Honda Super Cub C125 ditawar pada RM13,999

^0 tahun dahulu, Super Cub C100 diperkenalkan pada tahun 1958 buat pertama kalinya dan model ini telah memberi keseronokan dan memainkan peranan penting dalam kehidupan orang ramai sepanjang era tersebut. Ia terus menjadi motosikal paling popular sepanjang masa dengan angka jualan mencecah 100 juta unit di seluruh dunia.

Setelah sekian lama, Boon Siew Honda kini memperkenalkan versi baharu Super Cub, iaitu Super Cub C125 ke pasaran tempatan.
Seiring dengan namanya, motosikal ini kini hadir dengan penyejuk udara bersesaran 125cc dan enjin SOHC empat lejang dengan sistem suntikan bahan api yang mampu menjana kuasa 6.79 kW pada 7,500rpm bersama tork maksimum 9.98Nm pada 5,000rpm.

 Di sebalik gayaan aslinya, Super Cub C125 dilengkapi ciri keselamatan moden yang merangkumi lampu LED dan Sistem Kunci Pintar Honda. Model ini juga menawarkan tangki minyak berkapasiti 3.7 liter di bawah tempat duduknya yang boleh dibuka secara elektronik.

Super Cub C125 hadir dalam tiga pilihan warna iaitu biru mutiara (Pearl Niltava Blue), merah mutiara (Pearl Nebula Red) dan hitam (Pearl Shinning Black). Ia boleh didapati di semua pengedar sah Honda bermula Januari 2019.

Super Cub C125 ditawarkan pada harga RM 13,999.00 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan yuran pendaftaran. Maklumat lanjut boleh didapati dari laman web www.boonsiewhonda.com.my atau hubungi talian Tol Percuma Boon Siew Honda: 1800-88-3993 (Isnin hingga Jumaat, 9am Ð 5pm, kecuali cuti umum).




No comments: