Givi perkenal 15 produk baharu

GIVI Asia telah melancarkan lebih daripada 15 produk baharu bersempena dengan Ulang Tahun 25nya. Kekal dengan komitmennya dalam meningkatkan kualiti dan keselamatan dalam setiap
keluaran produk terbaru mereka, penelitian secara menyeluruh dalam setiap aspek pembuatan
dijadikan perkara utama bagi mendapatkan produk aksesori motorsikal yang berkualiti tinggi bagi memenuhi permintaan yang tinggi di kalangan penunggang motorsikal di Asia.
Antara Koleksi terbaru GIVI 2019 adalah MONOLOCK B32N-ADVANCE BOLD TOPCASE, MONOLOCK B270N TOPCASE, MONOKEY E23N SIDE CASE dan G12N FIXED SYSTEM CENTER CASE. Rangkaian produk baru ini telah diperbaharui dan diinovasikan dengan teknologi tinggi bagi menjamin mesra pengguna, kebolehpercayaan, dan ketahanan produk ini.

GIVI telah memperkenalkan kotak simpanan terbaru B32N-ADVANCE BOLD yang merupakan adaptasi daripada B32 BOLD. Ia dilengkapi dengan empat komponen tambahan iaitu sepasang pemegang rod “stainless-steel” di atas kotak simpanan, jaringan elastik serbaguna, penyandar belakang dan turut didatangkan dengan
pelapik dalaman.
 B270N MONOLOCK TOPCASE pula merupakan kotak simpanan yang mempunyai ukuran isipadu 27 liter, dengan kemasan logo GIVI berwarna perak. Kotak simpanan B270N ini menggunakan sistem kekunci Monolock terbaharu yang mampu ditutup
tanpa memerlukan kunci. Kemasan karbon fiber di atas kotak simpanan ini menambahkan rupa premium dan sportynya.
Di samping dua kotak simpanan topcase terbaharu ini, Givi Asia juga memperkenalkan kotak simpanan sisi terbaru E23 Monokey Side. Kotak simpanan berkapasiti 23 liter ini mampu memnyimpan beban maksimum sehingga 5kg, dan turut didatangkan bersama lampu isyarat bersepadu tambahan dan jalur reflektif prisma. Ciri keselamatan ini mampu memberi kesan keterlihatan anda di atas jalan raya.
 Selain itu, G12 Fixed Sistem Center Case juga turut diperkenalkan, dimana ianya telah diinovasikan daripada produk G10 Center Case. Berbanding dengan Case Center G10 sebelumnya, G12 ini mempunyai kapasiti beban maksimum 12 liter dan lebih padat.

GIVI Asia juga turut melancarkan rangkaian produk baru dalam 3 segmen lain iaitu:
RIDER TECH RANGE
RBP03 RIDER TECH CAMO Backpack 15 litre
RWB05 RIDER TECH CAMO Waist Bag 3 litre
RSB01 RIDER TECH Saddle Bag 15 litre
HPS NEW GRAPHIC HELMET M30.1 CIELO
Mod Ice White, Mod Black & Slide Titanium



SAFETY AND COMFORT (WATERPROOF GARMENT)
PRS04.AX PRIME Rainsuit
CAM01.AH CAMO Rainsuit
CRT01.AX COMFORT Rain Trousers

Razlan undur diri dari Persatuan Motorsports Malaysia MAM

Dato 'Ahmad Razlan Ahmad Razali telah meletak jawatan dari Persatuan Motorsports Malaysia (MAM) pada 21 Mac, 2019.

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC) itu memutuskan untuk meletakkan jawatannya bagi memberi tumpuan kepada kerja di litar itu dan juga sebagai wakil prinsipal pasukan PETRONAS-YAMAHA-SEPANG MotoGP yang baru ditubuhkan.

Surat peletakan jawatannya telah dikemukakan kepada Presiden MAM, Tan Sri Mokhzani Tun Mahathir yang menggantikan Tan Sri Azman Yahya. Penggantian ini adalah sebahagian daripada penstrukturan semula MAM.

