Sambung bayar? Awas! Tukar nama wajib dalam 7 hari!

Tahukah anda bahawa Seksyen 13 Akta Pengangkutan Jalan 1987 memperuntukkan bahawa sebarang pertukaran hak milik kenderaan mesti dimaklumkan kepada Pengarah JPJ Negeri dalam tempoh 7 hari?

Tukar Hak Milik Kenderaan dilaksanakan di bawah Seksyen 13 Akta Pengangkutan Jalan 1987 di mana sebarang tukar hak milik kenderaan mesti dimaklumkan kepada Pengarah JPJ Negeri dalam tempoh 7 hari.

Jenis Tukar Milik:
  1. SUKARELA
  2. TIDAK SUKARELA
  • tukar hak milik kenderaan tarik balik
  • kenderaan bagi pemilik yang meninggal dunia

DOKUMEN BAGI PERMOHONAN


Tukar Hak Milik Secara Sukarela
  1. Sijil/Perakuan Pendaftaran Asal (JPJK2) asal dan salinan.
  2. Borang JPJ K3A (2 salinan).
  3. Salinan kad pengenalan bagi pemilik berdaftar/pembeli/saksi/perakuan pendaftar perniagaan syarikat (Borang 9, 44 dan 49).
  4. Sijil/Nota Perlindungan Insurans Pemilik baru.
  5. Notis penarikan balik tuntutan hak milik (pemunya baru) jika berkenaan.
  6. Laporan pemeriksaan kenderaan (PG10) asal (kenderaan import).
  7. Lesen Kenderaan Perdagangan asal dan salinan bagi pemilik baru (kecuali kenderaan decontrol).
  8. Bayaran yang ditetapkan.

Tukar Hak Milik Tidak Sukarela

Kenderaan motor yang ditarik balik (Repossesedmdi bawah Akta Sewa Beli 1967).
  1. Borang JPJK3A (dua salinan).
  2. Surat Akuan Berkanun asal dari Syarikat Kewangan.
  3. Surat Pelepasan Tanggungan.
  4. Satu salinan jadual 1, 4 dan 5 (Akta Sewa Beli 1967 Syarikat Kewangan).
  5. Laporan polis asal/Surat perintah Mahkamah asal dan salinan.
  6. Sijil/Nota Perlindungan Insurans pemilik baru.
  7. Laporan Pemeriksaan Kenderaan (PG10) asal (kenderaan import).
  8. Bayaran yang ditetapkan.

Kenderaan motor rampasan, sitaan dan sebagai yang dilelong oleh Agensi Kerajaan.
  1. Borang JPJK3A (dua salinan).
  2. Surat tawaran rasmi asal dan salinan daripada Jabatan yang melelong.
  3. Laporan pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM (B2) asal dan resit bayaran/laporan kimia.
  4. Laporan kimia (jika berkenaa)
  5. Sijil/Nota Perlindungan Insurans pemilik baru (jika berkenaan).
  6. Notis penarikan balik tuntutan hak pemilik (pemunya berdaftar) dan tuntutan hak milik (pemilik baru).
  7. Laporan pemeriksaan kenderaan (PG10) asal (kenderaan import).
  8. Bayaran yang ditetapkan.

Proton tawar tunai untuk rebat GST

PROTON telah mengumumkan pada 17 Mei lepas bahawa mereka akan menawarkan baucar servis yang mempunyai nilai sama dengan perbezaan antara harga pembelian kereta sebelum dan selepas GST bagi semua pelanggannya.

Manun begitu, semalam Proton telah meningkatkan lagi nilai tawaran mereka dengan menawarkan pilihan di antara baucar  servis atau rebat tunai dengan jumlah nilai yang sama. Tawaran ini sah untuk semua kereta Proton yang dibeli dan didaftarkan dari 16 Mei hingga 31 Mei 2018 dan ianya merupakan tambahan bagi promosi jualan yang lain.

"Kini tidak ada sebab untuk menunggu hingga 1 Jun 2018 bagi membeli Proton baharu kerana kami telah memberikan penjimatan lebih awal," kata Abdul Rashid Musa, Naib Presiden Jualan & Pemasaran PROTON.

Ganjaran Sambut Ramadhan dari Honda


Honda Malaysia Sdn. Bhd. telah mengumumkan akan menyerap GST 6% dan pelanggan juga berhak menerima bonus "Ganjaran Selamat Datang Ramadhan" bagi pembelian model Honda terpilih dalam tempoh 18 Mei 2018 hingga 31 Mei 2018 iaitu City (Variasi Petrol), Civic, CR-V dan HR-V.
Ianya bersempena pengumuman oleh Kerajaan Malaysia bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), yang kini ditetapkan pada 6%, akan berkadar sifar berkuat kuasa 1 Jun 2018. Namun Honda Malaysia mengambil inisiatif untuk menyokong pelanggan yang merancang untuk membeli kenderaan mereka sebelum sambutan Hari Raya melalui ganjaran Bonus GST ini.
Model Honda yang lain iaitu Jazz, BR-V, Accord, Odyssey, Civic Type R, Jazz Hybrid dan City Hybrid tidak akan mendapat Bonus GST tetapi masih layak untuk ganjaran "Selamat Datang Ramadhan".

Honda Malaysia akan mengumumkan harga kenderaannya yang baru sempena Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), akan berkuatkuasa pada 1 Jun 2018 kelak.