Boon Siew Honda lancar tiga model baharu

Boon Siew Honda telah menggegarkan pasaran motosikal tempatan dengan pelancaran rasmi PCX Hybrid, Forza dan Fireblade CBR1000RR baharu di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS 2018).

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda Encik Keiichi Yasuda berkata, "Honda menyertai KLIMS 2018 di bawah tema "Frontier of Innovation", yang mengambil inspirasi daripada Power of Dreams Honda untuk mengubah definisi mobiliti untuk manafaat kehidupan rakyat. Dengan 'Semangat Mencabar', kami ingin memperluaskan keseronokan mobiliti sambil terus berkembang dengan visi masa depan dan menetapkan arah bagaimana kami dapat melangkah ke masa depan."
PCX Hybrid
Model pertama yang menerajui pelancaran hari ini adalah hibrid roda dua yang  dinanti iaitu PCX Hybrid. Model Premium Transmisi Automatik (AT) ini direka untuk menyampaikan kegembiraan mobiliti dengan pakej komprehensifnya yang terdiri daripada teknologi yang dipertingkatkan, keselesaan menunggang dan penampilan mewah.

Ia dilengkapi dengan sistem hibrid proprietari Honda, dan dikuasakan oleh enjin petrol satu silinder 4-lejang sejukan cecair dengan motor elektrik sokongan yang digerakkan oleh bateri lithium-ion output tinggi. Sistem bantuan motor ini membolehkan enjin untuk menyedari tindak balas pendikit dan memberikan pecutan yang lebih baik apabila kenderaan bermula atau memecut pantas. Enjin 150ccnya memberikan kuasa maksimum dan tork 10.8kW pada 8,500rpm dan 13.6Nm pada 6.500rpm, manakala motor elektrik menyampaikan kuasa maksimum 1.4 kW pada 3,000 rpm dan tork maksimum 4.3Nm pada 3,000rpm.

Terdapat 3 mod yang ditawarkan dalam premium AT Model ini mengikut keutamaan dan syarat perjalanan mereka:
1. Mod pemanduan (D) yang menyediakan perjalanan yang selesa dan ekonomi bahan api yang lebih baik.
2. Mod Sports (S) untuk penunggang yang mencari tunggangan sporty.
3. Idling OFF mode yang membantu penunggang mengaktifkan fungsi Sistem Stop Idling (ISS) tetapi mengekalkan prestasi kuasa yang sama seperti dalam mod D.

Sebagai model mesra alam, PCX Hybrid disatukan dengan Enhanced Smart Power (eSP) yang mengoptimumkan kecekapan bahan api sambil menawarkan prestasi tinggi. Ia juga direka bentuk dengan pelbagai teknologi seperti ISS, Sistem Brek Gabungan (CBS) dan Sistem Kunci Pintar SMART Honda. Di samping itu, model AT mewah ini dilengkapi dengan ciri-ciri praktikal lain seperti sistem lampu LED keseluruhan, meter panel digital penuh, soket DC di dalam kotak konsol untuk pengecasan peranti, ruang yang besar di bawah tempat duduk dan tangki bahan api terbesar di kelasnya dengan kapasiti 8 liter.

PCX Hybrid yang elegan dan menakjubkan ini didatangkan dalam warna Pearl Dark Night eksklusif.

PCX Hybrid:
Pilihan warna: Pearl Dark Night Blue
RM 13,499.00


Forza
Forza memperluaskan model vutomatik AT Honda dan memberikan lebih banyak pilihan kepada penunggang Malaysia yang mencari model AT dengan penampilan bergaya. Reka bentuk yang ringan, padat dan sporty Forza ini disifatkan sebagai rakan karib kembara di jalan raya dengan prestasi yang hebat dalam setiap aspek.

Penampilan modennya dilengkapkan lagi dengan penggunaan enjin empat lejang OHC suntikkan bahanapi bersesaran 279cc yang menawarkan output kuasa maksimum pada 18.5kW pada 7000rpm dengan tork maksimum 27.2Nm pada 5,750rpm. Forza yang seberat 184kg ini direka bentuk secara radikal untuk meningkatkan pecutan dan kelajuan tinggi melalui penggunaan hantaran V-Matic yang cekap menghantar output enjin ke roda belakang. Prestasinya yang mantap dipadankan dengan kecekapan penggunaan bahanapi sebaik 31km/liter (mod WMTC) pada tangki penuh 11.5 liter.
Tapak roda berjarak 1510 mm dengan geometri stereng yang tajam untuk memberikan kepantasan mudah dan ketangkasan peringkat tinggi kepada penunggang. Ini adalah model Honda AT yang pertama yang dilengkapi dengan Kawalan Selektif Honda (HSTC), selain teknologi dan ciri-ciri khas seperti Anti-Lock Braking System (ABS), Sistem Kunci Utama SMART Honda, sistem lampu LED sepenuhnya, dan ruang bawah tempat duduk yang boleh menyimpan dua topi keledar penuh, soket pengecasan 12V, serta penghadang angin elektrik yang boleh laras.
Honda Forza
Pilihan warna: putih Pearl Horizon White
perak Sword Silver Metallic
hitam Asteroid Black Metallic
RM 30,999.00


CBR1000RR Fireblade
Dalam segmen superbike, Fireblade 2019 membuat penampilan bagi menyediakan pilihan motosikal baharu Honda di Malaysia. CBR1000RR Fireblade Baru yang lebih ringan dan berkuasa kini ditetapkan untuk merangsang pasaran motosikal berkuasa tinggi dengan teknologi dan ciri-cirinya yang luar biasa.

