Penanda jalan plastik mampu selamat nyawa penunggang

Pakar keselamatan kenderaan Eropah DEKRA sedang menguji penanda jalan plastik baharu di Jerman yang mampu meminimumkan risiko kecederaan bagi penunggang motosikal dalam kemalangan. Sebilangan besar penanda jalan kini dibuat dari keluli dan boleh jadi berbahaya bagi penunggang motosikal. Dan itulah sebabnya DEKRA sedang menguji pelbagai penyelesaian plastik.

Untuk menunjukkan perbezaannya - DEKRA telah mengeluarkan video ini, yang menunjukkan perbezaan yang luar biasa antara keluli dan plastik sekiranya berlaku kemalangan.

Seperti yang anda lihat, ujian kecelakaan yang dilakukan oleh DEKRA pada penanda-penanda jalan plastik baharu menghasilkan beberapa keputusan yang mengagumkan. Kesan penunggang motosikal terhadap tiang keluli kemungkinan besar akan membawa akibat yang membawa maut, tetapi perlanggaran dengan tiang plastik mungkin akan hanya menyebabkan kecederaan ringan kerana tiang tersebut hanya pecah.




Beberapa penanda jalan baharu telah dipasang di sekitar Baden-W├╝rttemberg di Jerman dan akan secara beransur-ansur menggantikan pemasangan logam lama. Tambahan pula, kelulusan daripada Kementerian Pengangkutan Persekutuan, untuk penggunaan tanda-tanda jalan plastik baru di seluruh Jerman, sedang ditunggu. Melihat kepada video ini, sukar bagi mana negar termasuklah Malaysia untuk mengabaikan kelebihannya.

Perodua dianugerah pensijilan piawaian 9001 dan 14001


Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dan anak syarikat sepenuhnya Perodua Sales Sdn Bhd telah diperakui secara rasmi oleh SIRIM dengan versi terkini 2015 ISO (International Organisation for Standardisation) piawaian 9001 dan 14001, menekankan komitmen syarikat terhadap kepuasan pelangggan dan tanggungjawab kepada alam sekitar.

Untuk mendapatkan pensijilan ISO 9001, sesebuah organisasi harus mematuhi piawaian kualiti terbaik di dalam proses kerja mereka, bertujuan untuk meningkatkan kepuasan pelanggan dalam setiap aspek. Sementara itu, ISO 14001 pula lebih  menumpukan kepada piawaian alam sekitar.

"Pengiktirafan ISO daripada SIRIM ini amat bermakna buat Perodua kerana ia mengukuhkan visi kami untuk menjadi syarikat yang kompetitif di rantau ini dan membuktikan usaha kami dalam melaksanakan Kaizen, atau penambahbaikan secara berterusan," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh semasa upacara penyampaian sijil yang diadakan di Ibu Pejabat Perodua di Sungai Choh, hari ini.

Turut hadir ialah Pengarah Urusan SIRIM QAS International Sdn Bhd, En Mohd Azanuddin Salleh yang menyampaikan sijil kepada Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato’ Dr Zahari Husin.

Perodua mula melaksanakan piawaian ISO pada tahun 1998. ISO 9001 telah diperluaskan ke cawangan jualan dan pusat servis Perodua secara berperingkat sejak tahun 2005, bagi menyeragamkan pengalaman pelanggan (Customer Experience) di seluruh negara. Kini, semua cawangan Perodua telah diperakui ISO.

Sejak permulaan, Perodua telah berjaya menjalani satu penaiktarafan ISO 14001 dan tiga penaiktarafan ISO 9001, termasuk pensijilan hari ini yang merangkumi 39 cawangan jualan dan 55 pusat servis di seluruh negara, termasuk 35 jabatan di Ibu Pejabat Perodua.

"Permintaan pasaran dan industri sentiasa berubah, dan amat penting buat kami untuk meningkatkan piawaian dalam prosedur kerja agar dapat menyesuaikan diri dan bertindak mengikut perubahan tersebut. Sekiranya kita relevan di mata pelanggan, maka kita dapat mengatasi jangkaan mereka," kata Datuk (Dr) Aminar.

"Dengan pensijilan yang telah dinaiktaraf ini, kami berharap agar kami dapat terus mengurangkan jurang indeks kepuasan di antara Perodua dan pesaing antarabangasa lain yang diiktiraf," katanya.

Datuk (Dr) Aminar berkata Perodua juga akan memperluaskan piawaian ini kepada rakan-rakan niaganya pada masa akan datang, sama ada pengedar atau pembekal.

"Kami akan memastikan rakan-rakan niaga dan para pembekal kami mematuhi amalan hijau seperti yang dikehendaki dalam piawaian ISO, termasuk dari segi mendapatkan sumber bahan yang lebih mesra alam," katanya.

Selain memastikan kepuasan pelanggan dan pengurusan alam sekitar ke tahap yang lebih tinggi, pelaksanaan ISO juga telah membawa kepada penambahbaikan dalam proses dan komunikasi dalaman Perodua, termasuk proses penghantaran kepada pelanggan.

Pertama kali diperkenalkan pada tahun 1987, ISO 9001 merupakan salah satu sistem pengurusan kualiti yang paling banyak digunakan di seluruh dunia. Dengan pembaharuan versi 2015, ia memperluaskan lagi keperluan dengan memasukkan elemen pemikiran berasaskan risiko.

ISO 14001 pula, yang diperkenalkan pada tahun 1996, lebih mengambil kira pengurusan alam sekitar dan pencegahan pencemaran. ISO 14001:2015 yang terkini membawa penekanan tambahan kepada kepimpinan, perancangan strategik, inisiatif proaktif dan juga strategi komunikasi.

Google Maps bantu pilih laluan motosikal

Penunggang motosikal di Malaysia kini mempunyai bantuan navigasi Google Maps yang lebih tepat dengan pengenalan 'mod motosikal'. Ia menyediakan pandu-arah atau navigasi yang direka khusus untuk kenderaan beroda dua.

Antara perbezaan antara mod motosikal dengan panduarah kereta adalah memandangkan terdapatnya beberapa laluan yang tidak dibenarkan bagi kenderaan roda dua di Malaysia. Sebagai contoh, motosikal dilarang dari beberapa lebuh raya; dan perlu mangambil laluan yang berbeza.

Namun mungkin sebab utama adalah motosikal juga bergerak pada kelajuan yang berbeza dari kereta, yang mengubah pengiraan masa perjalanan bagi pandu-arah Google (dan juga yang lain seperti Waze).

Mod motosikal bukanlahsesuatu yang baru bagi Google. Ianya telah dilancarkan di India dan Indonesia. Kelewatan dalam melancarkan ciri ini adalah disebabkan oleh pelbagai jenis laluan motosikal yang dihadapi di negara berlainan. Contohnya, Malaysia adalah salah satu daripada beberapa negara yang mempunyai larangan bermotosikal bagi beberapa lebuhraya seperti Lebuhraya Persekutuan di Kuala Lumpur.

Namun begitu, Google tidak mengesyorkan penunggang motosikal menggunakan ciri navigasi ini sepenuhnya sebenarnya. Menggunakan telefon pintar semasa menunggang adalah salah di sisi undang undang dan mengundang bahaya keselamatan. Sebaliknya, mod ini bertujuan untuk membantu membuat perancangan perjalanan; dan pengguna disarankan untuk berhenti di sepanjang jalan dan merujuk kepada laluannya.