Peugeot Citystar kan keluar superscoot

Skuter Peugeot Citystar telah dikesan menjalani ujian di litar peribadi.

Sukar untuk mengetahui dengan tepat, tetapi yang jelas sekali ialah skuter baharu adalah jauh lebih besar daripada mana-mana model semasa.

Citystar kelihatan lebih ke arah superscoot daripada skuter komuter lama biasa.
Ia dijangka lebih ringan, lebih menyeronokkan, pelbagai ruang simpanan barangan, belakang badan motosikal telah direka semula sepenuhnya dengan lampu baru dan motosikal yang dirakam ini menggunakan dua skrin yang berbeza, satu hitam dan agak kecil manakala yang satu lagi adalah besar dengan lekok di bahagian atas untuk memesongkan lebih banyak angin daripada penunggang ketika laju. Ia sukar untuk dilihat dalam imej ini tetapi skrin mungkin boleh dilaraskan untuk ketinggian yang berbeza juga.

Motosikal ini dijangka akan ditunjukkan untuk kali pertama di pameran Paris pada tahun ini.
Peugeot Malaysia tak berminat nak bawa masuk ke?
Sumber: morebikes uk