Fireblade CBR1000RR Baharu telah diilhamkan oleh konsep "Next Stage Total Control" dengan mengekalkan prinsip utama iaitu kelebihan nisbah kuasa ke berat. Honda telah melihat setiap sudut pada badan dan kerangka model ini dan ianya direka bentuk semula agar menjadi superbike yang lebih aerodinamik. Seberat 196kg, Fireblade CBR1000RR baharu memberikan kawalan penuh kepada penunggang superbike ini untuk menikmati prestasi stabil dan pantas.

Jantung jentera hebat ini merupakan enjin DOHC 4-lejang injap 998cc sejukan cecair yang menghamburkan kuasa maksimum sebanyak 141kW pada 13,000rpm dan 114Nm pada tork 11,000rpm. Fireblade CBR1000RR baharu inidilengkapi dengan teknologi canggih Honda seperti HSTC, Breed Engine Select (SEB), ABS, Quickshifter pilihan dengan Downshift Assist, Power Selector, suspensi Showa bolehlaras sepenuhnya dan Honda Electronic Damper Steering (HESD) untuk menyediakan perjalanan yang luar biasa dan pengendalian tangkas kepada penunggang.

Fireblade CBR1000RR Baru juga digabungkan dengan Riding Mode Select System (RMSS) mesra pengguna yang menawarkan 3 mod dengan kombinasi yang berbeza dari HSTC, kuasa enjin dan tahap brek jentera;  "Mod 1" untuk trek, "Mod 2" untuk jalan berliku dan "Mod 3" untuk jalan biasa. Model menarik ini juga dilengkapi dengan dua mod USER pilihan pengguna untuk sentuhan keutamaan peribadi, di mana semua parameter boleh digabungkan dan dilaraskan dengan bebas oleh pengguna. Penukaran mod adalah semudah menekan butang Mod dengan ibu jari mereka pada RMSS dan menolak suis ke atas atau ke bawah untuk dua mod USER di pemegng hendal sebelah kiri.

CBR1000R boleh didapati dalam warna merah Grand Prix Red dan hitam Matt Ballistic Black Metallic pada harga RM 91,999.00.

Boon Siew Honda telah memperkenalkan 12 model baharu hingga kini dalam tahun ini, yang secara kolektif telah meningkatkan kedudukan syarikat dalam pasaran motosikal Malaysia. Boon Siew Honda komited untuk memastikan produk dan perkhidmatan mereka melebihi jangkaan pelanggan dan mewujudkan nilai-nilai baru dan mengekalkan keseronkan pemilikan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.boonsiewhonda.com.my atau hubungi nombor Bebas Tol Boon Siew Honda di 1800-88-3993 (Isnin hingga Jumaat, 9 pagi - 5 petang, kecuali hari cuti umum).

Korea kini sebahagian kalendar ARRC 2019

Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) dijangka akan lebih meriah dan sengit dengan pengenalan kelas ASB1000cc dan juga pertambahan kepada tujuh pusingan perlumbaan untuk musim 2019.

Kejuaraan ARRC bakal melibatkan empat kelas perlumbaan iaitu ASB1000 (Asia Superbike), SuperSports 600cc, Asia Production 250cc dan Underbone 150cc dan turut mengekalkan format dua perlumbaan akhir yang digunakan sejak tahun 2000.

Saingan musim 2019 akan membuka tirai dengan sesi ujian pra-musim di Litar Antarabangsa Sepang pada 5 dan 6 Mei 2019.

 
Pengumuman kalendar musim 2019 oleh FIM Asia bersama Kejuaraan Motosikal Asia adalah seperti berikut:

KALENDAR KEJUARAAN MOTOSIKAL ASIA FIM 2019
Pusingan
Litar
Negara
Tarikh
Ujian pra-musim
Litar Antarabangsa Sepang
MALAYSIA
Mac 5 – 6, 2019
Pusingan 1
Litar Antarabangsa Sepang
MALAYSIA
Mac 8 – 10, 2019
Pusingan 2
The Bend Motorsport Park
AUSTRALIA
April 25 – 28, 2019
Pusingan 3
Litar Antarabangsa Chang
THAILAND
Mei 31 – June 2, 2019
Pusingan 4
Litar Suzuka
JAPAN
Jun 28 – 30, 2019
Pusingan 5
Litar Antarabangsa Korea
SOUTH KOEA
Ogos 9 – 11, 2019
Pusingan 6
Litar Antarabangsa Sepang
MALAYSIA
September 19 – 22, 2019
Pusingan 7
Litar Antarabangsa Chang
THAILAND
November 29 – Disember 1, 2019