MAM, yang ditubuhkan pada tahun 2009 bagi mengembangkan sukan bermotor (motorsport) di Malaysia, sebagai badan pengiktirafan di samping membantu kelab, penganjur acara, pegawai, pesaing, pengendali komersil dan penaja untuk memastikan pertumbuhan masa depan motorsport dalam pelbagai bidang. Ianya sentiasa menjadi matlamat utama MAM untuk mempromosikan pembangunan motorsports Malaysia di peringkat akar umbi danmemajukan bakat tempatan.

Dalam suratnya, Dato 'Razlan, berkata perletakan jawatan beliau adalah demi kepentingan MAM.
Dato 'Razlan seterusnya mengumumkan bahawa Muizz Azli akan menjadi penggantinya. Muizz telah bertanggungjawab menangani kes-kes undang-undang yang melibatkan acara motorsport. Razlan percaya bahawa Muizz akan mampu membantu penstrukturan semula MAM dan membawanya ke peringkat seterusnya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi setiausaha MAM di alamat e-mel secretary@mam.org.my.

Triumph Motorcycles Malaysia lancarkan lima model 2019




Triumph Motorcycles Malaysia telah melancarkan lima model 2019 yang baharu untuk pasaran Malaysia di acara unik yang menyaksikan ‘unboxing’ di mana kotak yang berisi motosikal dibuka di hadapan wakil media dan tetamu jemputan.

Rangkaian `Klasik Moden’ Triumph 2019 terdiri daripada Street Twin, Street Scrambler, Scrambler XC, Scrambler XE dan Speed Twin yang baharu dengan harga masing-masing yang bermula daripada RM55,900, RM64,900, RM80,900, RM86,900 dan RM73,900.  Semua harga yang disebutkan termasuk 10% cukai jualan dan perkhidmatan.

Triumph Street Twin
Pertama dilancarkan pada 2016, Street Twin merupakan model paling kontemporari dalam rangkaian Triumph Bonneville dan menjadi motosikal klasik moden paling tinggi jualan. Ini berikutan penampilan custom yang menarik, tunggangan yang meyakinkan dan enjin tork tinggi yang berkuasa. Street Twin 2019 yang baharu kini menawarkan lebih kuasa, spesifikasi peralatan yang lebih tinggi, tunggangan yang lebih selesa dan teknologi termaju dalam kelas.
 Enjin tork tinggi Bonneville 900cc yang dinaiktaraf membekalkan kuasa sebanyak 65PS @ 7500rpm. Digabungkan dengan tork puncak sebanyak 80Nm pada pusingan serendah @ 3,800rpm, serta penyegap bunyi berkembar yang melentik ke atas, model baharu menawarkan bunyi British Twin yang unik dan tunggangan Street Twin yang responsif dan meyakinkan.
 Street Twin 2019 yang baharu memiliki pengendalian yang dinamik, keselesaan penunggang dan pembonceng yang hebat, serta tahap spesifikasi yang lebih tinggi untuk memberikan lebih kawalan dan tunggangan yang dipertingkatkan. Angkup brek depan Brembo dengan 4 omboh yang baharu yang menampilkan jenama premium Brembo memberikan kuasa berhenti yang terbaik dengan cengkaman dan kawalan yang lebih meyakinkan untuk penunggang.
 Antara teknologi yang pertama dalam kelas yang terdapat pada Street Twin 2019 termasuklah:
1.    Mod tunggangan Road dan Rain yang baharu -- melaraskan tetapan kawalan map pendikit dan kawalan tarikan untuk pengalaman menunggang yang optimum dalam semua keadaan;
2.    Keupayaan memilih aksesori TPMS (Tyre Pressure Monitoring System) -- Untuk
tunggangan yang lebih praktikal dan keyakinan penunggang; dan
3.    Kawalan cengkaman boleh tukar -- Keupayaan menukar melalui menu peralatan untuk mengoptimumkan penghantaran tork Street Twin yang berkuasa apabila kehilangan cengkaman.
 Street Twin 2019 yang baharu terdapat dalam tiga pilihan warna yang menarik -- Matt Ironstone, Korosi Red dan Jet Black.

Triumph Street Scrambler
Mula dilancarkan pada tahun 2017, Street Scrambler yang lasak dan versatil merupakan antara moden klasik tulen Triumph yang paling digemari.

