BMW perkenal Program Waranti baharu

BMW Motorrad Malaysia telah memperkenalkan dua program baharu iaitu Program Waranti bertempoh 3 tahun serta Program Bantuan Tepi Jalan yang juga bertempoh 3 tahun yang menetapkan tanda aras baharu bagi pemilikan motosikal premium di dalam negara.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia Harald Hoelzl,  berkata, “Pengalaman pemilikan yang bebas daripada sebarang kekhuatiran merupakan kunci kepada ekspresi premium bagi kenderaan yang ditawarkan oleh BMW Group. Ia juga merupakan cara kami membezakan entiti kami dengan yang lain di dalam industri ini untuk ‘Make Life A Ride’ bagi pemilik kenderaan BMW.”
Program Waranti 3 Tahun BMW Motorrad yang baharu ini didukung oleh BMW Group AG dan ia meliputi pembaikan serta penggantian komponen secara percuma bagi sebarang isu yang melibatkan kecelaan pengeluaran atau bahan, dengan perbatuan (mileage) tanpa had.

Program Bantuan Tepi Jalan pula memastikan pelanggan diuruskan oleh pasukan yang terdiri daripada individu-individu yang pakar pada bila-bila masa, iaitu 24 jam sehari dan 365 hari setahun bagi perkhidmatan profesional dan bantuan pakar untuk tujuan kecemasan seperti perkhidmatan menunda jika berlakunya kerosakan.

Program-program baharu tersebut boleh dimohon bagi kesemua motosikal BMW yang berdaftar dari 1 Januari 2019 dan pada tarikh yang selanjutnya dengan pengecualian diberikan kepada BMW HP4 RACE.

BMW Motorrad Malaysia juga telah mengemas kini harga bagi kesemua model kenderaannya. Berikut ialah senarai harga terkini bagi model BMW Motorrad:

No comments: