Yamaha Star Centre utara dibuka

Pusat Yamaha Star pertama di wilayah utara telah dibuka di sebuah premis dua tingkat di Anson Road, Pulau Pinang. Pusat berintegrasi ini menawarkan sebuah kafe dan ruang pameran yang memperagakan barisan model motosikal jenama Yamaha dan juga enjin sangkut untuk bot. Barangan ekslusif, aksesori dan alat ganti tulen Yamaha turut dutawarkan di pusat servis bertauliah yang diuruskan oleh mekanik terlatih.
Majlis pembukaan rasmi pusat itu telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Chow Kon Yeow, yang juga telah mengucapkan tahniah kepada Hong Leong Yamaha Motor di atas kejayaan pemasangan motosikal yang keempat juta pada awal tahun ini. Turut hadir ialah Pengarah Urusan Hong Leong Yamaha Motor, Datuk Jim Khor dan Pengarah Urusan Hong Bee Motors, Justin Chuah. Kira-kira 100 orang telah hadir di pusat Yamaha Star Centre tersebut untuk meraikan kejayaan itu serta yang turut dimeriahkan oleh kehadiran pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah.











Gambar gambar dari FB Dato Jim Khor