Street Scrambler 2019 yang baharu membawakan dimensi baharu dalam prestasi menerusi peningkatan kuasa dan spesifikasi yang ketara, teknologi termaju dalam kelas dan tahap kemasan yang lebih tinggi serta butiran perincian yang cantik.
 Enjin tork tiggi Bonneville 900cc telah dinaiktaraf untuk memberikan kuasa puncak sebanyak 65PS @ 7,500 rpm, untuk kelebihan sebanyak 18% berbanding enjin sebelum ini.

Digabungkan dengan penghantaran tork tinggi yang unik dengan kemuncak sebanyak 80Nm pada putaran rendah @ 3,200rpm, dan sistem ekzos tahap tinggi, ia menawarkan bunyi motosikal lasak yang luar biasa dan tunggangan yang lincah, responsif dan mengujakan.
 Angkup brek depan Brembo dengan 4 omboh baharu yang menampilkan jenama premium Brembo memberikan kuasa berhenti yang terbaik dengan cengkaman dan kawalan yang lebih meyakinkan untuk penunggang. Sepit udang hadapan katrij berspesifikasi lebih tinggi dengan gaiter getah ala motosikal lasak dan pergerakan penuh 120mm memberikan keupayaan dan keselesaan jalan raya dan laluan sedikit lasak yang hebat.
 Street Scrambler 2019 menetapkan tanda aras baharu untuk teknologi yang pertama dalam kelas menerusi antara lainnya:
1.    Mod tunggangan Road, Rain dan Off-Road yang baharu -- Mod Road dan Rain melaraskan tetapan kawalan map pendikit dan kawalan cengkaman. Mod Off-Road yang baharu mematikan terus ABS dan Kawalan Cengkaman, dan kedua-duanya boleh dihidupkan semula sambil bergerak dengan menekan Butang mod selama 1 saat;
2.    Kawalan cengkaman boleh tukar -- Mengoptimumkan penghantaran tork Street Scrambler yang berkuasa apabila kehilangan cengkaman.  Kawalan ini boleh dimatikan secara berasingan menggunakan menu peralatan atau, digabungkan dengan mematikan ABS, dengan memilih mod ‘Off-Road’; dan
3.    ABS boleh tukar untuk keyakinan, keselamatan dan kawalan penunggang yang dipertingkatkan – Ciri unik yang mencerminkan keupayaan dwi-keupayaan Street Scrambler yang sebenar. ABS dimatikan dengan memilih mod tunggangan ‘Off-Road’.

 Street Scrambler 2019 mempunyai pilihan warna Fusion White, Cranberry Red dan Khaki Green dengan Matt Aluminium.

Triumph Scrambler 1200 XC dan XE
Scrambler 1200 XC dibina untuk keseronokan menunggang di jalan raya dan laluan lasak sebenar manakala Scrambler 1200 XE dilengkapi dengan keupayaan laluan lasak yang lebih tinggi.

Menerusi kerjasama yang unik dengan Öhlins, serta casis Scrambler baharu yang disesuaikan secara khusus untuk keupayaan laluan lasak dan keselesaan ergonomik penunggang,  Scrambler 1200 dibangunkan untuk keupayaan berkembar ‘klasik dan penerokaan’ yang pertama dalam kelasnya.
 
 Kedua-dua model menampilkan unit suspensi belakang Öhlins spring berkembar boleh laras sepenuhnya yang memberikan keupayaan pergerakan dan suspensi roda pendahulu kategori untuk kelebihan laluan lasak dan kelegaan tanah yang hebat.
Triumph Scrambler 1200 XE
XC memberikan pergerakan roda hadapan sebanyak 200 mm, manakala XE memberikan pergerakan 250 mm dan kedua-duanya dilengkapi dengan takungan gendong bagi penyerap-kejutan belakang. 
Triumph Scrambler 1200 XC

Kedua-dua Scrambler memiliki lengan ayun aluminium pergerakan panjang yang baru direka. Lengan ayun ini lebih panjang pada versi XE, menjadikan XC dan XE baharu benar-benar berupaya menempuh semua keadaan tunggangan.

Kedua-dua model 1200 XC dan XE menyediakan tork peneraju kategori dan ‘penalaan scrambler’ yang khusus sumbangan enjin Bonneville High Power 1200cc generasi terkini. Selang pembakaran 270° yang menarik memastikan penghantaran kuasa yang lancar dan sekata daripada kotak gear enam kelajuan yang mantap.

