Yamaha YZF R15 tepati DNA siri R

Akhirnya model motosikal Yamaha yang dinanti nanti telah tiba. Yamaha YZF R15 yang dinaik taraf telah diperkenalkan kepada umum di Karnival Gen Blu Yamaha, yang diadakan di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang semalam.

YZF R15 yang dinaik taraf ini iaitu Versi 3 atau V3 memaparkan pakej dinamik baru yang akan mengujakan penunggangnya, bagi menyampaikan pengalaman menunggang yang tiada tandingan dalam kelasnya.  Versi sebelum ini tidak ditawarkan di Malaysia.
Ciri ciri YZF R15
• Penggayaan aerodinamik
• Enjin berteknologi penuh kuasa
• Topang depan terbalik (USD) dengan ketegaran berkuatan tinggi
• Casis Deltabox dikemas kini
• Lengan ayun aluminium untuk pengendalian lebih baik dan stabil
• Enjin 155 cc 4-injap sejukan cecair
• Peningkatan kecekapan bahan api dengan Sistem Pengaktifan Injap Berubah (VVA)
• Gear 6-kelajuan
• Gaya estetik "mata terbeliak" di hadapan
• Kokpit berinspirasi Yamaha YZF-R1 dan YZF-R6
•  Cakera cakera depan 228 mm
•  Lampu pengalihan gear, lampu amaran & lampu ekor LED
• Tayar super lebar
• Geometri stereng baru
• Klac berbantu dan gelincir

Mungkin ada yang membandingkannya dengan model FZ 150i di Malaysia. Namun model baharu ini adalah jentera sports bersesaran 155 cc berbanding FZ sebanyak 149 cc, dan ianya menghasilkan 19.04 hp (14.2 kW) pada 10,000 rpm berbanding 16.4 hp (12.2 kW) pada 8,000 rpm bagi FZ. Ini merupakan perbezaan kuasa sebanyak 18.3 % bagi motosikal dengan topang atau fork terbalik USD ini yang turut dibekalkan cekam atau klac berbantu dan juga gelincir ini.



Pengarah Urusan HLYM Dato' Jim Khor ketika mengulas mengenai motosikar terbaru mereka tersebut menjelaskan bahawa, "YZF R15 tidak memerlukan pengenalan kepada para penunggang dan peminat motosikal tegar. Pembaharuan dinamik dalam reka bentuk dan prestasimodel generasi baru ini, meyakinkan kami bahawa siri ini akan terus meningkatkan tanda aras motosikal jalanan di dalam segmen enjin 200cc".
Dato' Jim Khor, Pengarah Urusan HLYM
Sejak tahun 2017, industri motosikal telah menyaksikan peningkatan kecenderungan dalam pembelian motosikal, dengan angka jualan jumlah keseluruhan industri meningkat kepada 500,000 unit. Ia juga merupakan bukti bahawa motosikal akan terus menjadi mod pengangkutan yang penting dalam Malaysia.

"Pertumbuhan yang ketara ini juga signifikan kerana ia turut juga meningkatkan permintaan terhadap motosikal Yamaha, iaitu jenama yang menyediakan pengalaman menunggang terhebat untuk rakyat Malaysia."
Bersempena dengan pelancaran ini, HLYM turut menawarkan barangan berjenama Yamaha percuma iaitu kunci cakera brek Yamaha Disc Lock.
Hadiah unik ini:
• Diperbuat daripada keluli tahan karat
• Datang dengan kabel peringatan
• Paparan amaran keselamatan
• Kad kunci keselamatan tahap 3
• Pin pengunci 6mm kalis, kalis gerudi dan tahan!

Tertakluk kepada kelulusan, HLYM mensasarkan untuk menawarkan Yamaha YZF R15 dipertingkatkan ini pada harga RM11,988 bagi rakyat Malaysia yang ingin mengalami penunggangan yang menarik dan ikonik. Jangan ketinggalan untuk merasai keseronokan ini yang akan ditawarkan dalam tiga warna iaitu biru, hitam dan juga kuning!