NOSTALGIA: Beli Honda City dapat Honda Motocompo


Honda Motocompo adalah skuter kecil yang dikeluarkan oleh Honda dari tahun 1981 hingga 1983. Motocompo diperkenalkan sebagai "Moto Simpanan" yang dimuatkan dalam kereta subkompak seperti Honda Today dan Honda City ketika itu. Ruang simpanan City sebenarnya dibangunkan di sekitar Motocompo.
Hendal, tempat duduk, dan pemijak kaki boleh dilipat ke dalam badan plastik empat segi skuter ini untuk bentuk kotak bersaiz 1185 mm panjang × 240 mm lebar x 540 mm tinggi. Sasaran jualan bulanan Honda awal untuk pasaran domestik Jepun ialah 8000 Honda City dan 10,000 Motocompo. Kereta City melampaui sasarannya, tetapi hanya 53,369 Motocompos yang terjual pada penghujung pengeluarannya pada tahun 1983 (iaitu tidak lebih dari 3,000 sebulan).

Apa ada dengan ekzos lepas jualan?

Ekzos merupakan salah satu aksesori lepas-jualan atau aftermarket yang popular untuk motosikal. Terdapat beberapa syarikat yang menghasilkan ekzos yang berkualiti, tetapi adakah anda tahu apa yang ada pada ekzos motosikal?
 Sama ada yang berharga mahal, berjenama besar atau tawaran murah cari China, 99% dari kesemua syarikat pembuat ekzos menggunakan asas yang sama: tiub berlubang dua inci, gentian/kapas, lengan, rivet dan penutup hujung. Bezanya adalah kualiti komponen, toleransi yang ketat, dan penjagaan yang diambil dalam pemasangan.
Ekzos yang baik menggunakan keluli tahan karat berkualiti tinggi untuk paip luaran, dan tiub berlubang, serta serat karbon yang dilapisi helaian aluminium menambah kualiti, manakala hujung penutup harus dibuat sangat teliti. Ada juga jenis yang menggunakan serat karbon atau carbon fibre sebagai paip luaran. Apa yang penting ialah ianya tidak terlalu bising hingga memeningkan kepala ketika perjalanan jauh, dan terlalu lawas hingga meningkatkan penggunaan bahanapi.
Terdapat berpuluh-puluh gaya dan pilihan untuk kebanyakan motosikal (termasuklah banyak model lama). Dapatkan nasihat pakar atau raka dalam memilih ekzos yang sesuai untuk motosikal kesayangan anda.