Enjin memberikan kuasa puncak 90 PS @ 7,400 rpm, 38% melebihi Street Scrambler 2019.
Enjin turut ditala untuk memberikan ‘tork tinggi’ di jalan raya dan di laluan lasak, pada putaran rendah dan sederhana dengan tork kemuncak 110Nm pada putaran rendah 3,950 rpm, 37.5% lebih tinggi berbanding Street Scrambler. 
 Model Scrambler 1200 memiliki teknologi mengutamakan penunggang dengan standard yang mendahului kelas, termasuklah:
1.    Peralatan TFT generasi kedua -- Kedua-dua model ini mempunyai instrumen TFT berwarna sepenuhnya generasi terbaru Triumph, dengan reka bentuk bergaya dan dua tema reka bentuk paparan maklumat yang boleh diperibadikan. Ini termasuk ciri serba baharu yang membolehkan penunggang mengemaskini mesej skrin permulaan dengan nama mereka.
2.    Sehingga 6 mod penunggang -- Kedua-dua model menampilkan mod menunggang Road, Rain, Off-Road, Sport dan yang boleh dikonfigurasikan oleh penunggang yang menyesuaikan tindak balas pendikit, tetapan ABS dan tetapan kawalan daya tarikan untuk memenuhi pilihan penunggang dan keadaan menunggang. Selain itu, Scrambler 1200 XE juga mempunyai mod ‘Off-Road Pro’, yang memberikan tumpuan kami yang jitu untuk penyediaan tunggangan penerokaan dan laluan lasak. Mod 'Off-Road Pro' mematikan kawalan ABS dan cengkaman dan menggunakan map pendikit ‘Off-Road’.
3.    Optimised Cornering ABS (XE sahaja) -- Ciri Optimised Cornering ABS yang dipasang sebagai standard dan eksklusif untuk Scrambler 1200 XE. Ini mengekalkan prestasi brek yang optimum, tidak kira sudut menyondong. Scrambler 1200 XC menampilkan ciri ABS boleh ditukar dan tiga mod ABS dipilih secara manual melalui mod menunggang yang boleh dikonfigurasikan oleh penunggang.
4.    Optimised Cornering Traction Control (XE sahaja) -- Scrambler 1200 XE juga mempunyai ciri Optimised Cornering Traction Control sebagai standard, yang secara automatik menyesuaikan tahap kawalan cengkaman bergantung kepada keadaan menunggang. Ini mengekalkan tahap optimum kawalan cengkaman bagi sudut condong motosikal. Scrambler XC sebaliknya menampilkan kawalan cengkaman boleh ditukar dengan lima mod menunggang, yang dipilih secara manual melalui mod menunggang yang boleh dikonfigurasikan oleh penunggang.




5.    Inertial Measurement Unit (IMU) (XE sahaja) -- Inertial Measurement Unit (IMU) yang termaju, dibangunkan dengan kerjasama Continental, menyokong fungsi optimum Optimised Cornering ABS dan Traction Control bagi Scrambler 1200 XE. Unit ini mengambil ukuran olengan, kecerunan, rewang, sudut condong dan kadar percepatan secara berterusan, bertindak balas dengan ciri keselamatan aktif yang sesuai.
6.    Sistem kawalan GoPro bersepadu yang pertama di dunia -- Yang pertama di sunia untuk motosikal – Triumph memperkenalkan sistem kawalan GoPro bersepadu yang memudahkan operasi kamera GoPro menerusi aksesori modul sambungan Bluetooth. Sambungan dan kawalan dipaparkan pada peralatan TFT bagi membolehkan operasi video dan foto secara intuitif menggunakan alat suis.
7.    Sistem navigasi secara berpusingan -- Satu lagi ciri pertama Triumph dengan pengenalan sistem navigasi secara perpusingan yang dikuasai oleh Google – perkongsian dengan pembuat motosikal yang pertama bagi mereka. Sistem navigasi dikendalikan menerusi aksesori modul sambungan Bluetooth. Selepas penunggang memilih laluan pada aplikasi Triumph dan memulakan perjalanan, peralatan mempamerkan simbol membelok pada skrin menggunakan ikon grafik mudah. Sistem ini memberikan navigasi, perancang laluan, destinasi akhir dan tempat menarik seperti hotel, stesen petrol dan restoran kepada penunggang.

