMW serta
aplikasi kesetiaan mudah alih yang pertama ditawarkan dalam industri automotif, iaitu
‘BMW Group Loyalty+’.
Menerusi Aplikasi Mudah Alih BMW Group Loyalty+, pelanggan mempunyai akses yang
mudah untuk melihat rumusan kontrak mereka, dan aplikasi ini dilengkapi dengan antara muka (interface) e-bayaran yang intuitif. Pelanggan juga boleh memohon untuk
membuat pembayaran debit melalui proses automasi, meminta sebut harga bagi
pembatalan tahap awal, serta melihat opsyen bagi pengakhiran terma.
Untuk maklumat lanjut mengenai Easy Drive, sila layari
https://www.bmw.com.my/en/topics/bmw-owners/bmw-financial-services/financing.html.

Berita gembira megenai tol akan diumum

Gambar: Bernama
Bernama melaporkan bahawa kerajaan akan membuat satu pengumuman penting berkaitan kutipan tol lebuh raya dalam masa terdekat.

“Kita baru berbincang dalam Kabinet...mungkin dalam sehari dua ini akan ada kenyataan berkaitan tol yang akan diumumkan menteri berkaitan,” kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin.dalam ceramah di Beranang malam tadi.

Beliau juga berkata kerajaan telah berjanji akan mengkaji semula perjanjian dengan syarikat konsesi lebuh raya, berusaha mencari jalan mengurangkan kadar tol dan memansuhkan kutipan tol jika boleh, sekiranya mereka menang pilihan raya umum lepas. Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri, bagaimanapun tidak memperincikan mengenai perkara tersebut.

Berita asal: http://bernama.com/bm/news.php?id=1697351

Kejuaraan Yamaha YZF-R3 Eropah terbuka kepada semua



Piala Eropah Yamaha R3 bLU cRU akan melihat ramai penunggang yang bersaing pada tahap yang sama, dalam kelas yang akan menjadi tapak pembangunan juara dunia masa depan.

Piala Yamaha R3 bLU cRU sesuai untuk pelumba yang berasal dari kelas lebih kecil, yang ingin membuat penampilan perlumbaan ke siri World SSP 300. Bagi 2019, diharapkan ramai pelumba akan mengambil bahagian dalam Piala Eropah Yamaha R3 bLU cRU, yang disokong oleh sebuah organisasi yang berpengalaman luas dalam perlumbaan dan dengan keupayaan untuk menyokong penunggang dan pasukan sepanjang jalan.

Seperti siri Dunia SSP 300, para peserta Piala Eropah Yamaha R3 bLU cRU akan mendapat masa latihan dua jam setiap acara dan kejohanan itu akan terdiri daripada satu siri tujuh perlumbaan di trek terkenal seperti Jerez de la Frontera (Sepanyol) Portimao (Portugal), Pannonia-Ring (Hungary), Kebanyakan (Republik Czech) dan trek seperti Varano (Itali), Ring Knutstorp (Sweden) dan Al├Ęs (Perancis).  Piala Eropah Yamaha R3 bLU cRU berusaha memberi pemngalaman perlumbaan peringkat antarabangsa dengan kos yang mampu milik, dan menumpukan persaingan kepada acara satu hari pada hujung minggu.

Pendaftaran untuk Piala Eropah Yamaha R3 bLU cRU kini dibuka dan permohonan awal telah diterima dari Greece dan Indonesia, malahan terdapat satu permohonan dari sejauh New Zealand. Ini menunjukkan populariti siri ini yang semakin meningkat dan beberapa pelumba mendaftar untuk acara di Portimao, sebagai persediaan untuk perlumbaan mereka dalam siri Dunia SSP 300.

Penajaan antarabangsa juga turut serta, termasuk FIM Europe, Yamaha Motor Europe dan Dunlop serta JVC-Kenwood untuk komunikasi radio dan dash-cam pada setiap Yamaha YZF-R3. Kyocera juga akan menjadi penyedia dokumen rasmi dan pengalaman penginapan Tinazzi akan dinikmati di kawasan perhotelan yang disediakan untuk para tetamu.

Permohonan boleh dibuat sekarang tetapi terhad, melalui www.jircup.com alamat e-mel: info@jircup.com


Bertindak segera.