Kenyataan rasmi Cub Prix berhubung insiden Hafiz Azman


Seluruh keluarga Malaysia Cub Prix amat sedih dengan kehilangan  Mohd Hafiz Nor Azman, seorang anak muda berbakat yang meninggal dunia berikutan kejadian ketika Pusingan 10 pada 16 Disember 2018.

Semua butiran, bahan dan laporan yang perlu berkaitan dengan insiden itu telah dikemukakan kepada badan pengiktirafan sukan bermotor Malaysia iaitu AAM  dan pasukan polis setempat.

Safe Aim Mutual Sdn Bhd, sebagai penganjur Kejohanan Malaysian Cub Prix bersama-sama dengan Kelab Sukan Bermotor Pulau Pinang sebagai pengelola kejohanan ini, menerima
keinginan AAM untuk menyiasat dan menganalisis kejadian ini setelah semua laporan selesai dibuat. Kedua-dua pihak juga akan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam perkara ini.

Kejuaraan Cub Prix Malaysia ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada kesemua mereka yang telah menawarkan masa dan bantuan mereka berhubung kejadian tersebut.