Kedua-dua Scrambler 1200 diberi pilihan skim dua warna premium:
·         Scrambler 1200 XC -- Jet Black dan Matt Black, Khaki Green dan Brooklands Green
·         Scrambler 1200 XE -- Fusion White dan Brooklands Green, Cobalt Blue dan Jet Black.

Triumph Speed Twin
Speed Twin 2019 yang baharu memperkenalkan semula nama legenda Triumph dan menetapkan tanda aras kategori yang baharu bagaimana sebuah custom roadster patut ditunggang dan dirasai dengan prestasi pengendalian yang mendahului kelas dan mengujakan.

Dengan casis dan pemasangan suspensi baharu yang lebih ringan, Speed Twin memberikan ergonomik roadster yang selesa. Apabila digabungkan dengan sepit udang hadapan katrij berspesifikasi lebih tinggi dan unit suspensi belakang berkembang dengan spring pra-muatan boleh laras memberikan tunggangan yang tiada bandingan. 
 Angkup paksi berkembar Brembo dengan 4 omboh berspesifikasi tinggi di bahagian depan dengan cakera berkembar dan angkup terapung dengan 2 omboh dan cakera tinggal di belakang memberikan kuasa berhenti yang mantap serta menyokong ciri motosikal roadster moden.
 Speed Twin memiliki enjin Bonneville berkembar selari 1200cc High Power 8-injap, dikemaskinikan secara khusus dengan talaan `Thruxton’ untuk menghasilkan kuasa puncak 97PS @ 6,750rpm dan tork puncak 112 Nm @ 4,950rpm, masing-masing 49% dan 40% lebih tinggi berbanding model 2018.

Speed Twin baharu menampilkan teknologi mengutamakan penunggang untuk memberikan kawalan dan keselamatan kepada penunggang selain meningkatkan keyakinan – diintegrasikan secara jitu untuk mengekalkan gaya dan ciri Bonneville yang ikonik.
 Ini termasuklah tiga pilihan mod tunggangan -- Sport, Road dan Rain -- setiap satu dengan tetapan map pendikit dan kawalan cengkaman untuk kuasa dan keselamatan yang dipertingkatkan bagi penunggang, dan dalam mod ‘Sport’, tindak balas pendikit yang lebih pantas; kawalan cengkaman boleh tukar untuk kawalan penunggang yang lebih baik dan tunggangan menerusi wayar untuk respons pendikit yang dipertingkatkan.



Speed Twin baharu mempunyai tiga pilihan warna -- Silver Ice dan Storm Grey; Korosi Red dan Storm Grey; dan Jet Black.

Untuk maklumat lanjut tentang model baharu Triumph di pasaran Malaysia, sila layari www.triumphmotorcycles.my

Yamaha R25 baharu kini RM19,998.00

Hong Leong Yamaha Motor mengumumkan penawaran pengganti model untuk jentera sports 250 cc popular mereka iaitu YZF-R25. Jentera 2 silinder DOHC tersebut kini dilengkapi dengan ciri dan peralatan baru untuk meningkatkan kualiti dan prestasinya.
Fork/topang depan terbalik untuk keseimbangan, pengendalian dan prestasi tangkas.
Penghadang angin baharu yang direka untuk aerodinamik cemerlang dengan pengambilan udara berpusat seperti jentera M1.
Reka bentuk tangki bahan api baru dan kedudukan hendal yang diubah untuk mengimbangkan karakter tunggangan jalanan dan kebolehgunaan di litar. Lanpu utamanya kini dari jenis LED untuk sorotan cahaya yang lebih terang dan baik.
Ia dilengkapi dengan dua warna menarik, Biru dan Merah,dan akan berada di pengedar Yamaha berhampiran anda bermula dari minggu ketiga Mac dan seterusnya.Yamaha Disc Lock akan diberikan dengan setiap pembelian YZF-R25 baru. Harga jualan yang disyorkan ialah RM19,998.00, tidak termasuk insurans, cukai jalan dan yuran pendaftaran.