Pengguna Tuneboss menang Yamaha Y15ZR

Mohd Fairus Bin Abd Rahman, 36 tahun telah memenangi sebuah motosikal Yamaha Y15ZR dalam Pertandingan Cabutan Bertuah TuneBoss 2018.
Berasal dari Ipoh, Fairus merupakan salah seorang dari ratusan peserta yang mencuba nasib dalam pertandingan tahunan oleh pengilang ECU motosikal TuneBoss yang boleh diprogramkan, iaitu FSR Technology.
Fairus sebenarnya dimasukkan ke hospital pada hari cabutan bertuah tersebut, dan hanya menghidupkan telefon bimbitnya lima hari kemudian. Dia kemudiannya menerima panggilan yang  mengesahkan kemenangannya.

"Saya membeli ECU TuneBoss dari peniaga TuneBoss pada Mac tahun ini untuk dipasang pada Yamaha FZ-150i 2014 untuk menghasilkan lebih kuasa dan saya gembira dengan hasilnya," kata Fairus.
Dia menjelaskan lebih lanjut bahawa dia sedang mempertimbangkan untuk membeli Y15ZR, untuk digunakan di samping FZ-150i yang telah memberikan kepadanya kenangan indah.

"Saya menunggang FZ-150i sepanjang perjalanan ke Krabi dan Bangkok dan ia menyimpan banyak nilai nostalgia, jadi saya tidak akan menjual motosikal itu, tetapi Y15ZR ini akan menjadi kegunaan untuk perjalanan harian saya mulai sekarang."

Y15ZR Fairus akan dipasang dan ditala dengan ECU prestasi tinggi TuneBoss.Pertandingan Cabutan Bertuah TuneBoss 2018 dianjurkan khusus untuk pemilik ECU TuneBoss sahaja dan tidak terbuka kepada orang ramai seperti tahun sebelum ini, yang dimenangi oleh Muhammad Zulhanif Hamidon yang membawa pulang Honda RS150R dilengkapi TuneBoss.
FSR Technology merancang pemberian hadiah hujung tahun 2018 dengan hadiah yang lebih menarik, jadi nantikannya!
Untuk maklumat lanjut, sila layari tuneboss.co atau hubungi + 603-78315041 atau hantarkan pesanan peribadi ke halaman Facebook TuneBoss. https://www.facebook.com/TuneBoss.Malaysia/

Siapa favorit di Cub Prix Jasin?

Persaingan sengit diantara Afif (50) Kasma (27) dan Akid (13)
Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha CKJ Racing, Ahmad Afif Amran muncul juara pusingan kedua di MAEPS, Selangor melalui pertarungan sengit bersama Mohd Akid Aziz manakala juara bertahan, Kasma Daniel Kasmayuddin menduduki tempat ketiga seterlah menang perlumbaan pusingan pertama di Tangkak, Johor.

Walaupun diletakkan antara pelumba pilihan, pendahulu CP150, Afif mengakui persaingan kelas CP150 kini semakin terbuka dan tiada pelumba favorit yang boleh dinamakan untuk memenangi perlumbaan pada pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Jasin, Melaka yang akan berlangsung mulai hari ini.
Kemenangan di MAEPS telah membantu Afif untuk naik ke kedudukan pertama keseluruhan dengan 45 mata namun diekori rapat oleh Kasma dengan 41 mata.

“Saya gembira kerana dapat memenangi perlumbaan lepas. Ia satu kemenangan yang sangat sukar. Pada masa sama, jika dilihat secara keseluruhan, persaingan tahun ini dijangkakan akan lebih sengit,” jelas Afif.

“Jika tahun lepas perhatian banyak tertumpu kepada Kasma, namun tahun ini sukar untuk membuat jangkaan. Rakan sepasukannya Akid juga perlu diberi perhatian walaupun tahun pertama dalam kelas ini. Begitu juga dengan pelumba-pelumba lain.


“Malah pelumba yang menggunakan jentera Honda juga sudah mula menunjukkan peningkatan ketara dan mempamerkan keupayaan sebenar mereka. Jadi tidak mustahil kita akan dapat melihat pemenang-pemenang yang berbeza dalam setiap pusingan,” jelas naib juara keseluruhan CP150 musim 2017 itu.

Tambahnya, “Dengan persaingan sengit seperti ini, ia memaksa kami sepasukan untuk terus bekerja keras. Saya gembira kerana rakan sepasukan, Hafiz Nor Azman dan Aiman Tahiruddin juga sama-sama berada di kelompok hadapan dan ia baik untuk kami sepasukan. Mudah-mudahan sesiapa sahaja diantara kami bertiga dapat menaiki podium pada minggu ini.”